Bab 27

Romance Completed 27528

BAB 27

" MANA boleh suka-suka hati kita lepaskan diorang! Ketua jenis apa kau ni? " Wahida betul-betul tak setuju dengan cara Ameera yang suka-suka bercadang untuk membiarkan musuh mereka begitu sahaja.

" Kau, diamlah! Kau bukan ketua. " siapa tak berang jika prinsip yang direka dan orang yang mereka itu sendiri melanggar prinsip itu. Macam sakai.

" Eh, Meera. Kau tak ingat prinsip kita apa? " giliran Fatihah bersuara. Sekali-sekala bela orang. Apa salahnya?

" Berpegang teguh pada prinsiplah. Susah sama susah, senang sama senang. Kita semua kena bekerjasama bukan nak ikut kau sorang je. " Athirah merenung kesan melecur pada buku lalinya. Bertambah teruk kaki putih melepaknya itu.

" Suka hati koranglah! Kalau tak nak ikut idea aku, aku blah dari group ni. " Ameera mengalah. Dalam hati, dia mengutuk rakan-rakannya itu.

" Kau sebenarnya pengecut. Takkan masa kau kena gantung sekolah tu, tak berlatih nak jadi berani? Oh, lupa. Mak tiri kau dera kau eh? Kesian. " Wahida memerli. Dengan kesabaran yang makin menipis seperti kulit bawang, Ameera menumbuk wajah Wahida. Terduduk gadis kecil molek itu.

" Kalau kau tak suka aku, jangan ungkit kisah hitam aku! Macam kau tak ada kisah sendiri. Sial! " Athirah memapah Wahida. Dalam keadaan yang kesakitan, Wahida membalas tumbukan Ameera. 1-1 . Seri.

" Dah, cukup! " Fatihah berdiri diantara dua orang gadis itu. Dia mendepakan tangannya.

" Apa dah jadi dengan geng kita ni? Tak sepakat langsung. Mana perginya prinsip yang kita tubuhkan selama ini? Mana perginya semangat geng kita ni? Bagi jawapan sekarang! Mana perginya semua tu? " tujuan Fatihah berkumpul di sini juga ada sebabnya. Dia mahu...

" Aku keluar dari group ni. Aku insaf. Selama ni aku hidup dalam kejahatan. Aku bodoh pergi turutkan semua yang korang suruh sedangkan orang-orang yang sayang aku semua berharap aku kembali ke jalan lurus. Tak tidur malam aku bertaubat pada Tuhan. Aku memohon seribu kemaafan dari Dia. Aku juga doakan korang semua berubah. Sakura tidak indah seperti namanya. Luaran saja cantik, dalamannya hitam penuh dengan dosa. Aku tak nak jadi ahli neraka. Sementara masih hidup, aku nak buat kebaikan. Dan kebaikannya adalah ini. Keluar daripada geng jahanam ini. Assalamualaikum. " panjang lebar penjelasan Fatihah. Hakimi telah mengubah hidupnya. Hidup dalam dosa bukanlah hidup yang bahagia. Dia tahu, ini semua dugaan Allah. Mesti hampa ibu bapanya jika tahu perangai sebenar anak kandung mereka.

" Aku datang sini pun bertujuan. Aku nak keluar dari group ni jugak. Aku tak tahan nak tengok mangsa kita ketakutan bila tengok kita. Kesannya, aku hilang ramai kawan. Semua pulaukan aku. Aku tak nak jadi popular disebabkan orang ramai tahu dosa aku. Aku nak popular dengan membuat kebaikan. Bukan nak menunjuk yang aku alim, tapi dengan buat baik, aku dapat ramai kawan yang baik. Keluarga yang baik. Maafkan aku, aku leave. " Athirah berdiri di sebelah Fatihah. Mereka berdua sudah merancang untuk keluar dalam keadaan yang damai.

" Aku nak musnahkan group ni. Walaupun aku bukan ketua, tapi aku tetap nak tutup group ni. Kiranya, Sakura dah mati. The end. " Wahida, Athirah dan Fatihah berlalu dari situ meninggalkan Ameera yang dalam keadaan terpinga-pinga. Biar gadis itu sedar sendiri. Mana satu jahat dan mana satu baik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience