Bab 8

Romance Completed 27528

BAB 8

NURUL WAHIDA. Bagi gadis kecil molek itu memang tiada kegembiraan di dalam kehidupannya sama ada di sekolah atau di rumah. Ketika di sekolah mungkin ada gembiranya tapi di rumah memang tidak ada. Terseksa dalam neraka buatan keluarga yang macam bukan keluarga.

Ada sahaja yang tidak kena diantara Wahida dan kakaknya. Ibunya pula langsung tidak kisah perihal anak. Ayah? Jangan cerita. Berjudi aje kerjanya. Siang malam memang susah nak nampak batang hidung. Berhutang. Itu sudah menjadi hobi lelaki 40-an tu. Wahida tertekan. Kerana keluarga itulah dia menjadi tidak tentu hala sehingga sanggup mencederakan anak orang.

Dia ingin ada kehidupan seperti Aleeya. Kaya. Petik jari aje, semua dapat. Logiklah, baru form 1 kut dah ada Iphone. Dia pakai Samsung Galaxy Young yang dah lapuk tu aje. Nak minta baharu? Memang takkan dapat. Mahu makan pun susah. Rumah setinggan aje. Tak luas mana pun. Wahida tetap bersyukur kerana masih mendapat tempat perlindungan. Tapi dia tidak ingin langsung untuk mempunyai keluarga seperti ini.

Wahida termenung menghadap siling bilik yang sudah pudar warna catnya. Katil pun tidak bercadar. Almari tiada. Letak baju kat atas rak ajelah. Perutnya berbunyi menandakan masih belum diisi. Nak isi apa? Dalam peti ais tu daging beku je ada. Dia mana tahu memasak. Nasi goreng pun tak lepas lagi.

Asyiqin masuk kedalam bilik lalu berbaring diatas katil. " Malam ni kau tidur bawah. Sakit belakang aku. " benda biasa.

Memang setiap minggu mereka bergilir-gilir tidur diatas katil dan diatas toto. " Kak, ibu masak tak hari ni? " walaupun benci, dia masih menghormati kakaknya.

" Entah. Aku tak tahu. Aku makan luar ajelah. Asyik makan benda sama je. Jemulah. " inilah dia manusia yang tidak kenal erti bersyukur. Janji ada makanan daripada tak ada.

" Akak kenalkan Aleeya? " Asyiqin mengangguk.

" Wahi tengok dia senang ajekan? Tak macam kita ni. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. " Asyiqin membisu. Matanya masih memandang skrin telefon.

" Akak dengar tak ni? " satu perkara yang annoying sangat adalah bila bercakap dengan orang tapi lambat reply.

" Ya aku dengar. Kau tak habis-habis dengan dia. Kalau rindu dia pergi duduk rumah dia. Tak ingin nak tengok muka kau dalam rumah ni. " Asyiqin bangun dari atas katil lalu menapak keluar bilik. Kakak tak guna! Wahida mendengus kasar.

Bosan. Televisyen langsung tak menarik perhatiannya. Handsetnya berbunyi menandakan mesej masuk. Bibirnya mengukir senyuman. Yeah, Noah ajak keluar!

Cakap pasal budak bernama Noah ini memang Wahida suka. Nama budak tu Danish Noah. Marah bila orang panggil dia Danish. Noah tu kiranya nama glamour dialah. Huh! Noah bukan form 1 atau form 2 tapi dia darjah 6 dan akan menghadapi UPSR. Dia kalau tentang akademik dia tak suka sangat tapi kalau bab kokurikulum memang aktif. Olahragawan sekolah.

Walaupun Wahida ini form 2, tetapi dia lebih rendah berbanding Noah. Biasalah tukan? Mungkin kerana keturunan Wahida ini rendah-rendah orangnya. Noah sudah menunggu ditepi kolam awam untuk penduduk Apartment Mawar. Nama aje apartment tapi macam flat.

" Ganggu ke? " tak disangka Noah memang kacak. Ramai pelajar perempuan yang menaruh hati padanya. Kira macam crushlah.

" Tak langsung. Lagi suka kalau kau ajak aku keluar. " couple tapi rare. Ha itulah dia. Pakai kau aku. Tak mainlah sayang dan baby ni. Ew.

" Jom, aku belanja kau Starbucks. " Noah kaya. Bolehlah.

" Jom. " mereka berjalan beriringan. Noah pandai tunggang motosikal. Tak selalulah sebab KL kan? Kena saman nanti kan ke susah?

Tapi hari ini Noah tak tunggang motor sebab hati dia tak sedap pulak. Naik bas ajelah. Perjalanan hanya memakan masa selama 10 minit. Berpegang tangan? Of course.

" Em, Noah. Kalau aku tanya sikit boleh? " Wahida cuba mengalih perhatian Noah.

" Tanyalah. Kalau aku boleh jawab, aku jawab. "

" Kau betul-betul takkan tinggalkan aku ke? " mata Noah merenung sepasang mata bundar milik Wahidah. Sekali imbas macam drama kat slot Akasia TV3 tukan?

" Kenapa? " tak yakinlah tu. Omel Wahidah.

" Sebab hanya kau dan Geng Sakura aje dapat buat aku happy. Family? Jangan cerita. " Wahida fikir positif. Mungkin Noah ingin tahu sebabnya dia bertanya soalan itu bukan kerana Noah tidak yakin akan setia.

" Kalau salah seorang daripada kita tak main kayu tiga, insya-Allah, kekal. " jawapan yang membuatkan Wahida tersenyum. Kalau di rumah memang dia susah mahu senyum. Asyik bermasam muka aje.

" Lepas ni kita jalan-jalan nak? " laju sahaja Wahida mengangguk. Gembira yang susah diperoleh akhirnya diperolehi juga. Thanks Noah. Sayang kau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience