BAB 6

Romance Completed 6551

“Mak, mak cakap jelah dekat abah, Kak Long terima pinangan abang Faiz. Kak Long serahkan saja semuanya pasal tu pada abah dan mak. Kalau abah nak Kak Long kahwin esok pun Kak Long takkan bantah. Kak Long dah penat fikir. Ye. Assalamualaikum.” Sebaik saja dia selesai menghabiskan kata-kata dia memutuskan talian.

Aduh. Serabut sungguh. Semua tindakannya terlalu dramatik. Tidak menyesalkah nanti? Ah, dia malas mahu fikir, yang pasti dia memang harus utamakan abah dan emak. Walaupun abah tak meluahkan tapi dia dah cukup faham kemahuan abah dan emak. Biarlah dia tenang dengan mengikut kata-kata dan keinginan mereka. Pasal abang Ady, dia memang seharusnya tidak memikirkan dan berharap apa-apa lagi.

“Kau ni dah kenapa? Muram je. Pasal research? Banyak lagi ke nak kena buat?” soal Muna yang baru keluar dari bilik. Syazira diam. Dia merenung permaidani di ruang tamu itu.

“Research pun tak buat aku tension macam ni.”

“Dah tu..?” Muna menjogketkan kening.

“Soal perasaan.”

“Cuba cerita..” Muna memperelokkan cara duduk. Bersedia mendengar. Syazira merenungnya. Muna termenung seketika sebaik saja Syazira menghabiskan ayat terakhir. Kemudian dia tersenyum.

“Bagi aku la kan..abang Faiz tu macam dah menang tanpa bertanding je..”

“Apa maksud kau?”

“Fikir dan nilailah sendiri. Kau dah terlebih dewasa kak..” Muna menaikkan kening sambil tersenyum. Syazira terbungkam. Mata berhenti berkelip.

“Kau berdoalah pada Allah. Sebab Dia saja yang tahu segala-galanya..” celah Syifa yang dari tadi leka dengan komputernya. Muna mengangguk. Syazira mengeluh.

Ahmad Hamidi. Muhammad Faiz. Mana satu pilihan kalbu. Erk..pilihan apa lagi. Bukan ke dah cakap kat mak yang aku terima pinangan abang Faiz?! Oh my! Buat apa fikir lagi. Redah jelah. Hati pun tenang sebab tak rasa bersalah dengan mak dan abah lagi, tapi benarkah boleh tenang kalau tiada rasa cinta pada sebuah perkahwinan?? Muhammad Faiz, kenapa harus kau hadir dalam hidup kami??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience