BAB 16

Romance Completed 6551

Syazira melangkah masuk ke bilik single bed yang disewa Faiz. Perut yang kenyang dan kepenatan yang terasa setelah berjalan-jalan di tasik Proton City membuatkan katil menjadi sasaran. Tanpa kata, dia terus merebahkan badan. Telefonnya dicapai. Ketika dia pulang mengambil bajunya tadi, kedua-dua rakannya masih belum balik dari rumah pak cik Syifa di Sungkai. SMS dikirimkan pada Muna, memaklumkan keberadaannya. Dan dia baru perasan satu SMS yang belum dibaca. Ady? Syazira mengetap bibir. Lelaki itu mengucapkan tahniah dan doa buatnya dan Faiz. Benarkah Ady benar-benar menerima hakikat? Dia mengharapkan begitu, kerana antara dia dan Ady, sudah jadi sejarah yang tak mungkin berulang! Dia memejam mata.

“Jangan tidur dulu, dah petang sangat, pergi mandi dulu..” suara lembut Faiz di telinganya membuatkan dia membuka mata kembali. Terkedu bila merasakan Faiz terlalu dekat dengannya. Hatinya berdebar dan dia cepat bangkit mencapai tuala, berlalu ke bilik air. Faiz hanya memandang isterinya. Isteri yang baru sekali disentuhnya sejak tiga bulan perkahwinan, isteri yang selalu membuat dia penasaran dan hilang sabar, dan juga isteri yang selalu hadir dalam mimpi-mimpinya..

Sebaik selesai mandi, baru dia perasan, pakaiannya yang bersih tidak dibawa bersama ke dalam bilik air. Ada dalam beg galasnya. Aduh.. dia menggigit bibir. Setelah lima minit berfikir, dia tahu dia tiada pilihan. Keluar ajelah. Bukan berdosa pun kalau dia tengok!

Faiz yang memandang, terkesima seketika. Dadanya berdebar tiba-tiba. Syazira yang perasan renungan Faiz tidak mampu berbuat apa-apa, selain berlagak selamba dan menuju ke arah beg galasnya. Malu tak payah cakaplah. Dalam hati, dia memarahi diri sendiri. Belum tua dah nyanyuk, itulah, mengelamun aje kerjanya.

“Sya…” entah sejak bila, Faiz sudah berada di belakangnya, membuatkan dia terkedu seketika. Seram sejuk makin terasa apa lagi baru saja lepas mandi. Namun dia biarkan saja jari jemari Faiz bermain dengan rambutnya yang masih basah. Tangannya yang menarik pakaian keluar dari beg terkaku bila terasa sesuatu bermain di lehernya. Dia berganjak, menepis tanpa sedar dan berpaling mengadap Faiz. Matanya tidak berani membalas renungan lelaki itu. Apa lagi bila Faiz seakan mula hilang dari alam realiti..makin dekat dan dekat dengannya.

“Ab..abang.. dah nak Maghrib, pergilah mandi..” dia berbisik perlahan sambil menolak dada Faiz. Faiz memandang Syazira lama, sehingga Syazira gelisah. Buat kali kedua, dia menolak Faiz agar menjauh, dan Faiz akur lantas terus mencapai tuala, menghilang ke bilik air. Syazira bersandar di dinding. Rasa debaran di dada masih belum hilang. Dia memejam mata. Bukan niatnya mahu mengelak, tapi…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience