BAB 3

Romance Completed 6551

“Tak elok lama-lama kena angin malam.” Faiz menegur Syazira yang ralit memandang hujan yang jatuh ke tanah. Mendengar suara Faiz, membuatkan Syazira terus berpaling. Dia berdehem.

“Sya masuk dululah..” dia meminta diri. Faiz hanya membiarkan. Aariz memandang wajah kakaknya yang tiada mood itu dengan pandangan kosong. Volume tv diperlahankan, dan dia menapak ke beranda, duduk bersama Faiz yang sedang merenung langit.

“Talking to the moon?” soal Aariz. Faiz tersenyum. Adiknya ini macam-macam sungguh.

“Moon apa ke bendanya, moon pun tak nampak bayang..” jawab Faiz. Aariz tergelak.

“Kenapa dengan Kak Long awak tu? Lain macam je sejak petang tadi..” soalnya dan Aariz sekadar mengangkat bahu.

“Siapa lelaki yang kita jumpa tadi tu?” soalnya pada Aariz. Aariz mengangkat kening.

“Abang Ady.. erm.. Kak Long punya ex-boypren.” Terang Aariz tanpa berselindung. Faiz memandangnya.

“Kenapa boleh putus?”

“Tak ada jodoh..” Aariz menjawab selamba. Faiz menepuk bahu lelaki itu.

“Itu abang taulah. Aariz ni..”

“Hahaha.. Abang ni nak tau sangat, kenapa?” Aariz mengenakan Faiz. Saja nak mengusik. Faiz diam. Sebagai lelaki, jarang dia mahu meluahkan perasaan pada orang.

“Erm…” dia sekadar berdehem. Aariz mengerling dengan ekor mata.

“Mak abang Ady tu tak suka Kak Long. Dia suka dekat kawan Kak Long. Dia pinangkan kawan Kak Long untuk abang Ady. So, Kak Long pun give up, dia yang putuskan hubungan. Dah lama dah..” Aariz menjawab panjang lebar. Faiz menyeka rambutnya.

“Ady ikut je apa yang mak dia cakap?”

“Abang Ady pun maybe serba salah. Mak sendiri kan. So Kak Long pun tak mahu ambik risiko, daripada teruskan hubungan yang sah-sah terhalang, baik diorang putus. Kak Long tu kalau dah nekad, memang nekad betul. Tapi..dia muram sejak jumpa abang Ady tadi..Aariz rasa..”

“Rasa apa?”

“Macam Kak Long masih sayang abang Ady. Abang Ady pun dah bercerai..” Aariz menambah lagi. Faiz menelan liur. Dah bercerai? Aariz mengerling wajah abang angkatnya. Dia tersenyum. Walaupun dia budak mentah tapi dia tau jugak baca perasaan orang ni..hmm…

“Don’t worry abang. Kalau abang bertanding dengan abang Ady, abang dah menang 2-0, sebab mak dan abah macam sukakan abang je..” Aariz menepuk bahu Faiz. Faiz terkulat-kulat. Aariz tersengih, lantas terus berlalu. Faiz tersenyum kecil. Aariz tau…dia sukakan….Syazira??????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience