Bab 9

Romance Completed 27528

BAB 9

DANISH NOAH. Hidup sempurna. Kacak semestinya. Berbadan tegap walupun baru darjah 6. Sadolah kiranya. Tapi taklah sado sangat. Kenal dengan Wahida sejak dia darjah 5. Kenal daripada siapa? Geng Sakura tiruan sekolah rendah. Noah agak meluat kerana perempuan sekarang ini meniru aje kerjanya.

Sejak dia kenal Wahida, dia ingin mengetahui lagi kisah Wahida. Stalkerlah kiranya. Tak habis stalk Fac, stalk Instagram pulak. Bila dah kenal secara rapat, Noah cuba untuk berjumpa gadis bernama Wahida itu. Kenapalah tak kenal sejak darjah 4?

Noah bagi surat kat Wahida. Wahida pulak punyalah suka bila tahu ada orang suka dia. Apalagi, chat kat Fac kemudian Wechat. Benda biasa. Akhirnya jadilah The Couple of The Year.

Wahida tak minta banyak daripada Noah. Bukan harta tapi dia minta Noah untuk menyayanginya sepenuh hati. Jika orang dewasa mengetahui tentang cerita mereka ini mungkin diorang akan meluat atau sebagainya.

" Thanks tau. Kalau tak kerana kau, mereputlah aku kat dalam neraka tu. " mulut Wahida memang boleh tahan juga. Lagi-lagi bab menjawab kata-kata orang.

" Welcome Princess Wahida. Untuk kau, aku sanggup. Aku nak tengok kau happy selalu. Aku tahu sejarah hidup kau. Aku akan cuba buat kau bahagia. " wow ayat. Sweet gitu. Tapi kadang-kadang kaum Hawa ni kena ingat satu benda. Tak semua lelaki menunjukkan kebenaran dalam ayat mereka itu. Sesetengah daripada mereka berkata begitu hanya untuk mencairkan hati kaum Hawa. Nampak tak permainan mereka tu?

" Okey, Prince Noah. I love you. Bye. " Wahida percaya bahawa Noah tak seperti yang disangkanya. Apa yang disangkanya? Sangkanya ayat yang Noah lontarkan itu hanyalah untuk mencairkan hatinya bukan mahu membuktikannya. Apa-apa sahajalah. Tapi mereka berdua ini tak seperti Kamil dan Fatihah yang berpelukan ala-ala filem Titanic itu.

Masuk sahaja kedalam rumah, ayah Wahida merenungnya lama dan pada waktu itu jugalah Wahida kecut perut. Tajam ayahya merenung sebuah beg plastik pegangan Wahida yang berisi pakaian yang baru sahaja dibelanja Noah. Masaklah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience