Bab 5

Romance Completed 27528

BAB 5

BEBERAPA hari sudah berlalu . Kini Adreena telah bersekolah disitu dua minggu . Gangguan hari pertama cuba dibuang jauh-jauh . Sementara menunggu Puan Fizah mengambilnya , Adreena membaca sebuah novel fiksyen dibawah stesen bas .

" Hai. " Adreena didatangi seorang pengawas. Sekali pandang memang cair. Ah, aku sekolah nak belajar!

" Hai. " pengawas tersebut duduk jauh sedikit daripadanya.

" Awak Adreena, pelajar baharu tu eh? " dia mengangguk.

" Kenapa? "

" Tanya je. " Adreena usha name tag pengawas lelaki itu. Hakimi. Biasa sangat dengan nama itu.

" Kimi kelas apa? "

" Eh, macam mana tahu nama saya? Aduh, famous ni. " Adreena diam. Dia fikir aku bodoh sangat ke?

" Name tag awak. Saya tak buta lagi. " Hakimi tergelak kecil.

" Gurau je. Serius betul awak ni. Saya kelas 3 Amber. " form 3? Aku terkenal ke apa ni? Hihi.

" Saya sepupu Fatihah. Awak kenalkan? " oh budak bohsia tu. Kenal sangat. Gedik!

" Kenal. "

" Saya tahu awak kena buli dengan dia. Hari Isnin minggu lepaskan? Dalam tandas. " Adreena mengangguk lagi.

" Awak intip saya ke? " Hakimi gelak kecil lagi.

" Saya sentiasa perhati Fatihah. Dia agak bermasalah. Bukan agak tapi ya. Dia anak yatim piatu. Dia tinggal dengan saya. Kasihan kan? " baru aku tahu kisah hidup dia. Anak yatim rupanya. Tapi sayang, perangai macam...

" Kenapa dia jadi macam tu? " kita korek sikit kisah dia. Hihi.

" Dia sedih sangat dan pilih jalan yang salah. Dia terlampau bebas. Ummi dan abah saya cuba nak pulihkan dia tapi dia melawan. Bukan salah dia. Manusia berubah." Hakimi mengeluh. Semalam dia setia menunggu Fatihah sehingga pukul 1 pagi. Tengok-tengok tengah naik motorsikal dengan Kamil.

" Geng Sakura sebenarnya ditubuhkan sejak bila? "

" Awal tahun lepas. Saya sudah ditugaskan oleh guru disiplin untuk mengawasi group tu. Tapi, Fatihah ugut nak cederakan saya kalau saya buat report tentang mereka. Nak tak nak, saya diam ajela. " cerita Hakimi. Sekejap-sekejap dia mengeluh. Bagaimanalah masa hadapan sepupunya itu nanti. Harap baguslah.

" Eh, awak lelaki. Mana boleh lembik. Jangan ikutkan sangat kata-kata dia. Be strong! " Adreena menunjukkan penumbuk sambil tersengih pada Hakimi. Sudah menjadi kebiasaan dia menjadi pakar motivasi tak berbayar.

" Funny jugak awak ni. Okeylah. Fatihah dah keluar tu. Saya balik dulu. Assalamualaikum. " salam dijawab. Kelibat Hakimi menghilang daripada pandangan Adreena. Sepupu yang baik. Eloklah kalau ada yang membimbing. Tak adalah perempuan tu sesat selama-lamanya.

Kereta Volkswagen Beetle berhenti dihadapan stesen bas. Adreena membuka pintu kereta lalu masuk kedalam.

" Amboi, mesranya. Boyfriend ke? " Adreena ketawa terbahak-bahak.

" No lah. Reena tak suka cinta-cinta ni. " Puan Fizah menggeleng sambil tersenyum. Dalam hati Adreena...

' Mamat tu baik jugak. Tak rugi dapat kenal. Hihi. ' dia memandang keluar tingkap. Kelihatan Hakimi dan Fatihah berjalan kaki bersama-sama. Muka tegang je tu. Gaduh kut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience