BAB 23

Romance Completed 6551

Kaki Syifa kaku di depan kedai emas cina di pekan itu. Mulutnya ternganga luas. Faiz, dan Muna! Mereka berdua sedang asyik memilih-milih rantai leher dan gelang tangan di kedai emas itu.

“Eh, Syifa,.kau tengok ap….” Syazira juga sudah kaku di sisinya. Mata Syazira sudah berair dan berkaca-kaca. Syifa serba salah. Dia menarik tangan Syazira untuk menjauh namun langkah kaki sahabatnya itu seakan kaku. Sehinggalah anak mata Faiz tepat memandang ke arahnya. Wajah Muna beriak selamba, bagaikan orang tidak bersalah. Syazira pantas berlari anak sambil mengesat air matanya. Syifa di belakang mengejarnya. Dia teresak-esak. Dia tidak mahukan Syifa, dia mahu Faiz yang mengejarnya..

“Padan muka..dulu masa dia setia depan mata, kau tak pernah nampak.. sekarang bila dia dah nak diambil orang,..baru nak menangis…” suara hatinya mengutuknya. Dia makin teresak-esak.

“Benar kata emak..sebaik mana pun seorang suami, dia tetap seorang lelaki berperasaan. Kau patutnya tau itu. Sekarang, menyesal pun dah tak guna..” suara hatinya bersuara lagi. Syazira bersandar di keretanya. Syifa datang terkocoh-kocoh bersama Muna. Dan, di belakang, ada Faiz. Syazira menahan esakan. Dia pantas membuka pintu kereta dan menolak Syifa masuk. Setelah itu, dia melarikan keretanya jauh dari Muna dan Faiz. Sampai saja di rumah, Syazira berlari masuk ke dalam bilik. Syifa mengekori.

“Sya..aku tau kau sedih..tapi, semua ni kan boleh dibawa berbincang..” Syifa bersuara sambil menyentuh lembut bahu sahabatnya. Syazira makin teresak-esak. Apa nak dibincangkan lagi. Selama inipun dia selalu menggagalkan perbincanngannya dengan Faiz dengan sikap kelunya itu..

“Mesti ada sebab kenapa semua ni berlaku..”

“Semua salah aku, Syifa.. Aku yang tak pandai menghargai..” Dia menarik Syifa dan memeluknya. Menangis di bahu Syifa.

“Aku bukan tak suka dia. Aku cuma perlukan masa untuk ajar hati aku untuk terima dan menyayangi dia. Bukan senang, sis, nak terima orang yang tak pernah kita fikir akan jadi suami dalam masa yang singkat. Tapi aku selalu mencuba, cuma..aku tak tau kenapa, aku selalu buat dia salah sangka dengan tingkah laku aku. Aku tau aku dingin dengan dia..tapi sebenarnya aku cuba hilangkan rasa kekok…dan takut..”

“Kalau kekok aku faham, aku kenal kau. Kau bukan orang yang senang nak mesra dengan orang apalagi lelaki. Tapi kalau takut… kenapa? Apa yang kau takut..?”

“Aku takut nak ada perasaan sayang dan cinta…sebab aku tau, perasaan tu akhirnya akan buat aku sakit..macam dulu..” Syazira memandang Syifa. Syifa tersenyum kecil.

“Kau terbawa-bawa dengan kenangan bersama abang Ady. Kau tak patut macam tu Sya. Kau dah jadi isteri Abang Faiz..”

“Aku takut.. Dia datang tiba-tiba.. Meminang aku, kahwin dengan aku. Aku susah nak terima. Aku takut, di mana ada cinta, di situ ada kesakitan..”

“Kau ni, fobia dengan cinta. Aku lupa istilahnya, tapi aku rasa kau sesuai dapat gelaran tu. Sis, kau sedar tak, sikap kau yang macam tu, pada suami sendiri pulak tu, dah buat keadaan jadi macam ni. Dia lelaki tau, dia jugak ada perasaan. Setakat mana sangat kalau dia nak sabar pun. Kalau ada perempuan lain yang lebih memberi perhatian pada dia, mestilah hati dia berubah..” Syifa mengusap belakang Syazira. Makin kuat Syazira menangis..

“Sekarang kau cakap dengan aku..kau dah tak ada apa-apa perasaan pada Ady, kan?” soalnya. Dan dia tersenyum lega melihat Syazira menggeleng laju.

“Jadi, kau kena atasi perasaan fobia, prejudis kau tu pada lelaki dan cinta. Sya, cinta tu dari Tuhan..apa lagi cinta antara suami isteri. Cinta yang kau alami selama dengan Ady, itu sekadar ujian. Kau tak boleh nak terus bandingkan cinta yang lain dengan cinta itu. Tak adil untuk orang sebaik Faiz, kau tau?”

“Dan, kau kena baiki tahap komunikasi kau dengan Faiz. Tolonglah, jangan jadi kayu sangat. Apa kau rasa, tolonglah luahkan biar dia tau..jangan biar dia buat tanggapan sendiri..” Pesan Syifa. Syazira mendongak memandangnya. Kayu??? Mana Syifa tau dia macam kayu? Syifa tersenyum memandang kerutan di dahi Syazira.

“Aku bukan tak kenal kau. Lagipun, kau sendiri mengaku depan Muna yang kau tu macam kayu, bisu je bila depan Faiz. Aku taula laki kau tu handsome, tapi jangan la sampai lidah kau kelu je memanjang bila berdepan dengan dia..” Syifa bersuara lagi, sambil mengusik. Syazira senyum hambar.

“Apa aku nak buat sekarang? Muna…”

“Muna bukan isteri dia. Faiz tu hak kau, kau kena pertahankan..”

“Mana aku reti nak buat apa…”

“Kau cuma kena mengaku je perasaan kau pada dia, jangan lambat-lambat. Mana tau, masih sempat diubah. Semua ni berlaku sebab salah faham je ni..”

“Kalau dia tetap nak dengan Muna…?”

“Kalau jadi macam tu, susahlah. Itulah kau, dah ada depan mata buat-buat tak nampak.. tak reti hargai.. bila dah nak terbang jauh, mula la nak…” Syifa mengeluh panjang. Syifa tidak sempat menghabiskan kata-kata bila Syazira kembali teresak kuat. Syfia menekup mulut. Alamakkkkkk…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience