Bab 11

Romance Completed 27528

BAB 11

SABTU. Hari yang ditunggu-tunggu oleh Geng Sakura. Mereka akan bersuka-ria di Sunway Lagoon. Siapa yang tak gembira bila dapat pergi tempat kegemaran rakyat Malaysia itukan? Tetapi kegembiraan Sakura hanyalah 50% kerana kehadiran mereka tidak lengkap. Wahida.

Peristiwa malam semalam amatlah sedih. Mesyuarat diantara ahli-ahli Sakura menjadi suram kerana Wahida yang tidak henti-henti menangis.

" Aku benci ayah aku. Dia asyik nak pukul aku. Dengan mak aku pun dia pukul sekali. Tahu pulak marah bila Noah peluk aku, dia berjudi tak ada pulak nak sedar. " Sakura sudah dimaklumkan sejarah hidup Wahida. Mereka turut bersimpati.

" Tak apalah, Wahi. Kau bertenanglah dulu. Sebab itu kitorang ajak kau pergi Sunway Lagoon esok. Aku dengan Ameera belanja kau tiket. " walaupun kejam dan zalim, mereka masih ada semangat setiakawan. Tidak boleh lihat salah seorang daripada mereka sedih dan berduka. Susah senang mesti bersama.

" Kau simpanlah duit tu. Aku dah banyak menyusahkan Sakura. " dalam hati sebenarnya mahu tetapi dek memikirkan dia telah banyak menyusahkan kawan-kawannya.

" Tak menyusahkan pun. Bukan ke kita semua ni berkawan dah lama? Aku kenal kau hampir 5 tahun. Aku dah kenal kau. Tahu kisah hidup kau. Kami semua nak membantu kau. " Athirah mengusap belakang Wahida. Air matanya hamir menitis apabila teringat kisah hidup kawannya itu.

" Aku memang nak pergi tapi ayah aku dah tak bagi keluar rumah jauh-jauh. Setakat pergi kedai mamak itu ajelah dia kasi. " Athirah memandang wajah setiap ahli Sakura.

" Tak apalah. Arahan orang tua kena patuhi. Jangan jadi anak derhaka. Neraka tempatnya nanti. " ceramah agama yang diberikan. Memang betul pun.

" Sorry eh korang. Hidup aku agak sadis. " agak? Memang, bukan agak lagi dah.

" It's okay. Kami akan sentiasa berada disisi kau. " Fatihah membalas. Walaupun dia paling tua sekali di dalam kumpulan itu, namun dia menganggap yang lain seperti adik angkat. Dia hormat yang muda jadi yang muda hormat dia balik. Easy.

Suasana di dalam kereta Proton Exora sunyi. Mama Ameera sahaja yang rajin berbual. Lagu yang berkumandang tidak menarik perhatian mereka langsung. Semua teringatkan Wahida. Entah apa yang gadis ketot itu sedang lakukan sekarang.

" Okey kita dah sampai. " semua turun dari dalam perut kereta.

" Aku tak sabar nak masuk rumah hantu. Hihi. " Fatihah beratur dibelakang Athirah. Semua turut tidak menyabar mahu bersuka-ria. Biarlah penat asalkan happy.

NOAH setia menunggu cinta hatinya menjawab panggilan. Masuk kali ini sudah tiga kali panggilannya, namun suara Wahida langsung tidak kedengaran. Chat tak balas. Sakit ke? Risaunya bukan kepalang. Aweks. Biasalah.

Wahida hanya mampu memandang handsetnya yang bergetar dek kerana panggilan daripada Noah. Bukan tak mahu jawab , tapi dia tak mahu Noah tahu hal sebenar.

" Jawablah Wahi. Bisinglah. " Asyiqin yang masih amai-amai kerana terjaga dengan bunyi ringtone phone adiknya.

Dengan hati yang terpaksa, dia gagahkan untuk menjawab juga. Dia berlalu ke bilik sebelah. Mak tak ada. Line clear.

" Wahi! Asal tak jawab call aku? Kau tahu tak aku risau. Kau sakit ke? " mana satu nak jawab dulu ni? Apa nak jawab?

" Noah... "

" Kau kat mana? Okey tak ni? " dimuntahkan lagi dua soalan dan itu membuatkan Wahida bengang.

" Noah! Bagilah aku cakap dulu. " Noah diam tanda memberi peluang gadis itu menjawab.

" Aku kat rumah. Aku separuh okey. Aku sihat walafiat. Kenapa kau macam orang gila ni? "

" Alhamdulillah. Aku risaulah, sial! Kau tu kesayangan aku. Kau free tak? Jom keluar. " mak kerja, ayah dengan pertandingan judi dia tu. Akak tidur aje kerja. Keluar ajelah.

" Boleh je. Kau tunggu tempat biasa. " panggilan dimatikan. Wahida melilit selendangnya.

" Kau nak pergi mana? Masakkan untuk aku, laparlah. " ini yang malas ada kakak macam ni. Entah bagaimanalah Asyiqin jika sudah berkahwin.

" Aku nak keluar jap. Nanti aku bungkus makanan. " dia berlalu keluar bilik dan terus keluar dari dalam rumah. Dia memandang sejenak kearah neraka buatan manusia itu. Seram aje tengok. Tanpa berlengah dia terus mendapatkan lif.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience