Bab 6

Romance Completed 27529

BAB 6

FATIHAH mencampak beg Body Glovenya keatas katil . Ikatan rambut dileraikan . Benci! Rimas! Dia duduk berpeluk tubuh . Rasa nak sepak je kau ni . Nasib kau baik . Gumamnya .

" Tiha, aku bukan nak jadi batu api tapi dorang tu teruk sangat sampaikan kau berubah dan terpengaruh. Aku harap kau duduk tu, kau fikirlah. Aku berharap sangat kau dapat leave group tu. " masih terngiang-ngiang kata-kata Hakimi. Siapa dia nak halang aku?

" My life, not yours. " balasnya.

" Memanglah. Tapi aku sebagai sepupu kau, aku nak bimbing kau. Aku nak kau berubah jadi Tiha yang dulu. " bertambah marahlah Fatihah jadinya. Perempuan itu mana boleh ditegur. Baru tegur sikit, sudah melawan macam apa.

" Kau ustaz ke? Kau bukan mak bapak aku nak judge aku. " dia melajukan langkah untuk pulang ke rumah.

" Tak semestinya ustaz sahaja yang boleh mensihati orang. Aku lelaki, Tiha. Aku anggap kau macam sibling aku. " Fatihah mendengus kasar. Ah, mampuslah! Kisah apa aku.

Selesai mandi, Fatihah keluar dari rumah. Kebetulan Hakimi sedang membuat tugasan yang diberi guru diruang tamu.

" Kau nak pergi mana? Duduk ajelah rumah. Udara kotor. Nanti sakit, kau jugak susah. " Fatihah menoleh kearah Hakimi.

" Badan aku, bukan kau. " tanpa menghiraukan Hakimi, dia keluar. Niatnya untuk berjumpa Kamil. Sudah dibuat temujanji nak berjumpa. Tapi Kamil selalu lambat.

Hakimi menggeleng kepala. Bermacam cara mahu selamatkan akidah gadis itu, tapi semua tidak berkesan. Hanya dirinya sahaja dapat mengubah. Hakimi tidak pernah jemu mendoakan sepupunya itu berubah. Arwah ibu bapa Fatihah sudah memberi amanah kepada keluarganya untuk menjaga gadis itu. Dia tidak akan melupakan amanah itu. Insya-Allah.

" ENTAHLAH you. I rasa nak keluar aje dari rumah tu. Tapi I ni anak yatim. Nak hidup dengan siapa lagi? " ice coffee yang baru dibeli sudah tinggal setengah diminum Fatihah. Kamil di hadapan setia mendengar luahan hati gadis idamannya itu.

" Keluar ajelah. You tinggal rumah kawan you. Apa susah? "

" What? That is a stupid idea. I bukan jenis macam tu. I cuma menyampah dengan cousin I tu. Sikit-sikit nak judge Sakura. Hina sangat ke kami ni? Bukannnya kami membunuh. " mungkin bagi Fatihah tak teruk tetapi bagi orang lain, teruknya jangan cerita. Nauzubillah!

" Duduklah you dalam neraka buatan tu. " sindir Kamil.

" Hm. " speechless. Fatihah hanya diam membisu.

" You tak mahu try bawa motor? " Fatihah cepat-cepat menggeleng. No , I will not try it!

" Rugilah. " tak rugi pun. Dia memang kecut sikit nak bawa motor. Kalau basikal itu boleh tahan lagi.

" Jomlah. I bawa you round satu Kuala Lumpur. Hihi. " mereka meninggalkan restoran tersebut.

Dalam pada masa yang sama, ada sepasang mata yang memerhati sambil berkata dalam hati, ' Aku mesti ikut dorang! ' Hakimi menunggang motosikalnya sambil mengekori kedua-dua makhluk Tuhan itu. Biarlah tak ada lesen pun. Janji dia mesti mengawasi sepupunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience