BAB 12

Romance Completed 6551

Ada 9 missed call dari Faiz dan satu SMS. Suis pengecas ditutup dan dia berbaring di katil sambil memegang telefon. Berkira-kira mahu menghubungi Faiz, tapi segan. Dipandang jam di atas meja, pukul 10 malam. Agak-agak sudah tidur ke belum? Dia tentu penat hari ini. Dia berbisik sendiri. Kalau tak call, macam tak kena pula. Call je lah!!

Tatkala panggilannya dijawab, suara garau yang serak-serak basah menyapa di hujung talian. Dia mula berbelah bahagi untuk berkata-kata. Pasti Faiz sedang tidur tadi.

“Sya?”

“Hmm.. sorry, tadi Sya terlelap sampai petang. Lepas tu lupa nak cas telefon. Ni baru je on semula..” jealsnya tanpa menanti Faiz bertanya. Kedengaran keluhan kecil di talian sana.

“Never mind..” hanya itu yang dibalas. Syazira terdiam. Tidak tau nak cakap apa.

“Err..abang sampai pukul berapa tadi?”

“Dalam pukul lima jugak..terus call Sya tapi tak dapat-dapat..”

“Sorry.. erm.. abang dah tidur tadi?”

“Baru nak terlelap..penat sikit..”

“Dah makan?” soalnya.

“Dah sayang. Thank you for that nice question..” Syazira terdiam lagi. Panggilan sayang yang selalu meniti di bibir Faiz ada kala membuat jiwanya kacau..lidah kelu..

“Err.. tak apalah. Pergilah sambung tidur, sorry kacau abang..”

“Hmm… good night sayang..” dan talian putus begitu saja. Syazira merenung telefonnya. Dia keliru dengan perasaannya. Perkahwinan yang masih baru ini membuatkan dia sukar mengerti perasaan sendiri. Hampir dua minggu menjadi isteri kepada Faiz, dia masih belum mampu bersedia dari segala segi. Masih ada perasaan was-was dalam dirinya. Pengalaman hidupnya menyatakan, cinta itu menyakitkan…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience