BAB 17

Romance Completed 6551

Faiz merenung isterinya. Gadis itu menyuap char kuew tiaw specialnya ke dalam mulut tanpa memandang Faiz sedikit pun. Faiz melempar pandang ke sekitar restoran. Perutnya yang terasa lapar membawa dia ke sini bersama Syazira, makan lewat malam. Sejak tadi, Syazira hanya menyepi dalam bilik. Sampai sekarang pun, gadis itu masih mendiamkan diri. Dia tau sebabnya.. kerana perbuatannya tadi..

Selesai makan, dan mencuci mata seketika, Syazira mengajak Faiz pulang ke hotel. Apa lagi dia terasa mahu ke bilik air. Masuk saja ke bilik, Syazira bergegas ke dalam bilik air. Bila keluar, dia melihat Faiz sedang menantinya bersama kunci di tangan. Dia mengerutkan kening.

“Dah? Jomlah abang hantar balik..” Faiz bersuara. Syazira angkat kening. Hantar balik??

“Kenapa? Muna dan Syifa dah ada kat rumah kan? So, marilah..” Faiz membuka pintu. Syazira serba salah. Dia dapat merasakan, lelaki itu sudah banyak terasa hati dengan tingkahnya. Dan salah satunya, peristiwa tadi. Dia kaku di depan bilik air.

“Abang…abang nak Sya balik ke?” soalnya, tersekat-sekat. Malu sebenarnya. Faiz yang mendengar berpaling. Pintu ditutup kembali.

“Sya nak tidur sini dengan abang ke?” soal Faiz. Syazira diam. Dia akan jadi manusia yang akan mneyesal dan rasa sangat bersalah jika membiarkan Faiz bermalam di sini sendirian sedangkan Faiz datang ke sini dari jauh hanya kerana dia. Faiz mendekat, menarik Syazira lebih dekat dan mendudukkan gadis itu di atas katil. Dia merenung Syazira lembut.

“Kadang-kadang abang tak faham apa dan bagaimana sebenarnya hubungan kita. Macam mana abang nak panggil pada hubungan ni, kalau ada masanya Syazira yang ada depan abang ni nampak baik, mesra macam biasa..tapi ada masanya dia menjadi seorang yang dingin. Sorry to say, abang tak faham apa sebenarnya yang ada dalam hati Sya. Awal-awal dulu abang tanya penerimaan Sya pada perkahwinan ni, tapi Sya senyap. Sya cuma mintak abang bagi masa, tapi dalam tiga bulan ni, abang cuba jugak dekat dengan Sya, walaupun kita duduk jauh-jauh, tapi apa yang abang dapat, tetap sama. Sya dekat bila abang jauh, dan Sya jauh bila abang dekat, why?” Faiz meluah segala yang ada. Dulu dia memikirkan perasaan Syazira untuk meluahkan semuanya, dia tidak mahu mendesak Syazira, tapi kini hanya ini masa yang mungkin sesuai. Apa lagi dia perlu tau tujuan kedatangan Ady siang tadi..

Syazira diam, memikirkan ayat. Tapi, fikirannya macam berbelit-belit.

“Sya sebenarnya tak boleh terima ikatan ni, kan? Dan, ia mungkin ada kaitan dengan Ady..”

Syazira menggeleng pantas. Tidak mahu Faiz memikirkan sesuatu yang bukan-bukan tentang dia dan Ady. Faiz tersenyum. Sinis.

“Kalau tak, buat apa dia datang cari Sya lagi. Cari sampai ke sini, setahu abang, dia kerja dekat Terengganu, kan..” Faiz merenung tajam pada Syazira. Syazira mengangkat wajah, memberanikan diri menatap wajah Faiz.

“Sebenarnya Sya masih sayang dia. Seingat abang, dia pun dah single balik sekarang.. right?”

“Abang…”

“Dulu Sya mintak abang beri masa. Abang tunggu, sampai sekarang, tapi keadaannya tetap sama. Malam ni abang nak Sya mengaku apa yang ada dalam hati Sya. Kenapa Sya selalu lari dari abang? Sebab dalam hati Sya, tak ada abang, tapi Ady, kan?” tebak Faiz lagi. Syazira menggeleng, namun gelengannya lemah. Kehadiran Ady tadi mengundang bala! Faiz terlalu membuat dia tertekan malam ini. Dia mahu menjelaskan, tapi bibirnya kelu.

“Abang mungkin dah bawa Sya masuk dalam alam perkahwinan yang Sya tak suka, and so sorry, kalau abang terlalu pentingkan perasaan abang, menjadikan Sya isteri abang. Abang lupa Sya tak pernah ada perasan yang sama pada abang. But, never mind, masih belum terlambat kalau kita nak baiki semula keadaan. Kalau itu yang boleh buat Sya happy..” nada suara Faiz yang tegas membuatkan Syazira terasa darahnya kering. Jantungnya berdegup kencang. Apa maksud Faiz? Apakah Faiz akan melepaskannya..??

“Abang.. Sya tak ada apa-apa dah dengan Ady. Dia datang tadi pun….kebetulan,.” ujarnya, itupun apa yang dia mahu sampaikan yang sebenar-benarnya masih tidak kesampaian bila melihat wajah tenang Faiz. Dia paling tidak suka melihat ketenangan itu, kerana dia tidak mampu membaca perasaan sebenar Faiz..!!!

Faiz merenungnya. Dalam. Lama, kemudian tersenyum.

“So, Sya sayang abanglah?” soal Faiz. Syazira terdiam. Mahu mengangguk, tapi dia takut. Pengalaman hidupnya mengatakan, cinta itu menyakitkan. Namun dia mengangguk jua, lambat-lambat. Faiz tergelak kecil.

“See.. Sya sendiri pun tak yakin dengan perasan Sya..”

“Abang.. Sya..”

“Abang takkan paksa Sya. Macam yang abang cakap tadi, kalau perkahwinan ni menyekat kegembiraan Sya, abang akan pertimbangkan untuk kita berpisah, kalau itu yang Sya suka, sebab abang sendiri pun boleh nampak, antara kita, tak ada keserasian. Tak mampu untuk ada komunikasi yang baik pun. Mungkin abang je yang rajin sangat tepuk sebelah tangan..”

“Abang.. Sya mintak maaf kalau selama ni Sya…”

“Dah lewat sangat.. kalau nak tidur sini, tidur jelah.. you looked so tired..” Faiz mengunci pintu, dan menghilang ke bilik air, dan keluar dengan baju T lengan pendek berleher bulat dan kain pelekat. Syazira hanya menyepi. Faiz seperti sudah tidak mahu membicarakan lagi soal itu. Jadi bagaimana..

“Abang..” sapanya bila Faiz mula menepuk-nepuk bantal untuk tidur. Faiz memandangnya, tersenyum.

“Tidurlah..” Faiz memadam lampu. Dan Syazira, resah gelisah dalam kegelapan. Dia menggigit bibir. Terasa mahu menangis. Semuanya salah dia sejak awal. Memang patutlah Faiz terasa hati dengannya sejak dulu. Memang patutlah Faiz dah bosan untuk berbincang dengannya. Dia menggigit bibirnya kuat. Kenapalah bibirnya ini berat sangat mahu meluahkan apa yang mungkin Faiz ingin dengar, agar mereka boleh membina kebahagiaan bersama? Kenapa dia selalu kelu??

Dia kelu bila Faiz melafazkan cinta dan sayang padanya. Dia tidak bersedia mempunyai perasaan itu, tapi dia tidak mampu menafikan, sejak bergelar isteri, dia sudah punya rasa mahu menerima Faiz. Apatah lagi, malam pertama perkahwinan mereka dulu, Faiz pernah menyentuhnya. Walaupun dia tidak memberi kerelaan sepenuhnya kepada lelaki itu, namun sentuhan itu tetap ada dalam ingatannya. Tapi, kenangan silam membuat dia kelu untuk mengakui rasa hatinya. Dia takut, takut terluka lagi..

“Kenapa kau bodoh sangat Intan Syazira? Kenapa harus takut? Tidak nampakkan bezanya dia dan Ady?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience