Bab 7

Romance Completed 27529

BAB 7

NASIB baiklah abah ada motor. Uishh, mana dorang nak pergi tu? Hakimi setia mengekori motorsikal dihadapannya. Cover sikit. Line clear. No police. Yes!

Tasik? Port dah lapuk untuk pasangan bercinta. Kamil memberhentikan motorsikalnya. Suka betul Fatihah dapat ke tasik. Jarang pergi sebabkan sepupu yang asyik mengongkong dirinya. Haish!

" Segar betul udara kat sini. " Fatihah mendepakan kedua-dua belah tangannya. Dia menutup matanya. Kamil berlari anak ke arah Fatihah lalu memeluk gadis itu dari belakang. Hakimi yangmenyorok dibelakang sebatang pokok kelapa agak terkejut dengan apa yang dia tonton sekarang. Setahunya ini bukan filem Titanic seperti apa yang dilakukan oleh Jack dan Rose.

" Astaga. Teruknyalah perangai. " gumamnya.

' Aduh, apa benda gigit aku ni. " sudahlah batang pokok kelapa ni kecil, senang kantoi. Hakimi melihat kaki kirinya. Semut api derr. Jangan sangka kecil tak berbisa. Ya Allah, banyaknya. Lah, aku pijak sarang dorang. Aduh! Berbintat kakinya. Merah.

" Aduh! " Kamil dan Fatihah memandang ke arah jeritan itu. Kelihatan Hakimi sedang melompat-lompat menahan kesakitan dek kerana berpuluh-puluh seut api.

" Kau ikut aku? Eh, kau kenapa ha? " Fatihah bercekak pinggang. Dia tidak peduli Hakimi sakit kena gigit apa-apa pun, janji dia mahu tahu tujuan lelaki itu mengekori mereka berdua.

" Aku nak pergi kedai. Sambunglah filem Titanic korang tu. Aduh, sakitlah! " alasan paling bodoh oleh seorang yang bodoh. Pergi kedai konon.

" Bohong! Asal kau ikut aku? Eh, kau kalau tak buat aku rimas, boleh tak? " Kamil masih diam membisu. Amboi, peluk anak dara orang bukan main lagi.

" Betullah . Tasik ni bukan untuk korang dua je . " pura-pura tak menjadi . Kacau betullah semut api ni . Tak pasal-pasal terkantoi .

" Aku minta maaf, Kimi. Aku tahu dia cousin kau. Sorry. " Hakimi masih sibuk dengan kakinya. Sebenarnya dia geram dengan Kamil bukan dengan Fatihah.

" You've changed, Kamil. " perlahan-lahan dia berdiri dan sedikit berjingket untuk berdiri di hadapan Kamil. Fatihah dibiarkan sahaja.

" Changed? " buat-buat tak tahu pulak.

" Kau ingat tak dulu masa kau form 4? Waktu-waktu macam ni kita tengah study group. Aku selalu minta kau ajarkan aku maths, but now..." ada satu keluhan diakhir ayat yang tergantung itu. Kamil menanti sambungan ayat tersebut.

" Now... Kau berubah menjadi liar. I missed the first Kamil. " berkerut dahi Kamil ibarat seorang Perdana Menteri yang memikirkan masalah negara. Dia cuba untuk memahami ayat yang mendalam itu.

" Hey, I'm still waiting of your answer. Why you following me, Kimi? " Fatihah ni sebenarnya bijak dalam English tapi itulah, dia membazir masa dengan tak mahu masuk pertandingan pidato bahasa inggeris.

" Aku ikut kau sebab nak jaga kau daripada gejala tak sihat. Kamil suka-suka peluk kau. Kalau ada yang buat report dekat jabatan agama nanti, siapa susah? Siapa yang malu? " ya, itu sebenarnya tujuan Hakimi mengekori makhluk berdua itu. Entah mana letaknya akidah mereka berdua pun dia tidak tahu. Entah-entah bawah tapak kaki. Hm.

Fatihah diam turut sama seperti Kamil. Separuh hati gadis itu menyokong kata-kata Hakimi dan separuh lagi tidak habis-habis menyumpah seranah sepupunya. Hakimi menghulurkan helmet kepada Fatihah . Sengaja dia bawa dua kerana gadis itu.

" Baliklah, Kamil. Kau tak ada apa-apa dengan sepupu aku. " ah Kamil ni dengan pompuan je berani. Lelaki? Kecut.

" Kimi, please jangan bagitahu sesiapa. Mana aku nak letak muka nanti. Habislah jawatan yang aku pegang, tak sama macam perangai aku. " Hakimi mengangguk. Nak maafkan ke tidak? Kalau aku jadi bapak Fatihah, dah lama aku kasi penyepak dekat mamat ni. Sabar ajelah.

" Jangan berani nak sentuh Tiha lagi. Kalau tak... tahulah nasib kau. " sekali-sekala kita main ugut-ugutlah. Nampak aje Kimi ni baik orangnya. Tapi dalam diam, dia strong.

" Ya, aku janji. " tangan kanan diangkat separas dada seperti orang berikrar. Serius betul dia ni!

Kamil mendapatkan motosikalnya sama seperti Hakimi. Fatihah masih rasa bersalah dengan apa yang dilakukannya. Sejahat-jahat dia, batas pergaulan antara ajnabi masih dijaga 50%. Perlahan-lahan motosikal milik abah Hakimi meluncur diatas jalan raya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience