BAB 14

Romance Completed 6551

Syazira memandang suaminya. Faiz nampak tenang biarpun dia tau, lelaki itu menyimpan rasa terkilan padanya.

“Abang, Sya…balik dulu..err..Sya mintak maaf sebab..tak bagitau abang Sya nak datang sini, and Sya tau, Sya salah jugak sebab..tak mintak izin abang nak keluar jauh dari kampus macam ni..” ujarnya, perlahan, tidak mahu Muna mendengar. Apa lagi gadis itu sedang memerhatinya saja.

“Never mind, I know who I am.. Anyway, pergilah. Diorang dah tunggu, hati-hati..” Faiz menjawab sambil menarik tangannya dari kepala Syazira. Wajahnya tetap tenang, tapi matanya tidak lagi memandang dengan pandangan yang meredupkan hati. Syazira mengetap bibir. ‘I know who I am..’? Ayat itu…dalam maksudnya. Dia merenung Faiz.

“Thank you abang Faiz..sebab belanja kitorang tadi. Lain kali, belanja lagi ye..” Muna bersuara. Faiz tergelak, mengangguk.

“Tunggu saya dapat title doktor dulu, baru abang Faiz belanja makan besar..”

“Hah? Molekla tu.. bila agak-agaknya..?” Muna menyoal, dan Faiz tersenyum.

“InsyaAllah, sebelum hujung tahun depan..” senyumannya mekar. Syazira terpana. Dia tidak pernah tau pun Faiz sedang menyambung pengajian.. Isteri apakah ini?

“Kami akan doakan abang Faiz berjaya..” ujar Muna dan Syifa. Syazira saja yang nampak kaku.

“Kitorang pergi dulu. Assalamualaikum..” Muna bersuara lagi. Dia keliru melihat Syazira diam saja. Sedih la tu nak berpisah dengan suaminya yang romantik sehabis meter itu.

“Untung kau Sya..dapat dia..” bisik Muna perlahan pada Syazira. Syazira bagai tersentak. Untung?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience