Bab 1

Romance Completed 27528

BAB 1

" REENA berdebarlah, mama. Hari ni first day kat sekolah baharu tu. Nervous. " Adreena membetulkan tudungnya yang senget. Nak masuk sekolah baharu mana boleh selekeh. Omelnya.

" Reena dah form 2. Mana boleh malu-malu lagi. Anggap je sekolah baharu tu macam sekolah lama Reena. " Adreena mengambil sekeping roti bersapukan mentega lalu memasukkan sedikit demi sedikit kedalam mulut. Ibu nampak tenang, tapi dia sudah gelisah tahap gaban ni.

" Eh, cepat sikit makan tu. 6.55 dah ni. Nasiblah ayah cari rumah yang berdekatan dengan sekolah. Ayah tunggu dalam kereta. " Adreena melajukan kunyahannya. 7.15 pagi mesti semua murid sudah beratur. Perjalanan dari rumah ke sekolah hampir tujuh minit.

" Reena pergi dulu ya, ibu. Jaga diri elok-elok. Bye. " tangan ibu disalam dan dikucup Adreena. Perasaan berdebarnya semakin menggunung tinggi.

KELIHATAN dewan terbuka sekolah dipenuhi dengan para pelajar. Ah, mana barisan kelas aku ni? Jangan berat mulut, Reena. Cool. Bisik hatinya.

" Akak tahu tak mana barisan kelas 2 Amethyst? " jari telunjuk pengawas bernama Humairah itu tepat menunjukkan barisan kelas yang ditanya Adreena. Selesai mengucapkan terima kasih, Adreena beratur di dalam barisan kelas.

Dia agak kekok kerana rakan kelas dia memandang dan berbisik-bisik sesama sendiri. Mahu ditegur? Tegur apa?

Perhimpunan yang agak membosankan tamat selepas pengetua sekolah menyampaikan ceramah. Seorang guru memanggil Adreena.

" Awak, budak baru tukan? " tanya cikgu yang bernama Norlela itu.

" Ya saya. " peluh dingin mula membasahi dahi luas Adreena.

" Oh. Mari ikut saya ke kelas. Awak kenalkan diri awak pada mereka ya. " Adreena agak terkejut. Sudahlah dia seorang pemalu.

Adreena membuntuti Cikgu Norlela hingga kedalam kelas. Selepas ketua tingkatan memberi salam mereka semua duduk kembali. Adreena berfikir, jika disekolah lama, guru yang masuk sepatutnya memberi salam. Ibarat tetamu memasuki rumah orang. Betul atau tidak?

" Baiklah murid-murid sekalian. Hari ini kita akan menerima seorang murid baharu. Adreena, sila perkenalkan diri awak. " Cikgu Norlela menyuruh Adreena berdiri dihadapan rakan-rakan sekelas.

" Assalamualaikum. Saya Nur Adreena Binti Naufal Adry. Dulu saya tinggal di Bangsar dan saya baru berpindah kesini tiga hari yang lepas. Terima kasih. " dia menunduk memandang lantai simen kelas.

" Adreena, awak boleh duduk ditempat kosong itu. " Cikgu Norlela menunjukkan sebuah kerusi dan meja yang masih tidak berpenghuni. Adreena hanya menuruti.

" Hai, Adreena . Saya Aleeya Arissa. " mereka bersalaman. Mesra! Ini yang bagus.

" Buka buku teks halaman 20. Kamu semua buat latihan B itu, ya. " arah Cikgu Norlela.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience