BAB 1

Romance Completed 6551

Tepat jam 6 petang, kereta Myvi berwarna ungu milik Syazira menjalar masuk ke halaman rumah Mak Kiah. Baru saja dia membuka pintu, ibunya mendekatinya bersama senyuman manis. Sebaik saja menyalami ibu kesayangannya, dia membuang pandang ke arah kereta Honda Civic keluaran terbaru yang sedang elok terparkir di garaj. Kereta dari KL.. Siapa?

“Kereta siapa tu mak?” soalnya sambil mengambil beg pakaian dari tempat duduk belakang.

“Hai, balik-balik je terus tanya kereta siapa.. Bukan nak tanya abah mana..” Pak Mail menyapa. Syazira menghulurkan senyuman buat abahnya dan terus menyalami lelaki itu.

“Mestila bah. Kereta Honda tu. Kereta paling handsome dekat dunia ni. Orang nak beli, belum mampu lagi.. Kereta baru abah ke?” soalnya, bergurau. Pak Mail menggeleng.

“Abah kalau nak beli kenderaan baru, abah beli bas je terus..” jawab abahnya selamba. Syazira mencebik. Mak Kiah menggeleng. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.

“Kereta abang Faiz kamu..” kata-kata abahnya membuatkan dia membulat biji mata. Abang Faiz?

“Dia datang bawak budak-budak dia buat apa ke benda…alah, dekat Kota Gelanggi tu. Dah alang-alang dia ada kat situ, dia datanglah ke sini..” terang Mak Kiah. Syazira berhenti melangkah.

“Ekskavasi kot..” Syazira masih rajin ingin mengambil tau. Tidak disangka lelaki itu masih ingat akan keluarga ini biarpun pertemuan mereka hanya seketika. Itupun lebih kurang 5 6 tahun lalu, semasa lelaki itu masih belajar dan mengikuti program anak angkat anjuran universitinya, dan ditakdirkan menjadi anak angkat emak dan abahnya ini. Ketika itu dia tinggal di asrama, tingkatan enam, hanya berpeluang bertemu sekali saja, itupun bila lelaki itu menjemputnya pulang pada petang Jumaat setelah ayahnya tidak dapat menjemput kerana di serang demam panas.

“Ingat lagi dia kat kita, dan jalan ke rumah ye..” ujarnya selamba sambil melangkah ke anak tangga.

“Dia memang lama tak datang, tapi selalu jugak hubungi abah kamu, tanya khabar, kamu aje yang tak tau. Sudah, mari masuk, mandi, rehat.” Mak Kiah bersuara sambil menarik tangan anaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience