BAB 8

Romance Completed 6551

Selesai mengaminkan doa solat Maghrib, Syazira menyalami emak dan abahnya serta Aariz. Bila tiba-tiba berdepan dengan Faiz, tangannya kaku seketika. Hatinya tersentuh melihat Faiz mengimamkan solat mereka. Abah macam sengaja mahu menaikkan saham lelaki ini di depannya. Biasanya abah yang mengimamkan solat mereka bila mereka berkumpul. Aduh abah. Memang saham dia sudah naik di mata..tapi hati masih menidakkan..

“Maafkan Sya..” pintanya disaat dia menyalami lelaki itu. Buat kali kedua, tangan lelaki itu dicium. Mata Faiz tunak memandangnya bila dia mengangkat wajah. Dahinya disentuh dengan ciuman lembut lelaki itu. Faiz tersenyum manis buatnya. Syazira terasa darahnya berhenti mengalir saat melihat senyuman itu.

“Sya tak ada salah apa pun dengan abang. I who should ask for your forgiveness kalau ada yang terkurang dari pihak abang..”

Syazira menggeleng. Dia merenung tangannya yang masih tergenggam dalam jari jemari lelaki itu. Tak ada yang kurang sebenarnya, cuma hatinya masih sukar untuk menerima sepenuh hati. Hatinya masih berdolak dalik. Matanya tepat merenung anak mata Faiz. Lama. Dan saat itu juga anak mata Faiz berpadu dengannya. Biarpun sesaat tapi ianya menghadirkan suatu getaran pada jiwanya.

“Waoooo!! Romantiknyaaaa… Mak, Aariz pun nak kahwin jugak!” suara Aariz kedengaran dari sisi. Syazira menekup mulut. Tidak perasan Aariz masih bersama mereka. Faiz tergelak kecil.

“Apa kau ni dik…” suara Shakirah kedengaran dari ruang tamu. Aariz berlalu ke ruang tamu. Syazira yang selesai melipat telekung juga berkalih ke biliknya diekori oleh Faiz yang mahu menukar baju. Sebaik melintas ruang menonton, telinga Syazira disapa usikan Aariz.

“Apa yang bising sangat tu Aariz..” suara emak menegur dari ruang utama.

“Budak ni dah terlebih makan nasik minyak ni mak, mabuk.. tu yang jadi macam ni..” selanya. Aariz mencebik.

“Kak Ngah apa tau. Orang solat, dia ponteng, dah terlepas drama sebabak tadi..” komen Aariz sambil merebahkan badan atas sofa. Letih.

“Hah? Romantic tak??” Shakirah join sama, mengundang jelingan maut dari Syazira.

“Sangattt..” Balas Aariz. Shakirah mencebik nakal.

“Biasalah…drama queen…jumpa pulak hero yang handsome bagai nak gila..” komen Syakirah, turut sama mengenakan.

“Dah. Pergi sambung kemas dekat bawah tu, banyak lagi kerusi meja tak berkemas. Nanti karang tuan dia nak datang ambik, senang..” arah abah sambil bersandar menonton tv, menyekat keterujaan dua beradik itu untuk mengenakan kakak mereka. Aariz memuncung.

“Abang tolong, jom..” Faiz yang sudah bertukar pakaian bersuara.

“Abang…tak nak makan dulu?” soal Syazira bila melihat suaminya bersedia turun ke laman bersama Aariz. Faiz memandang isterinya, senyum dan menggeleng.

“Kenyang lagi, karang nantilah..”

“Sya tolong jugak..”

“No..pergi masuk dalam je, rehat..”

“A’ah Long. Baik rehat je, jangan bazirkan sangat ‘bateri’ yang dah nak low tu. Baik pergi rehat, cas balik kasi penuh..” Aariz mengusik. Syazira membuntangkan mata melihat sengihan adiknya. Sejak bila Aariz jadi nakal sangat ni? Dia mengerling Faiz yang berusaha menyembunyikan senyum. Syazira berlagak selamba, namun hatinya bergetar tatkala menerima satu kenyitan dari mata kecil yang nampak comel yang terlindung di sebalik cermin mata itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience