Bab 21

Romance Completed 27529

BAB 21

AMEERA menumbuk-numbuk tilamnya. Dia betul-betul geram dengan Adreena. Dia baru sahaja dimaklumkan ketika di sekolah tadi. Dia digantung sekolah selama sebulan. Digantung kerana mencederakan Aleeya. Bukankah kes itu telah ditutup? Siapa pula yang berani ungkit balik? Ah, cibai!

" Meera, apa kes pulak kali ni? Sudahlah, mama malas nak ambil tahu pasal Meera lagi. Mama penat. Apa Meera nak buat, buatlah. " kata-kata mamanya masih terngiang-ngiang dalam fikiran. Mama telah mengalah dengan papa. Jadinya, untuk cuti sekolah nanti, dia akan tinggal dengan papa...Dia tak mahu, tetapi dipaksa juga.

Tilam ditumbuk-tumbuk lagi apabila teringatkan Adreena. Dia terlalu benci dengan gadis itu. Berani mencabar orang! Dia sudah merancang sesuatu. Perkara yang sama akan berlaku tahun lepas akan berulang kembali. Biarlah Wahida yang menguruskan ini semua nanti. Sambil mengesat air mata, dia tergelak sinis. Mampus kau, Reena!

WAHIDA hanya berkurung di dalam biliknya sejak pulang ke sekolah. Sekarang dia sudah bebas. Hidup tanpa seorang ayah yang kejam. Dalam pada dia merasa kebebasan, dia teringat akan kata-kata Athirah. Layakkah manusia kotor sepertinya menerima syurga Tuhan? Hatinya betul-betul gelap tanpa cahaya iman. Dia jahil.

Hati kata berubah tapi syaitan berbisik jangan. Mengapa syaitan harus wujud dalam alam yang fana ini? Mengapa kejamnya syaitan itu sehingga mahu menyesatkan umat Muhammad? Pelbagai soalan bermain dalam mindanya.

Ustaz berpesan agar sentiasa menunaikan ibadah dan mengalunkan kalimah-kalimah Allah S.W.T. Namun itu semua ibarat masuk telinga dan kanan keluar telinga kiri. Solat kadang-kadang sahaja ditunaikan. Hanya ditunaikan apabila waktu lapang. Al-Quran dibaca dua kali sebulan. Inikah calon-calon ahli syurga? Dia tidak mempunyai sebarang ciri-ciri untuk menjadi ahli syurga. Jika neraka, mungkin sudah beratus ciri-cirinya.

Badan terasa lemah. Matanya ibarat panda. Lebam. Menangis sepanjang waktu adalah rutin harian selepas kejadian dia lemas dek kerana ditolak oleh ayah sendiri. Kakaknya? Jarang nampak kelibatnya selepas kejadian itu. Entah apa nak jadi dengan keluarga ini dia sendiri pun tidak tahu. Dia hanya mampu berharap supaya pengakhirannya menjadi secerah mentari.

Noah langsung tiada khabar berita. Chat tak ada. Malas mahu tegur. Lagipun budak tu nak UPSR. Biarlah dia belajar dulu. Apa nak buat? Kebosanan sentiasa melanda sejak akhir-akhir ini. Wahida mengambil keputusan untuk hanya berdiam diri di dalam bilik usang ini.

Ring ring ring... Handphonenya berbunyi. Diangkat dengan tenang. Suara Ameera menyinggah ke telinganya.

" Wahida, aku nak kau jumpa aku dekat Starbucks sekarang jugak. " berkerut dahinya. Bunyinya macam serius. Ya, Ameera digantung sekolah. Perlu ke gadis itu bercerita lagi?

" APA yang penting sangat ni? " tanya Wahida. Kali ini dia tidak membeli ice coffee kegemarannya kerana poket kering.

" Kau ingat lagi tak dengan budak baharu tu? " pertanyaan dibalas dengan anggukan.

" Kau nak tahu sesuatu? " angguknya lagi.

" Aku kena gantung sekolah sebab dia. Dia yang bangkitkan hal ni. Entah apa ilmu yang dia guna entah sampai dapat lembutkan hati si Rohana tu untuk denda aku. Jadi aku nak kau buat sesuatu..." Wahida cepat-cepat menggeleng.

" Aku tak nak! Cukuplah hati aku digelapkan lagi. " teringat akan peristiwa Nadrah. Dia tidak mahu sejarah hitam berulang kembali. Dia menggeleng banyak kali.

" Sejak bila kau alim ni? Sejak mak bapak kau bercerai? " sinis betul soalannya dan membuatkan hati Wahida tergores. Dia kecil hati.

" Mungkin. Tapi, aku dengan jawapan aku. Tidak. Ingat sikit. Rahsia kau banyak aku simpan. Jangan sampai satu hari semuanya terbongkar. Ingat tau Ameera. Jangan lupa janji kita." dengan wajah yang tenang, dia bangun dan terus berlalu keluar dari kedai itu. Ameera berdecit tidak puas hati. Menyesalnya dia berkongsi rahsia dengan Wahida.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience