BAB 25

Romance Completed 6551

Muna dan Syifa bantai gelak melihat wajah mencuka Syazira. Faiz cuma mampu senyum saja. Kalau dia juga tergelak sama, pasti selepas ini kena layan rajuk si buah hati.

“Sorry la kawan. Kami buat untuk kebaikan kau jugak..” Muna menyimpul senyum sambil menyuap ABC ke dalam mulut. Syifa mengangguk-angguk. Menyokong. Syazira menjeling pada Syifa.

“Kau pun sama kan…” Syazira mencubit manja lengan Syifa. Tak sangka Syifa pun terlibat sama. Syifa tergelak besar. Dia menjongketkan kening sambil mendepakan tangan.

“Well, macam Muna cakaplah, for your own goodness. Aku sakit mata tengok kau layan abang Faiz.”

“Berapa abang Faiz bayar kau?” Syazira menyoal Muna pula. Muna tersedak, kemudian tawanya meletus. Sudu ditangan diletak semula ke dalam mangkuk.

“Aku buat ikhlas je. Tapi sebagai mengenang jasa baik aku ni, abang Faiz ada bagi tiket melancong, open tiket tu.. Lepas habis semua ni bolehlah aku bercuti sakan dengan Syifa..” Muna tersenyum lebar sampai ke telinga. Syifa terangguk-angguk. Syazira memandang Faiz. Faiz mengangkat kening.

“So, aku harap lepas ni, korang hiduplah baik-baik ye. Kalau ada yang tak kena tolonglah bincang. Kemahiran komunikasi tu penting.” Muna merenung Syazira.

“Entahnya dia ni, kalau dah betul-betul melepas, tak ke gigit jari nanti, sampai habis jari-jari tu pun tak ada gunanya lagi..” Syifa menambah. Faiz yang mendengar terkekeh-kekeh ketawa. Habis jari?

“Terima kasih banyak dekat Muna dan Syifa. Kalau tak kerana idea tu sampai sekarang abang Faiz rasa orang tu masih tak sedar perasaan sebenar dia pada suami dia yang handsome ni.” ujar Faiz, sambil ketawa. Muna tersengih, dan Syifa menggeleng-geleng kepala. Syazira menjeling Faiz, manja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience