BAB 24

Romance Completed 6551

Syazira merenung Muna dengan renungan maha tajam. Matanya merah dan sembab kerana tangisannya membuat dia terasa perit untuk membuka mata tapi dia tetap mahu merenung Muna. Tapi dia sedar, dia tidak boleh salahkan Muna seratus peratus. Sebab kesalahan yang lebih besar tergalas pada bahunya. Muna kelihatan selamba saja, malah masih boleh tersenyum pada dia. Jika bukan kerana Muna itulah sahabatnya selama ini, mahu saja dia ganyang-ganyang sahabat yang mengambil kesempatan itu!

“Abang Faiz pinjam kawan korang kejap ye..” ujar Faiz sambil tersenyum memandang Syifa dan Muna. Syifa hanya tersengih, dan Muna pula tersenyum. Syazira membiarkan saja tangan Faiz menariknya masuk ke dalam kereta. Dia tidak kuat untuk memandang wajah Faiz. Namun dia gembira bila Faiz datang mencarinya. Dia hanya menurut bila Faiz menaik tangannya masuk ke Sri Malim. Dia mengikut bila Faiz menolaknya masuk ke dalam bilik yang luas, family bed mungkin. Faiz membiarkan dia duduk di katil bersaiz queen itu, dan lelaki itu hanya bersandar di dinding, merenung tajam padanya. Syazira tertunduk. Menanti riaksi Faiz. Dia mengerling dengan ekor mata bila lelaki itu berjalan ke arah meja yang menempatkan beg pakaiannya itu. Faiz menghulurkan satu sampul surat surat coklat bersaiz A4 kepada Syazira. Gadis itu mengambilnya tanpa banyak soal. Matanya membuntang tatkala terbaca ayat pertama yang ada di kepala surat..

“Abang..??” soalnya, sambil merenung tepat pada Faiz. Syazira teras dunianya kelam. Dia ingatkan Faiz mahu memujuk, tapi rupanya surat cerai pula yang dihulur. Faiz memandang seketika, sebelum mengangguk.

“Abang cuma buat ikut apa yang mungkin Sya nak, tapi bukan sekarang. Simpan dulu borang-borang tu, lepas dah habis belajar semua, kita uruskan sampai selesai..” ujar Faiz. Syazira telan liur. Dia hanya ada kurang sebulan lagi untuk menyelesaikan pengajiannya. Kalau berjaya, tahun ini juga dia akan dapat menghadiri majlis konvokesyen dan menerima ijazah sarjananya..

“Sya tak nak semua ni…” dia bersuara lemah. Air matanya terlalu laju mengalir. Faiz terpana. Tidak disangka-sangka gadis kesayangannya ini akan menangis begitu., didepannya. Hatinya penuh simpati namun ditahankan jua.

“Habis Sya nak apa…?” soalan Faiz kemudian kedengaran. Dia melutut di lantai, berhadapan dengan Syazira. Kini duduknya sama tinggi dengan Syazira yang masih setia duduk di katil. Tidak berganjak langsung. Cuma matanya bergerak sana dan sini mengamati wajah Faiz. Syazira mencapai kedua-dua tangan Faiz, dan menggenggamnya. Esakannya masih kedengaran biarpun tertahan.

“Sya cuma nak abang..” jawapan Syazira membuatkan Faiz sekali lagi terpaku. Biar benar? Perlahan bibirnya ingin melakar senyum, namun….

“Are you sure??” soal Faiz tegas. Matanya tidak lepas memandang Syazira. Syazira mengangguk.

“Sya keliru mungkin.. dulu Sya jugak yang…”

“Kan Sya cakap Sya perlukan masa…”

“Tapi apa yang abang tengok, Sya bukan makin dekat dengan abang. Apa guna mintak abang bagi masa, kalau bila abang dekat Sya lari. Sya bukan cuba nak dekat dengan abang pun. Sya tau tak apa yang abang rasa bila setiap kali abang cuba rapat dengan Sya, Sya buat tak tau, larikan diri dari abang. Tau tak yang abang rasa kehadiran abang tak diperlukan, malah lebih baik kalau abang tak ada langsung..” luah Faiz. Syazira terdiam. Dia tau selama ni kesalahan adalah dibahunya..

“Sya tak ada peluang untuk baiki semuanya?” soalnya perlahan sambil merenung tepat pada Faiz. Faiz terdiam mendengar soalan Syazira. Dia memandang sampul coklat tadi. Mata Syazira juga beralih ke situ. Serta merta esakan kecilnya kembali kedengaran. Dia tau, apa makna pandangan itu. Dia tau, mungkin Faiz sudah nekad memberikan hadiah perpisahan itu.

“Abang tau, Sya masih ada Ady yang menanti. Kalau dulu hubungan tu terputus, inilah masa nak sambung balik..” Faiz meletakkan sampul atas riba Syazira. Syazira memandang sampul itu. Ah, Faiz pasti takkan mahukannya lagi. Kan Muna sudah ada menantinya??? Syazira mengesat air mata. Borang yang ada dalam sampul diambil dan dikoyak kasar. Faiz terkejut.

“Sya tak ada apa-apa pun perasaan pada Ady. Dia dah lama jadi sejarah. Tanyalah Aariz, dia tau semua pasal kami. Aariz juga tau, Sya pernah cakap walau apa pun Sya takkan kembali pada dia..”

“He still loves you..” Faiz menjongketkan kening.

“But I love you!!!” jerit Syazira pada Faiz. Sambil melemparkan cebisan-cebisan kertas yang telah hancur. Faiz terpempan. Faiz mendekat, keningnya diangkat. Renungannya tepat di wajah Syazira. Syazira berundur hingga rapat ke dinding. Wajahnya masih memerah kerana malu dengan luahannya tadi. Dia kalut bila melihat Faiz tersenyum sambil menghampirinya.

“Pardon?” bisiknya perlahan di telinga Syazira. Gadis itu mengelak. Dadanya mula berdebar. Masih tidak percaya dia mengucapkan tiga perkataan itu..

“Sya…Sya cakap…”

“Cakap apa? Abang tak jelas tadi… tolong ulang sebelum abang buat sesuatu sampai Sya ulang…” bisikan Faiz yang lembut tapi tegas menyeramkan bulu tengkuknya. Wajah Syazira direnung sehingga Syazira resah sendiri. Syazira mengetap bibir. Malu untuk mengulangi lagi perkataan iu. Tadi terluah tanpa sedar, bolehlah.. Dia menolak dada Faiz yang mula menghimpit.

“Sya cakap…Sya..Sya…sayang abang..” Syazira mengeluh. Lega. Namun memandang riak wajah Faiz yang tidak puas hati menyebabkan dia menggigit bibirnya sendiri. Alahai..

“Okay..bukan sayang je..tapi Sya cintakan abang! Sya rasa nak mati bila nampak abang dengan Muna dekat kedai emas tadi. Sya rasa nak mati bila abang bagi borang mengarut tu!!! Sya sedar selama ni Sya macam dingin dengan abang, tapi hakikatnya sekarang, Sya sedar Sya sayang abang. Puas hati?” ujarnya perlahan, namun sedikit menjerit. Faiz tersenyum lebar. Dia terus melekapkan bibirnya pada pipi yang masih basah dengan air mata itu. Syazira terpana. Dia menolak Faiz dan lelaki itu ketawa.

“Akhirnya boleh jugak mengaku, kan? Susah sangat ye nak cakap benda tu?” Faiz berbaring di katil, senyumannya masih melebar. Syazira terduduk di katil, di sisi Faiz. Dia memandang Faiz, tajam.

“Apa guna Sya mengaku pun. Ia dah tak boleh ubah apa-apa..sebab abang..abang dah ada Muna..” ujarnya, lirih dipendengaran Faiz. Tubuhnya melorot jatuh terduduk di lantai. Lelaki itu lantas bingkas bangun dan menarik Syazira berdiri mengadapnya.

“Bila pulak abang ada Muna…?”

“Sya dah tau semua abang. Sya ada mata. Tapi Sya tak salahkan abang. Sebab Sya tau, semuanya salah Sya. Sya yang tak tau nak hargai abang. Syifa cakap, Sya bodoh sebab abaikan abang selama ni. Memang Sya bodoh pun…” keluhnya perlahan. Faiz menarik Syazira dalam pelukan. Hatinya tersiat mendengar Syazira mengutuk diri sendiri. Dia mengucup ubun-ubun gadis itu. Penuh kasih sayang.

“Sya bukan bodoh sayang.. Sya cuma…perlukan masa.. tapi, maaflah, abang dah tak boleh nak tunggu. Siapa tahan kan, jauh abang ulang alik, tapi orang buat tak layan.. so…”

“Apa maksud abang?”

“Abang terpaksa terima cadangan Muna..dan Syifa.. sorry, kalau abang membuat Sya nangis..” Faiz menyambung. Syazira terdiam. Mencerna maksud. Tapi dia tidak faham. Dahinya berkerut.

“Semua ni cadangan Muna. Ada satu hari dia call abang, dia cakap dia curi nombor abang dalam phone Sya. Dia kata dia ada plan nak tolong abang. Abang tak percaya la, tapi bila dia cakap dia tau semuanya pasal kita dari Sya, abang ikutlah. Tak sangka, plan dia berhasil. Tak payah tunggu lama-lama pun..” Syazira ternganga mendengar pengakuan Faiz. Dia lantas menghempap badan Faiz dengan bantal. Faiz ketawa kuat.

“Muna juga la yang ajak nak pecahkan ‘skandal’ kitorang hari ini dekat pekan tu. Dia dah malas nak berlakon lama-lama..lagipun dia cakap Sya macam dah syak, so, maknanya motif dah tercapai.”

“Motif?”

“Untuk buat Sya cemburu. Untuk buat Sya sedar perasaan Sya pada abang. Tak sangka kan isteri abang ni ada ‘sensor’ yang hebat. Baru berlakon jeling-jeling pun dia dah perasan. Tapi bagus juga, tak perlu bazir lagi banyak masa..”

“Hmm..kalau tak nampak abang dengan dia kat kedai tadi pun, Sya dah lama syak sejak petang tu. Tak tau kenapa Sya boleh fikir abang dengan dia ada something. Sya bukan tak nampak abang dengan dia berbual mesra sangat. Sya pun nampak cara dia pandang abang. Cara abang renung dia. Masa abang cakap tak jadi balik KL, Sya dah rasa lain sangat. Apalagi bila malam tu jugak, Muna tu tiba-tiba keluar ‘dating’. Sya selalu perhatikan dia selepas tu. Entah, ada je yang buat Sya fikir dia dan abang…” Syazira bersuara.

“Naluri seorang isteri. Huh, bahaya kan. Tak bolehlah nak ada skandal betul-betul.” Faiz tergelak nakal. Syazira mencebik. Dada Faiz dipukul kasar. Namun Faiz hanya ketawa lepas.

“Gurau jela. Anyway, percayalah, semua yang terjadi tu, lakonan saja sayang. Hanya dengan itu boleh buat Sya cemburu, buat Sya sedar, abang suami Sya, and we are belongs to each other..” jawab Faiz. Syazira terdiam. Matanya yang terasa berkaca dikesat.

“Tapi surat cerai tu…”

“Hanya penambah perisa..” Faiz membelai rambutnya lembut.

“Tak baik buat gurau soal cerai.”

“Mana ada. Abang tau cerai tak boleh buat gurau. Abang cuma bagi borang je, abang tak cakap apa-apa, dan tak niat pun nak buat. Itulah saja cara nak ajar budak tak reti mengaku perasaan sendiri dekat suami sendiri.” ulas Faiz. Syazira memandang Faiz, dan menyembam wajah di dada lelaki itu.

“Pergilah mandi. Abang nak bawak Sya jumpa ‘madu’ Sya ni. Abang dah janji dengan dia kalau dah setel semua, abang kena belanja makan.” Faiz berkata, sambil tangannya bermain dengan rambut Syazira. Saat itu juga terasa dadanya pedih. Dia tergelak kecil. Dia tau, perkataan madu itu membuatkan Syazira marah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience