Bab 14

Romance Completed 27528

BAB 14

FATIHAH menggeliatkan tubuhnya. Huh, letih! Yang lain sedang enak dibuai mimpi. Hanya dia dan mama Ameera sahaja berjaga. Takkanlah mama Ameera nak tidur. Memang innalillah-lah.

Telefon bimbit Ameera berbunyi. Dalam keadaan amai-amai dia melihat siapa yang call. Noah. Apa budak ni nak? Wahida tak adalah!

" Hello? "

" Ameera! Wahi masuk hospital. Dia lemas tadi. " Ameera membulatkan matanya.

" Hospital mana? " yang lain turut terjaga.

" Ha, okey. Mama singgah SJMC jap. Wahida masuk hospital. " mama Ameera kenal akan Wahida malah kisah hidup gadis itu turut dia tahu.

" Kenapa dengan Wahi? " Athirah yang masih mamai terus menjadi segar bugar. Wahida a.k.a teman rapatnya. Mana tak risaukan?

" Dia masuk hospital. Noah kata dia lemas. " lemas? Bukankah perkara paling Wahida fobia adalah berenang? Mengapa gadis itu berani mati mahu mencuba untuk berenang. Wahida bukan bodoh orangnya. Fikiran mereka penuh dengan pertanyaan.

Hampir setengah jam kemudian, kereta Proton Exora selamat di pakir. Semua keluar dalam keadaan terkocoh-kocoh. Rambut pun agak serabai kerana baru lepas berseronok dekat water park.

Mereka semua meluru kearah kaunter dan bertanyakan pesakit bernama Nurul Wahida. Bilik 211 tingkat 3. Semasa di dalam lif, Ameera memerhati wajah Athirah. Risau betul gadis itu.

Bilik 211 berada di hadapan mata. Noah dan seorang lelaki yang amat dikenali mereka duduk menunduk. Ameera berlari anak kearah Noah dan menyapa lelaki muda dua tahun daripadanya itu.

" Noah! Wahi macam mana? "

" Ada dalam wad tu. Dia tak sedarkan diri lagi. Doktor kata banyak masuk air." mentol menyala diatas kepala Ameera. Hanya imaginasi bukan betul-betul.

" Wahi yang mandi kolam atau macam mana ni... " kali ini mata tepat memandang lelaki berwajah bengis itu. Mesti dia yang lakukan! Dasar bapak tak guna!

" Korang pergilah tengok dia dulu. " ibu Wahida keluar dari dalam wad. Mukanya tegang menahan marah.

" Ini semua salah abang! Sekarang abang tengok apa dah jadi dekat adik. Abang ni memang tak bertanggungjawab. Mana perginya tugas seorang suami dan ayah? Makan minum anak, bini semua saya yang tanggung. Apa nak jadi abang ni?! " nurse yang berada tidak jauh dari situ turut terkejut mendengar suara lantang ibu Wahida. Mama Ameera hanya menjadi pemerhati. Yang lain sudah masuk ke dalam.

" Aku tahu ni salah aku. Aku tak sengaja. " aku? Suami apakah?

" Ah, tak kiralah! Abang memang suami tak bertanggungjawab! " kali ini suara wanita berusia linkungan 40-an itu menjerit dengan kuatnya. Tiada guna jika ada kelibat orang dewasa yang lain jika tidak menegur pasangan suami isteri itu. Mama Ameera meluru kearah mereka.

" Akak, sabar. Ini hospital bukan rumah. Hospital tempat orang sakit dirawat. Mereka juga berehat disini. Jangan bagi mereka sakit lagi dengan suara lantang akak tu. Benda ini boleh dibawa berbincang. Tolong jangan buat onar disini. " bukan mahu menyibuk hal rumah tangga orang tetapi ini sudah melebih. Silap-silap roh tak tenang kat dalam hospital ini pun terjaga.

" Akak dah tak boleh bersabar. Cukuplah akak menderita. " ibu Wahida berlalu ke pantri sambil air mata yang deras mengalir.

Selesai. Mama Ameera masuk kedalam wad. Wahida baring dalam keadaan yang masih tidak sedarkan diri. Noah setia berdiri ditepi katil. Muka Wahida pucat.

" Noah, ceritalah kat kami. Bagaimana ni semua terjadi? " Athirah bersuara.

" Wahida terjatuh dalam kolam. Ayah dia tolak. Semuanya berpunca daripada aku. Kalau aku tak ajak Wahida keluar, ini semua takkan terjadi. " mereka semua memahami apa yang terjadi. Semua pandang sesama sendiri. Dalam hati Athirah ada satu dendam yang paling dia marah. Dendam pada ayahnya Wahida.

Beberapa minit kemudian tangan Wahida bergerak. Matanya masih tertutup rapat. " Noah, Sa..Sakura! " panggilnya dalam nada perlahan. Malangnya nama pertama yang disebut bukanlah nama keluarga.

" Kitorang ada kat sini, Wahi. " tangan Wahida dipegang erat oleh Athirah. Sejuk.

" Aku kat mana? " soalan pertama yang keluar dari bibir kecil Wahida.

" Hospital. Kau lemas tadi, aku bawa kau ke hospital. " tangan Noah dicapai Wahida.

" Noah, jangan tinggalkan aku. " mama Ameera memberikan isyarat keluar kepada tiga gadis yang lain. Memberi privasi diantara pasangan muda itu.

" Tak. Aku ada sini. " dengan tenaga yang masih berbaki separuh, Wahida bersandar pada kepala katil.

" Jangan tinggalkan aku, Noah. Aku mintak maaf bagi pihak ayah aku. Tolong maafkan dia. " ingat lagi pesan orang tua. Sejahat mana pun ibu bapa kita, kita mesti hormat mereka. Setiap manusia melakukan kesilapan. Tiada yang sempurna.

" Aku maafkan. Aku takkan tinggalkan kau. " Wahida berkata begitu kerana dia masih teringat akan Hazim. Kerana kes Hazim ditumbuk oleh ayah, mereka putus. Kata Hazim, dia tidak sanggup bercinta dengan anak yang mempunyai bapak kaki pukul. Dia tidak mahu Noah begitu. Dia tahu Noah sudah matang dan boleh berfikir dengan teratur.

" Doktor kata kau boleh balik esok. " Noah mengukir senyuman ikhlas. Turut sama dilakukan Wahida. Pasangan paling bahagia walaupun salah seorangnya menderita. Tak guna jika bersungguh-sungguh bercinta tetapi tiada kerjasama dalam membantu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience