Bab 20

Romance Completed 27528

BAB 20

HARI ini Wahida telah selamat keluar dari hospital. Wajah tegang muncul pada wajahnya. Entah apa yang difikirkan pun tak tahu. Dia ditanya pelbagai soalan oleh pelajar sekeliling. Ada yang sampai kena herdik dengan dia. Tak habis-habis nak jadi paparazzi.

" Hai, Wahi. Sembuh dah kau? " tanya Diana. Namun Wahida hanya menjelingnya.

" Wahi kau okey? " tanya Athirah pula. Semacam aje sahabatnya itu.

" Tak. "

" What's the prob? "

" Mak ayah aku bercerai! Benda paling cibai! " mejanya dihentak kuat sehingga satu kelas diam membisu dan hanya mampu memandang Wahida.

" Hey, calm down! " balas Athirah.

" Nak calm down apanya? Tahu tak aku benci hidup aku? Kenapa Tuhan tu bagi aku dugaan macam ni? Apa salah aku? " satu kelas mula riuh kembali. Semua menceritakan hal sama. Mak ayah Wahida bercerai.

" Jangan salahkan Tuhan. Dia sayang kau, sebab tu dia kasi dugaan macam ni."

" Hey, kalau Tuhan tu sayang aku, Dia tak bagi aku dugaan macam ni tahu? Dari aku kecik sampai besar, Tuhan tak pernah henti bagi dugaan dekat aku. Bila masanya pulak aku nak merasa kesenangan? Asyik dugaan aje. Tuhan tak adil! " jelas Wahida. Tanpa disedari, air matanya merembes keluar. Sedih.

" Astaghfirullah. Tuhan tu Maha Adil. Belum masa aje kau nak rasa semua tu. Mungkin dunia kau seperti neraka, tapi akhirat kau mungkin syurga? Siapa tahu? " Wahida pantas menggeleng, tidak bersetuju dengan kata-kata Athirah.

" Aku banyak dosa. Layak ke aku masuk syurga? " air mata terus mengalir tanpa menghiraukan orang sekeliling.

" Aku hanya manusia biasa bukan Tuhan. Kemana kita selepas mati, itu semua tugas Allah. Aku hanya mampu menasihat kau saja. " balas Athirah.

" Sejak bila kau berubah hah? Dulu bukan main jahil lagi. " Wahida mengesat air matanya menggunakan hujung lengan baju kurung sekolahnya.

Athirah membisu. Dia dalam dilema sama ada mahu meninggalkan geng jahil itu atau kekal dengan dosa. Syaitan berbisik supaya kekal manakala hati menegur supaya meninggalkan. Moga Allah mengubah mereka semua. Insya-Allah.

FARIS DANIEL. Sudah lama nama ini tidak disebut ramai. Entah ada yang kenal lagi ke tidak. Gaya berjalan tidak pernah berubah. Samseng sekolah. Tepat sekali. Digantung sekolah kerana disiplin yang teruk. Suka membuli, merokok dan merempit itu hobinya. Hari ini satu sekolah riuh dengan kehadirannya. Ada gadis-gadis yang meminatinya telah bersedia untuk menggedik dan ada yang cuba menjauhkan diri daripada lelaki bermasalah itu.

Cikgu Rohana hanya memandang dari jauh. Kelibat Faris Daniel dipandang tajam bak helang yang mencari mangsa. Cikgu Rohana memanggil seorang pelajar untuk memanggil Faris ke tempatnya. Namun begitu, pelajar itu menolak dengan baik. Alasannya, takut diherdik seperti dulu.

" Selamat datang ke sekolah, Faris. Masukkan baju awak dalam seluar. Ubah sikit perangai tu. Tingkatan 5 dah. " Faris mendongak memandang cikgunya. Sudu dan garfu diletakkan dalam pinggan lalu menurut perintah Cikgu Rohana.

" Saya dah berubah cikgu. " katanya sambil tergelak kecil.

" Berubah ke arah kebaikan atau sebaliknya? " sindir Cikgu Rohana. Ketawa dibalas oleh Faris Daniel.

" Insya-Allah ke arah kebaikan. " senyuman dibalas Cikgu Rohana lalu beredar dari situ. Dia akan tetap mengawasi pergerakan Faris Daniel, Mohammad Imran, Muhammad Kamil dan Zaki Rusyaidi. Geng kedua paling bermasalah. Di tangga yang pertama adalah Sakura. Geng berdua itu dalam genggaman dan semua guru di dalam sekolah itu akan berusaha untuk membersihkan nama sekolah yang hanya popular dengan masalah disiplin yang teruk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience