BAB 15

Romance Completed 6551

Syazira leka mengemas di ruang utama rumah apabila hon kereta kedengaran di luar rumah. Sambil mencapai tudung milik Muna yang sudah ada tersangkut di sisi tangga, dia melangkah keluar dengan perasaan berbaur. Yang pasti, hatinya kurang senang bila menyedari siapa tetamunya.

“Ada apa datang?” Syazira bersuara tanpa membuka pintu pagar. Ady sekadar tersenyum kecil.

“Saja.. kebetulan baru habis urusan kerja dekat Slim River, datang sini bila teringat Sya. Salah ke?” soalnya, perlahan sambil merenung wajah Syazira. Syazira diam. Salah ke?

“Ada nak cakap apa-apa ke?” soalnya lagi. Mempamerkan wajah tidak senang terang-terangan.

“Abang ada balik kampung. Ada dengar Sya dah kahwin lebih 3 bulan lepas. Abang ingat, Sya masih ada perasaan pada abang. Abang baru je balik nak cakap dengan mak pasal..kita. Abang ingat hari tu Sya main-main bila Sya cakap Sya dah ada tunang. Abang fikir Sya cuma nak larikan diri dari abang sebab marahkan abang je…”

“Kenapa pulak Sya nak marah a..abang??”

“Sebab dulu abang tak cukup tegas dengan mak mempertahanan hubungan kita, dan abang tau, perkahwinan abang buat Sya terluka..”

“Tu semua kisah lama, abang Ady. Dah tak ada pun dalam kamus hidup Sya. Lupakanlah, lagipun sebagai anak lelaki, mak lebih penting..” Syazira memandang sekeliling. Bimbang kalau ada jiran yang nampak dia berbual dengan lelaki begitu, apa lagi Syifa dan Muna tiada di rumah.

“Tapi Sya, abang benar-benar nak kita…”

“Sya dah jadi isteri orang. Tolonglah hormat. Dulu masa abang kahwin Sya dah tak ganggu abang pun kan, so please.. Apa yang kita ada dulu semua dah tak ada makna..” Syazira mengeluh. Ady terpempan. Dia masih sukar menerima, cintanya dengan Syazira benar-benar tidak kesampaian! Menyesal kerana dulu terlalu mengikut saja kata emaknya. Ady menggenggam jejari pintu pagar. Wajahnya mempamer riak serius, penuh dengan rasa mengharap.

“Kita keluar sekejap boleh?” soalnya tanpa disangka. Syazira terkejut. Lagi terkejut bila perasan sebuah kereta yang sangat dikenali berhenti di hadapan mereka. Faiz? Hatinya berdebar. Apa pulak yang Faiz fikir bila melihat dia dan Ady? Salam Faiz dijawab dalam resah. Namun tangannya tetap spontan menyalami tangan lelaki itu.

“Dah lama sampai?” sapa Faiz sambil bersalaman dengan Ady. Riaknya tenang. Sukar dibaca.

“Baru..”

“Kenapa tak masuk.?” Syazira memandang Faiz bila mendengar soalan lelaki itu. Dia tau Faiz sengaja menduga. Ady tersenyum.

“Tuan rumah tak bagi masuk, tetamu tak diundang, mungkin.” Jawab Ady, selamba sambil merenung Syazira.

“Anyway, saya pergi dulu.” Ady meminta diri. Dia memadang Syazira dan berlalu. Syazira mula kalut bila melihat renungan Faiz. Ah, sudah…

“Abang pun tak boleh masuk jugak ke..?” soal Faiz, membuat Syazira bergegas membuka pintu. Namun Faiz sekadar duduk di kerusi batu di laman kerana dia tau, rumah itu bukan didiami Syazira seorang.

“Bersiaplah.. kita keluar kejap..”

“Err..abang nak balik terus hari ini?” soal Syazira.

“Kenapa? Nak abang stay sampai esok?” soalnya, menaikkan kening. Syazira diam. Menelan liur. Malu nak mengiyakan.. Nak biar dia terus balik, macam tak patut. Uh, susah macam ni.

“Nak stay mana?” soal Faiz. Syazira bungkam. Mana? Mana lagi yang sesuai kalau bukan…hotel dekat depan tu?? Tapi, malu la nak cakap. ‘Kalau dia stay hotel, mestilah aku kena temankan dia sekali sebab esok kan cuti, takde kelas. Haih..’ Syazira menggaru-garu kepala. Faiz sekadar menanti. Dia mahu tahu juga cadangan Syazira. Walaupun hatinya tidak senang dengan kehadiran Ady, tapi dalam masa sama, dia sedar dia rindu, dan terlalu sukar untuk dia memarahi gadis itu..

“In case kalau abang rasa nak stay, lah.. dekat Sri Malim maybe boleh, tak pun, Sahara..” ujarnya perlahan sambil mengerling Faiz. Lelaki itu kelihatan berfikir sejenak. Kemudian, dia mengangguk sambil memandang Syazira.

“Okay.. tapi, sebelum tu pergilah siap dulu. Abang lapar..” ujar Faiz. Syazira akur, menghilang ke dalam rumah. Faiz mengeluh. Tidak faham dengan gadis ini. Ada masa terlalu dingin, ada masanya, kembali dengan sikap asalnya yang mudah mesra. Tiga bulan berlalu, tapi dia masih tidak mampu memahami apa yang sebenarnya.. tapi..kehadiran Ady sebentar tadi, membuat dia seakan faham sesuatu perkara..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience