BAB 26

Romance Completed 6551

Faiz menghulurkan kotak bertutup kemas pada Syazira. Gadis itu sudah tinggal di rumahnya di Kuala Lumpur selepas tamat belajar. Syazira yang terpinga-pinga menyambutnya saja.

“Bukalah..” Syazira membuka kotak tanpa menanti sesaat. Matanya terpaku. Seutas rantai leher emas dan seutas gelang tangan tersemat kemas dalam kotak itu. Dia memandang Faiz.

“Patutnya abang bagi bulan lepas. Ni, apa yang abang beli masa Sya nampak abang dengan Muna dekat kedai emas tu.,” ujar Faiz.

“Bukan semua tu lakonan je ke..”

“Yes.. tapi memang masa tu abang betul-betul belikan sesuatu untuk Sya pun. Itu pun kalau Sya sudi terima.” luah Faiz sambil tersenyum. Syazira mengetap bibir, menahan sebak. Rasa bersalah pada kisah lama masih ada.

“Sorry sangat-sangat abang. Sya janji, Sya hanya untuk abang..” jawabnya lembut, sambil menyentuh pipi Faiz yang berbaring di sisinya bersama sebuah buku tebal. Faiz terdiam, merenungnya dalam.

“Sya ikhlas…” ujar Syazira lagi. Faiz mencapai tangan isterinya yang leka membelek rantai leher.

“Abang tau…”

“Abang tau? Ikhlas mana boleh nampak..?” Syazira sengaja menduga. Faiz tersenyum.

“Sebab setiap kali abang sentuh Sya, abang dapat rasa…semua tu..” bisiknya perlahan. Wajah Syazira memerah dan matanya menyempit tatkala teringatkan sesuatu.

“Sebab tu dulu, abang hanya…hanya sentuh Sya sekali je..?” soalnya dan Faiz mengangguk.

“Ye.. sebab lepas tu abang tau Sya masih tak boleh terima abang. Abang boleh rasa Sya tak merelakan apa yang abang buat.” Faiz merenung lembut wajah Syazira. Dia nampak mata itu berkaca.

“Sya minta maaf..” Faiz terus menariknya ke dalam pelukan.

“Maaf diterima.. tapi dengan syarat…” Ujar Faiz. Syazira angkat kening, ‘apa’?

“Seorang awek cun untuk abang tahun ni..” bisik Faiz, mengusik namun benar-benar memaksudkannya. Syazira tergelak. Ingatkan apa..

“Kalau awek cun yang itu, berapa orang abang nak pun Sya sanggup beri..” balas Syazira sambil mencubit lembut lengan sasa suaminya. Faiz tergelak.

“Kalau awek cun dekat luar sana…?”

“Tak boleh!”

“Muna pun..? Muna tu lawa jugak..”

“Cakap lagi sekali macam ni, takkan ada walau seorang pun awek cun atau hero handsome untuk abang..” ugut Syazira lantas menjauh. Namun tubuhnya sempat ditarik oleh Faiz, dan dia kembali jatuh di sisi Faiz.

“Sayang, abang gurau ajelah. Jangan macam tu. Takkan dah lupa apa yang Encik Aariz kesayangan cakap, sayang ada masa kurang lebih 10 tahun je lagi untuk settle down semua…” usik Faiz lagi. Syazira menyembam wajahnya ke bantal. Malu. Balik nanti, kau kena la Aariz! Ceramah kau tentang tempoh subur tu jugak yang abang ipar kau ni ingat.

Syazira kemudian angkat wajah. Dia merenung wajah Faiz, redup tapi nakal. Bibirnya tersenyum. Sekarang cakap apa saja, dia rela lakukannya kalau ianya untuk Encik Muhammad Faiz!

“Dah, solat dulu. Tak payah nak renung-renung sangat. Nanti karang, ada jugak yang solat Isyak waktu Subuh..” Faiz menjentik hidungnya lembut. Syazira tergelak. Faiz bingkas bangun, menuju ke bilik air. Syazira memejam mata seketika.

“Tuhan, redhai hatiku menerima pilihanMu untukku. Di sisinya ada syurga atau nerakaku..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience