BAB 4

Romance Completed 6551

Syazira melopong. Dia bagaikan tidak berada dalam dunianya yang nyata. Kata-kata emak melalui pangilan telefon tadi begitu mengejutkannya. Tidak sampai dua minggu dia balik dari bercuti di kampung, sudah datang berita yang tak berapa nak sedap didengar. Apakah?

“Ibu saudara abang Faiz datang merisik hari Jumaat lepas.”

“Mak tak ada beritahu Kak Long pun..”

“Abah tak bagi, sebab dia tau Kak Long tengah sibuk dengan kajian tu..”

Syazira mengeluh. Kalau bagitahu sekarang pun apa bezanya, researchnya belum siap pun.

“Habis tu kenapa mak bagitau sekarang? Sekarang pun Kak Long sibuk dengan research jugak..”

“Hish budak ni. Bukan ke hujung minggu lepas Kak Long cakap nak keluar daerah. Abah tak bagi ganggu kepala otak anak dia yang memang mudah nak sawan tu kalau terkejut..” Mak Kiah membalas, lebih kepada mengusik jugak, geram dengan sikap anaknya yang suka sangat berbalas kata dengannya. Syazira mencebik.

“Mak ni.. sampai hati cakap orang sawan..”

“Hah, dah tu, cuba dengar dulu kalau orang tua nak cakap..” bidas Mak Kiah lembut. Syazira senyum.

“Okay la mak sayang,. Cakaplah.”

“Abah tak bagi jawapan apa-apa pun lagi untuk keluarga abang Faiz. Tapi abah menjanjikan jawapan yang positif untuk mereka. Jadi mak rasa Kak Long boleh faham apa maksud abah, ye tak?” bicara Mak Kiah menyentak tangkai jantung Syazira. Aih, apa bezanya tu? Maksudnya sama saja kan. Abah oh abah, apa permainanmu? Hish..kalut ni.

“Mak, Kak Long tak ada apa-apa perasaan pun pada abang Faiz anak angkat mak tu.”

“Dia pakai Honda…tak ke nampak handsome?” suara Aariz yang tiba-tiba di talian mengejutkannya.

“Weh kau dik, kereta honda ke, kereta sorong ke, kalau Kak Long cakap tak ada perasaan, means tak ada, okay. Kau jangan eh, mentang-mentang Kak Long gilakan kereta model tu..” Kedengaran Aariz tergelak di talian. Syazira memejam mata. Sakit hati. Aariz masih mahu bergurau di saat dia serius.

“Kak Long..mak dan abah ikut saja apa kata Kak Long. Kalau Kak Long tak mahu, kami tak boleh buat apa walaupun abah ada hak untuk menikahkan Kak Long dalam apa jua keadaan. Tapi kami fikirkan hati dan perasaan Kak Long. Abah kena juga tanya persetujuan Kak Long. Kak Long pun tetap ada hak memilih. Tapi apa yang mak nak cakap, kami sangat sukakan Faiz. Selain dia, mak tak nampak orang lain yang lebih layak. Tapi yelah, ni soal perasaan, mana boleh paksa-paksa. Mak telefon ni pun, sebab abah mintak sampaikan hal ni pada Kak Long saja. Kak Long fikirlah mana yang baik. Assalamualaikum.” Talian putus tanpa sempat Syazira membalas. Syazira menggigit bibir. Kata-kata mak bawak maksud yang dalam.

Abah tetap abah seperti dulu yang sentiasa berlembut dan memberi peluang dan kepercayaan buat anak-anak. Abah begitu bertoleransi dengannya dalam soal ini biarpun abah adalah wali yang sangat berhak. Hatinya terasa tidak enak tiba-tiba. Dia tau abah sukakan Faiz. Abah sayangkan Faiz sejak kali pertama lelaki itu dikenali beberapa tahun lalu. Abah orang yang paling pandai buat dia dalam keadaan serba salah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience