BAB 13

Romance Completed 6551

Syazira, Muna dan Syifa saling memandang dan tersenyum.

“Aku ingat kita dah tak payah dah datang bertapa dekat sini..” Syifa bersuara.

“Nak buat macam mana, aku ingat bahan aku dah cukup betul tapi bila dah buat, rasa macam banyak pulak nak kena tambah. Lompong sana lompong sini..” keluh Muna. Syazira senyum saja. Tesisnya tidak bermasalah setakat ni, cuma, dia juga merasakan dia memerlukan bahan tambahan. Kebetulan Muna sudah megajak, dia ikut sajalah..

Mereka melangkah anak tangga satu persatu. Pegawai perpustakaan tersenyum memandang mereka. Setelah menulis beberapa maklumat diri, mereka dibenarkan masuk. Dalam gedung yang berjuta-juta buah buku itu, mereka hanyut dalam mencari keperluan masing-masing…sehinggalah tiba-tiba bahu Syazira dicuit. Gadis itu berpaling. Matanya terbuntang.

“A..abang?” soalnya. Faiz tersenyum kecil.

“Ini kan tempat abang..” jawabnya ringkas sambil memandang kanan dan kiri. Syazira menepuk dahi. Bagaimana dia boleh lupa di sini tempat Faiz. Faiz, kan pensyarah dekat sini..tapi..sebelum kahwin, tak pernah pulak mereka terserempak? Syazira menarik Muna dan Syifa mendekat, memperkenalkan mereka pada Faiz.

“Kenapa datang sini tak bagitau?” soal Faiz. Syazira telan liur. Dia nak marah sebab keluar tak mintak izin ke? Nak jawab apa ni? Nak terus terang yang kau lupa dia kerja sini? Mesti dia kecik hati sebab itu menunjukkan kau tak ingat langsung siapa dia. Syazira mengetap bibir.

“Kalau abang tau, boleh abang rechedule semula program abang, mungkin ada yang boleh diubah. But since Sya datang pun tak bagitahu, and sudah terlambat abang nak buat semua tu, so tak bolehlah kita nak keluar..” keluh Faiz. Syazira membuang pandang keluar, menyembunyikan rasa bersalah. Bukan dia tidak dapat mengesan nada Faiz yang kecewa..

Muna dan Syifa hanya membiarkan Syazira sementara mereka kembali mengadap komputer, mencari buku-buku yang dikehendaki. Datang sini tak boleh bazir masa, nanti rugi. Buku tak dapat, penat yang dapat.

“Carilah buku dulu. Nanti waktu lunch, call abang.” Faiz bersuara. Syazira mengangguk. Entah kenapa dengan lelaki ini mudah sangat dia jadi kelu.. Bodohlah.. Dengan semangat yang lemah, dia kembali menyertai rakan-rakannya. Beberapa buah buku sudah berjaya dikesan. Dia bergegas ke rak yang dimaksudkan bersama Syifa. Muna pula masih tercongok di depan komputer. Tidak sedar masa berlalu. Waktu makan tengah hari sudah pun berlalu hampir 10 minit. Ketika asyik memfotokopi muka surat tertentu di buku yang diperoleh, tiba-tiba terasa getaran pada telefonnya. Syazira pantas menjawab.

“Sya dekat mana? Abang tunggu call..”

“Err..sorry. Sya lupa sangat. Sya masih dekat library..tengah fotostat.”

“Lama lagi? Tunggu situ..abang datang.” Talian diputuskan. Syazira terpinga-pinga. Dia nak datang buat apa? Bukan dia boleh tolong fotostat pun. Muna dan Syifa sudah tersengih bila melihat Faiz mendekat. Muna berdehem-dehem. Syazira malu sendiri.

“Pinjam je mana buku yang belum difotostat. Pakai kad abang. Mana bukunya?”” sela Faiz. Syazira naikkan kening. Faiz merenung Syazira. Syazira serba salah namun melihat rakan-rakannya sudah tersenyum-senyum, dia menghulurkan juga dua buah buku.

Syazira tidak habis-habis menahan malu bila Muna asyik mengusiknya di meja makan ketika Faiz sedang mengambil lauk.

“Romantik gila, cair aku menengoknya..aduh..” Muna tergelak kecil. Suasana café yang sudah semakin lengang membuatkan mereka sedikit selesa di situ. Syazira mengerling Faiz. Lelaki itu nampak berkarisma dalam caranya sendiri.

“Ya Tuhan, suami siapakah itu..” bisik Muna, dengan rasa teruja melihat Faiz yang sedang mendekat. Syazira membulatkan mata. Ingatkan dia saja yang terpukau dengan gaya sebenar Faiz, tapi Muna pun?? Selama ni jarang dia melihat Faiz dalam pakaian kerja, jarang melihat dia dengan aura yang sebegini.. aduh..hati rasa macam nak demam..

“Kenapa belum makan?” Faiz menyoal sambil duduk di kerusi sebelah Syazira.

“Tunggu abang Faizlah..” Muna menjawab. Faiz tersenyum.

“Jom makan. Dah lewat ni..” ujar Faiz. Mereka menjamu selera dalam keadaan selesa dan saling berborak. Muna nampak lebih cepat mesra dengan Faiz. Syazira pula sebenarnya dibebani rasa bersalah. Dia bukan tidak nampak wajah Faiz yang kecewa dan terkilan tadi bila melihatnya di perpustakaan. Pasti lelaki itu marah kerana dia datang tidak memberitahunya. Soal mintak izin satu hal, soal lain lagi..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience