BAB 22

Romance Completed 6551

Muna bernyanyi-nyanyi kecil sambil masuk ke dalam bilik. Biasalah tu, hati tengah senang, soal tesis pun sudah hampir 100% selesai. Tiada perkara besar lagi yang membeban perasaan. Dia berkemas-kemas meja soleknya, dan menempel bedak di wajah bila Syazira dan Syifa masuk kebiliknya.

“Aku nak keluar jumpa buah hati…” Muna bersuara sebelum disoal. Hati Syazira terdetak. Hati mula berdetak. Muna tersengih.

“Ai, orang jauh datang lagi ke? Untungla, orang dah ada buah hati.,” sambung Syifa lagi. Syazira sudah lama hanyut dalam fikiran sendiri. Dia teringat Faiz. Dah sebulan Faiz tidak datang. Biasanya, setiap hujung minggu, atau dua minggu sekali, pasti dia muncul. Matanya berkaca. Entah kenapa terasa Faiz mula menjauh, tidak hiraukannya lagi.

“Pukul 10 karang aku keluar. Kau kata nak pergi pekan, kan? Kau ajak Sya temankan eh.?” Muna mencubit lembut pipi Syifa. Syifa mengeluh. Mengangguk sambil memandang Syazira, sebagai isyarat agar Syazira mahu menemaninya. Syazira mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience