Bab 10

Romance Completed 27528

BAB 10

NURUL ATHIRAH merupakan ahli Sakura yang paling mengada-ngada. Mengada-ngada macam mana? Contohnya jika disuruh untuk membantu mengangkat barang, dia akan berikan macam-macam alasan. Dan yang paling teruk adalah tidak boleh bajunya kotor sedikit, mulalah mencarut.

Hari ini Athirah hanya melepak dengan Ameera. Wahida entah kemana. Tapi kalau ajak Ameera melepak bersama memang bosan. Bosan sebab apa? Sebab gadis tinggi lampai itu menganggap orang sekelilingnya seperti tidak wujud. Macam mana tu? Dia ajak melepak tetapi tangan dan mata melepak bersama phone. Serupa tak payah lepakkan?

" Meera. Aku bosanlah. " Athirah memulakan perbualan.

" Aku pun. " sepatah kita bercakap, sepatah aje dia balas. Omel Athirah.

" Sabtu ni kau free tak? " tiba-tiba sahaja idea bernas datang bergolek-golek di dalam fikiran Athirah.

" Kita pergi Sunway Lagoon nak? " cepat aje Ameera mengangguk.

" Sediakan duit ajelah. Kita ajak Sakura sekalilah. " hilang senyuman dibibir munggil Athirah. Bukan tak setuju tetapi...

" Mungkin yang lain boleh tapi aku terfikirkan tentang Wahi. Kau tahulah diakan susah. " Wahida adalah antara teman Sakura yang paling rapat dengan Athirah.

Ameera speechless. Dia tidak terfikir langsung. Kasihan Wahida. " Kita belanja dia nak? Kita share duit. " idea bernas juga tu.

" Boleh je. Duit dalam tabung aku tu berlambak. Kau tak payah cakap, mama dengan papa kau aje yang sediakan. " senang cerita, Ameera tak pandai berdikari dalam bab kewangan. Apa yang dia tahu membazir. Tetapi dalam hidupnya tiada istilah ' membazir '.

" Alah kau ni. Kadang-kadang aku guna jugak duit aku. " kadang-kadang aje.

" Tapi dia dapat ke pergi? Nak naik dengan siapa? "

" Mak aku bawaklah Exora tu. Muat apa Geng Sakura. Semua kurus-kurus . " Athirah ketawa kecil. Betul juga tu.

SEMENTARA yang lain sedang bergembira, Wahida sedang berduka dan terseksa. Dia memandang kesan pukulan ayahnya di lengan dan kakinya. Pedih. Ungkapan paling sesuai untuk apa yang dirasai sekarang ini. Dia menangis sehingga lebam matanya. Pipinya sedikit lebam dek ditampar ayah. Sungguh orang tua itu tiada perasaan belas kasihan.

" Mana kau dapat duit beli baju tu? " soal ayah dengan matanya masih memandang beg plastik bercetak perkataan ' Padini '.

" Kawan Wahi belanja. " menipu orang tua yang berada di hadapannya sekarang ini sudah menjadi rutin hariannya.

" Kawan mana? " soal ayah lagi.

" Kawanlah. " mulut berani jawab tapi hati sedang risau. Jantungnya berdegup kencang. Dia takut dipukul.

" Oh, kawan. Berpeluk dengan jantan tu kawan? " peluh dingin membasahi dahi Wahida. Ayah nampak semuanya.

" Macam inilah... " ayah membuka ikatan tali pinggangnya lalu melibas belakang Wahida.

" Aduh, sakit ayah! " keluhan Wahida tidak diendahkan malah dipukul lagi kuat.

" Berani eh kau sekarang! " Wahida berdiri dan terus dilempang ayahnya. Cecair pekat berwarna merah mengalir keluar dari lubang hidungnya. Air matanya merembes keluar. Dalam keadaan separuh sedar dia berlalu kedalam bilik.

Wahida pernah berniat mahu membunuh diri tetapi dia tahu itu adalah perkara yang dilaknat Allah. Dia membatalkan sahaja niatnya. Noah, Sakura, aku perlukan korang. Dia menangis tanpa henti. Kasihan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience