Bab 15

Romance Completed 27528

BAB 15

NAMANYA ALEEYA ARISSA ANUAR. Berasal dari Subang Jaya. Bekas ahli Sakura dan bekas teman baik Wahida. Aleeya kehidupannya sempurna. Tiada kesusahan. Kaya. Tapi jangan ingat kaya itu selalu mendatangkan perasaan gembira. Aleeya pernah berfikir untuk menjadi biasa-biasa sahaja. Baginya kaya ini tiada makna. Cuma berharta. Itu sahaja.

Untuk hari jadinya yang ke-13, ayahnya menghadiahkan Iphone. Namun hatinya menolak semua itu. Hati sahaja. Dia inginkan suasana yang gembira. Hidupnya sama seperti Wahida. Sunyi . Cuma Wahida tidak setaraf dengannya. Ibunya pernah memaksa dirinya untuk masuk ke sekolah swasta. Katanya lebih bagus. Padahal, pelajar-pelajar disitu tidak bagus seperti yang disangka. Semua menyombong sesama sendiri. Orang kayakan?

Dia sendiri ingat akan kata-kata Ustaz Hamdi, " Tiada guna kaya harta jika miskin dengan akhlak." ya, selepas memberitahu tentang itu pada keluarga, Aleeya dimarahi. Entah mengapa dia pun tidak tahu.

Dia letih. Letih sebab apa? Sebab memujuk untuk meminta ibu dan ayah bercuti selama satu hari pun cukup. Dia mahu duduk bersama dan berbual rancak. Itu yang dimahukan, bukannya kesunyian. Ayah jarang berada di rumah kerana sibuk dengan hal syarikatnya. Kadang-kadang ayah langsung tidak pulang ke rumah.

Ibu pula sibuk dengan butiknya. Balik sahaja rumah, pasti ada rungutan yang didengari. Sampaikan Aleeya pernah tidur di rumah Aishah untuk satu malam kerana bosan yang teramat. Hari ini Aleeya hadir ke sekolah dengan dihantar oleh driver ayah. Bukan ayahnya sendiri.

Semua heboh bercerita tentang ayah Wahida menolak anak sendiri ke dalam kolam sehingga lemas. Aleeya hanya mampu mendengar. Tak mahu percaya sebab orang kadang-kadang suka menokok tambah cerita. Nisa tak hadir. Selalunya minah tu paling rajin ke sekolah.

" Kau tahukan pasal Wahida tu? " Aishah bertanya. Aleeya hanya mengangguk.

" Biar dia rasa macam mananya sakit yang dia pernah buat kat mangsa-mangsa dia. " Adreena di hadapan Aishah seperti menyokong kata-kata Aishah.

" Tak baiklah, Aishah. Itukan takdir. Tak baik cakap macam tu. " Aleeya tak ada mood sangat hari ni. Dia lebih suka bersendiri.

" Yelah. Eh, Reena. Kau dah siap Sejarah? Nak tiru jap. " Adreena menghulurkan buku nota Sejarahnya. Aishah, Aishah. Tiru aje kerja kau.

SEMASA mereka bergerak ke kantin, Aleeya ditarik Ameera ke belakang sekolah. Ameera menarik tudungnya. " Aku nak kau masuk geng ni balik. " hek eleh. Pasal tu jeke? Nak tarik-tarik aku pasal apa?

" Aku tak nak buat dosalah! " tangan Ameera ditolak kasar.

" Oh, dosa? Selama kau masuk dulu, ada ingat dosa? Kafir adalah! " Ameera bab-bab mencederakan fizikal orang, dia tak pandai sangat tapi kalau melawan dengan kata-kata, dialah nombor satu.

" Sebab masa tu aku jahil. Aku terpengaruh dengan korang. "

" Kisah apa aku? Aku nak kau masuk. Ganti Wahida. " aik?

" Wahida kau nak campak mana? " ini ke namanya kawan? Selfish adalah.

" Buat masa ni dia tak ada. Aku nak kau ganti. Banyak lagi natang tak bayar hutang. "

" Aku tetap dengan jawapan aku. Tak nak! " lagilah membuat Ameera bengang. Ameera undur ke belakang lalu menyepak perut Aleeya. Gila kuasa ke apa ni? Bukan ini semua kerja Wahida ke?

" Sakitlah babi! " dia terduduk. Satu lagi tendangan hinggap di kepalanya.

" Mana kesan torehan kau tu? Kasi aku tengok. " lengan baju Aleeya ditarik kasar.

" Nak aku toreh lagi? "

" Cikgu! " Athirah lari lintang-pukang meningglkan Ameera. Cikgu Rohana memegang rotan lalu...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience