Bab 3

Romance Completed 27528

BAB 3

BARU hari pertama, Adreena sudah mendapat beberapa orang rakan. Tak pandailah nak menyombong! Ibu tidak habis-habis menyoal dirinya. Antaranya ...

Kawan ramai tak?

Cikgu macam mana. Okey tak?

Kantin dia jual apa?

Penat menjawab. Adreena merehatkan dirinya dengan menonton televisyen. Running Man! Tempoh satu jam Adreena hanya dengan gelak tawa. Lee Kwang Soo tidak pernah membosankan.

" Amboi, seronoknya. Kerja sekolah ada ke tak ni? Rileks je ibu tengok. " Puan Fizah duduk disebelah anak tunggalnya.

" Tak. Reena dah siapkan semuanya masa cikgu tak ada. Malaslah nak tangguh-tangguh. " Puan Fizah tersenyum mendengar jawapan anaknya.

" Ibu nak tahu tak ? Tadikan, waktu rehat, Reena ternampak satu kumpulan perempuan ni. Dorang gedik sangat. Aleeya cerita yang dorang tu pembuli malah salah seorang daripada mereka pernah mencederakan anak orang. " beria-ria sungguh Adreena bercerita. Puan Fizah menunjukkan reaksi terkejut. Baru sekolah menengah, sudah pandai buat jenayah.

" Pedulikanlah. Reena jangan layan. " Adreena mengangguk faham.

" Reena cuma terkejut. " remote control dicapai lalu siaran televisyen ditukar. Dia tidak mahu memberitahu ibu tentang kejadian semasa di dalam tandas beberapa jam yang lalu. Biarlah rahsia.

Sementara itu, Aleeya menyinggah disebuah kedai minuman. Malas mahu duduk dirumah. Mak dan abahnya semua sibuk memanjang. Terasa diri diabaikan.

Sambil menghirup lemon tea yang masih berasap, Aleeya melayari laman Instagramnya. Sekejap Fac dan sekejap Twitter. Bosan!

" Hoi, Aleeya! " Wahida merapatinya. Aleeya dahulunya rakan baik Wahida. Mereka kini tidak serapat dahulu.

" Apa kau nak? " straight to the point ajelah. Malas nak layan kau! Omel Aleeya.

" Kawan baik kau tu, kaya eh?" Aleeya menjungkit bahu tanda tidak tahu. Dia baru sahaja kenal.

" Aku perhatikan aje waktu dia balik. Mak dia pakai Beetle lagi kau! " Aleeya sedikit pun tidak kisah. Mak dia pakai Beetle pun nak kecoh minah ni.

" So? " Wahida menjeling tajam pada Aleeya.

" Kayalah tu. Bapak aku pun pakai Kancil je. Tu pun second hand. "

" Bersyukur ajelah. Kenapa? Kau nak samun mak dia? " perli Aleeya. Wahida memang berani. Kalau dia boleh hiris lengan Nadrah bermakna dia juga berani untuk menyamun ibu Adreena.

" Sejahat-jahat aku, aku masih tahu bataslah! " bahu Aleeya ditolak kasar. Eh, blahlah perempuan!

" Kau nyaris bunuh Nadrah. Nasib tak terputus urat, dia. " Wahida mengeluarkan handsetnya.

" Jangan ungkitlah, sakai! " Aleeya mengeluh. Jika sabarnya sudah hilang, memang sudah lama Wahida bermandikan lemon tea ini.

" Kau memang nak kekalkan status kau dalam group tu ke? " sengaja dia bertanya. Manalah tahu Wahida tiba-tiba mendapat hidayah Allah untuk berubah.

" Of course. Kalau bukan Athirah yang ajak aku masuk group tu, selama-lamanya aku jadi noob macam kau. " merah padam wajah Aleeya. Nak aje aku tumbuk kau!

" Kenapalah kau leave group tu? " tahun lepas, Aleeya merupakan ahli Sakura tetapi dia leave sejak Nadrah dicederakan oleh Wahida. Dia tidak mahu dituduh bersubahat.

" Entah, aku dah lupa. " lemon tea dihirup lagi sehingga habis. Dia meninggalkan Wahida sendirian.

Lengan baju Aleeya terselak dan menampakkan kesan torehan yang menandakan dia pernah berada di dalam kumpulan Sakura. Cepat-cepat dia menurunkan lengan bajunya.

' Nak sorok mana, Aleeya? ' Wahida tersenyum sinis. Dia akan membalas dendam kepada Aleeya. Adreena akan tahu semua ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience