Bab 17

Romance Completed 27529

BAB 17

" BUDAK tu tak boleh dibiarkan. " Athirah merenung anak mata ketuanya. Dia sangat bersetuju dengan cadangan Ameera untuk memberi amaran kepada Adreena. Memang tak serik Meera ni.

" Kalau ada orang lain nampak, macam mana? " aduh, pengecut sungguh Athirah ni!

" Wei, babi! Buat tempat tersoroklah. "

" Yelah-yelah. So, bawak dia pergi belakang bangunan yang tempat Nadrah tu and then ugut dia? Camtu? " Ameera mengangguk. Tempat tu memang tak ada orang. Yang ada pun pengemis dengan penagih dadah je.

" Berani duh buat report. Sakai punya betina. " Ameera mendengus kasar. Kecik je aku tengok Reena tu. Omelnya.

ADREENA berjalan menuju ke tempat biasa dia menunggu ibu. Hari ni ibu lambat sikit. Nak buat apa eh? Bahunya ditepuk oleh seorang perempuan yang muda setahun daripadanya.

" Kak Reena eh? " dia mengangguk.

" Ikut saya jap. " nak apa dia ni? Cakap jelah. Tanpa banyak soal, Adreena mengekori perempuan itu sehingga di lorong satu bangunan. Tempatnya kotor dan suram. Malam-malam lalu sini memang jumpa macam-macam.

" Adik bawak akak kesini, kenapa? "

" Akak-akak tu nak jumpa dengan akak. Saya pergi dulu eh. Minta diri. " perempuan itu terus berlalu meninggalkan Adreena yang masih terpinga-pinga. Siapa 'akak-akak' tu? Hantu?

" Woi, belakang kau. " dia memusingkan tubuhnya memandang belakang dan serentak dengan itu dia terus ditampar di pipi kiri.

" Ingat aku lagi? Mesti ingatkan? Baru jumpa. " Adreena memandang lama wajah yang berani menampar orang itu. Huh, Meera.

" Dengar sini eh. Kitorang tak ganggu kau, so kau jangan ganggu kitorang eh? Disebabkan ini adalah kesalahan pertama kau, aku maafkan. Jangan ulangi benda yang sama, okey? Kitorang pantang dicabar. Ingat tau. Kalau tak, dengan harta kau aku kebas. Nak ke? " Adreena seorang yang cepat kecut. Mendengar sahaja kata-kata Ameera dia menjadi takut. Takut dijadikan bahan tumbukan oleh empat jahanam ini nanti.

Sementara itu di sekolah, Hakimi masih mencari-cari bayangan Adreena. Selalunya dekat guardhouse tu, hari ni tak ada pulak. Dia datang tadi. Entah mengapa dia merasakan Adreena itu rapat dengan dia sedangkan baru je kenal. Hm.

Beli air japlah. Dia berjalan-jalan dihadapan beberapa kedai runcit sehinggalah dihadapan bangunan seram itu. Dia terdengar beberapa suara sedang bergaduh. Perlahan-lahan diintainya. What the...Patutlah tak jumpa!

" Meera, lepaskan dia! " terkejut beruk masing-masing yang berada disitu.

" Asal? Awek eh? Oh awek. "

" Kau jangan nak membabilah! Lepaskan dia atau aku buat laporan kat cikgu. "

" Kau siapa, bro? Prefect jekan? " Fatihah sudah memeluk tubuh. Sejak dua menjak ini sepupunya itu memang rapat dengan Adreena. Rasa benci dalam hati makin meninggi.

" Sebab aku prefect-lah, aku ada hak nak buat laporan. Lepaskan dia. Last warning, lepaskan dia. " kadang-kadang pengawas selalu jugaklah kena basuh dengan budak-budak macam ni. Pengawas ini kena bersabar. Macam Hakimi.

" Okey, fine. Aku tak takut dengan kau eh. " jari tengah ditunjukkan pada Hakimi kemudian mereka beredar.

" Tiha! Kau balik dengan aku. Tunggu depan sekolah. "

" Aku nak lepak dengan dioranglah. Kejap je, nanti aku baliklah. "

" No excuse. Balik dengan aku. "

" Babi! " walaupun perlahan, masih dapat didengari dengan jelas.

" Awak okey tak? " Adreena mengusap pipinya yang kemerahan. Sakit, sial!

" Okey je. " Adreena bangun dan terus berjalan kesekolah. Ibu mesti dah sampai. Habislah.

" Thanks sebab selamatkan saya. " ayat terakhir sebelum Adreena berlari ke arah kereta ibunya. Hakimi membalas senyuman gadis itu. Sama-sama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience