BAB 5

Romance Completed 6551

Syazira melangkah ke arah Esmail Tomyam. Sejak zaman ijazah sarjana muda, sampai dia buat master, restoran itu sering jadi pilihan. Tapi hari ini dia masuk ke sini bukan sebab mahu makan, tapi, sebab ada seseorang sedang menantinya.

“Abang Ady..” sapanya pada seorang lelaki bercermin mata yang sedang menunduk membaca menu. Ady angkat wajah. Ada senyuman di bibirnya. Syazira pantas duduk dan senyuman itu tidak dibalas sepenuh hati.

“Kenapa cari Sya sampai ke sini?” soalnya, kaku. Dia cuba mengawal perasaan. Dia cuba menjinakkan hatinya yang sedang bergetar setiap kali memandang Ady. Rasa itu masih ada, tapi disebabkan luka semalam, dia sudah malas mahu memikirkannya lagi.

“Abang nak kita bersama semula. Abang akan slow talk dengan mak. Dia dah tak kisah dengan siapa abang nak kahwin. Dia rasa bersalah sebab paksa abang kahwin dulu. Sudahnya abang tak bahagia..never.”

“Abang Ady.. Tolonglah. Sekalipun abang yakin mak abang akan terima Sya kali ni, tapi Sya nak abang tau, hati Sya tak yakin. Abang sedar tak, mak abang dengan keluarga Sya tak pernah berbaik. Walaupun Sya tak pernah tau sebabnya, dan tak berminat nak tau apa sebabnya, tapi cukuplah Sya cakap, Sya tak bersedia nak melangkah masuk ke tempat yang akan melukakan Sya sekali lagi. Tolonglah faham. Cinta kita, tak ada makna apa-apa.”

“Abang masih sayang Sya,” Ady berkata serius. Syazira terpempan seketika. Hatinya berdebar mendengar pengakuan itu. Syazira menatap Ady yang sedang memandangnya dengan harapan.

“Abang ikhlas. Abang benar-benar maksudkan apa yang abang cakap. Kalau tak abang takkan sanggup datang jauh-jauh. Abang harap Sya boleh fikirkan balik pasal ni..”

Syazira diam seketika. Serabut-serabut. Baru dua hari lepas mak menyampaikan berita yang mengejutkan pasal peminangan Faiz, hari ini Ady pula menambah tekanan buatnya. Pasti Aariz yang memberikan nombornya pada lelaki ini. Nak marah pun dah tak ada guna. Aduhai. Sekilas, tanpa sedar, wajah Faiz terbayang di ruang mata, mengingatkannya pada berita yang emak sampaikan tempoh hari. Ya Tuhan. Mana satu harus kupilih? Dia menatap wajah Ady lama. Tapi di situ terbayang wajah abah yang tenang dan sedang tersenyum.

Syazira menggeleng kepala. “Tak boleh. Sya dah jadi tunangan orang. Maafkan sya. Kisah kita dah lama terkubur. Abang carilah orang lain. Lupakan apa yang pernah kita ada.”

“Sya…”

“Sya kena hormat tunang sya. Harap abang faham. Sya harus jaga perasaan dia.” Syazira bangun, lantas berlalu. Dia sendiri tidak percaya dia yang berkata-kata begitu. Dia sendiri terkejut. Dia tidak bermaksud untuk berkata begitu. Hah. Apa ni? Tunangan orang? Hormat? Auuwwww… Syazira, kau memang kena sawan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience