BAB 11

Romance Completed 6551

Hari ini dia kembali ke kampus, dihantar Faiz. Selesai makan tengah hari, Faiz menghantarnya ke rumah sewa sebelum terus balik ke KL. Syazira menyalami tangan suaminya. Faiz mengusap kepalanya lembut, dengan senyuman, lelaki itu bersuara.

“Jaga diri baik-baik. Call me for anything..” pesannya, merenung Syazira. Syazira mengangguk.

“Jangan pernah lupa, that you’re my wife. Pergi mana-mana, Sya bawak nama abang sekali..” pesanan kedua yang kedengaran lembut, tapi agak tegas! Syazira menelan liur. Mengangguk lagi. Kaku, berdiri menghadap Faiz tanpa bicara. Lidahnya kelu, tidak tau apa yang harus dia ucapkan. Tatkala Faiz melepaskan pegangan tangan dan berlalu ke kereta, hatinya tersentak. Tidak senang hati bila membiarkan Faiz pergi tanpa sepatah pun kata darinya tapi lidahnya keras benar sekarang. Kalau Faiz terasa hati dengannya dan pulang begitu saja, pasti hidupnya takkan senang di sini. Pasti hatinya akan menanggung rasa bersalah. Ah, dia tidak sanggup.

“Hati-hati bawak kereta.. hmm…dah sampai nanti, call Sya.” sambil memandang tepat pada Faiz, dia bersuara juga. Lelaki yang sudah menghidupkan enjin keretanya mengambil peluang memandang wajah itu sepenuhnya. Dia mengangguk dan senyumannya melebar. Pesanan Syazira amat bermakna buatnya.

“Ye sayang. Abang pergi dulu. Assalamualaikum..” ujar Faiz. Dia sempat mengenyitkan mata pada Syazira, membuatkan gadis itu tersipu. Faiz tergelak dan berlalu pergi. Syazira menyentuh dada. Apa dah jadi pada hatinya? Sebenarnya, suka ke tidak? Syazira menggeleng-geleng kepala. Dia sendiri bingung dengan dirinya. Teringat pertanyaan Faiz dua hari lepas yang masih belum terjawab, malah Faiz pula yang meminta maaf darinya.

Syazira melabuh punggung di kerusi batu yang ada di laman. Fikirannya menerawang pada soalan Faiz. Masih cintakah dia pada Ady? Tidak. Dia sudah tidak punya apa-apa perasaan pada Ady, tapi dalam masa yang sama, dia tidak mampu dan bersedia menerima sesiapa pun jua dalam hidupnya.

“Wah..wah… itu ke encik abang Faiz kau? Ya Allah Ya Tuhanku…smartnya dia.” tanpa sedar Muna sudah tersengih di sisinya. Syazira mengeleng sambil tersenyum mendengar pujian Muna pada Faiz.

“Sampai hati tak kenalkan aku dengan dia.”

“Kau kan tidur tadi. Aku malas nak kacau.”

“Hmm.. nasib baik sempat jugak aku tengok muka walau sekejap.. hmm…macam mana kau?”

“Macam mana apa?”

“Lepas kahwin nilah..”

“Biasa je.” Syazira membawa beg pakaiannya masuk. Sebenarnya malas mahu melayan soalan Muna. Muna mengeluh. Aih.. kedekutnya nak share pasal laki dia, macam la aku nak mengurat.

“Sya…lusa aku ingat nak ke UM. Cari bahan lagilah.. nak join tak?” Muna menguatkan suara sambil memandang ke arah bilik Syazira. Syazira kembali meluaskan bukaan pintu.

“Dengan Syifa sekali?” soalnya dan Muna mengiyakan.

“Aku ikut..” Syazira menutup pintu, merebahkan badan di katil. Perlahan-lahan matanya terpejam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience