BAB 9

Romance Completed 6551

Faiz mengerling isterinya. Dia sendiri tidak faham dengan gadis itu. Seminggu hidup bersama, gadis itu melayannya dengan baik, tapi sering mengelak dan dingin bila dia mendekat. Kalau nak dikata Syazira tidak menyukainya, atau tidak menyukai perkahwinan itu, Syazira sudah menerima lamarannya dan telah pun menjadi isterinya. Kalau nak dikata Syazira tidak boleh menerimanya, gadis itu rajin juga melayannya, tidak pernah membiarkan dia sorang-sorang. Apa mungkin, semua layanan itu disebabkan mereka di depan keluarga? Faiz mengeluh kecil.

Dia memerhati Syazira yang sedang menyusun pakaian di dalam almari. Baru dua hari mereka tiba ke sini, di rumah sewa Faiz. Lusa, Syazira akan kembali ke rumah sewanya berdekatan kampus. Pengajian yang hanya tinggal satu semester itu amat penting baginya. Apatah lagi dia harus bekerja keras untuk membolehkan dia berjaya dalam pengajian dan bergraduat pada tahun ini juga.

“Sya..betul tak nak keluar mana-mana?” soal Faiz sambil memandang isterinya. Syazira menggeleng lembut. Faiz tetap setia merenung, sudah jadi hobi. Syazira yang perasan buat-buat tidak kisah biarpun dia seram dengan renungan itu.

Faiz masih merenung. Dia tau, ada sesuatu yang mengganggu hubungannya dengan Syazira. Untuk bertanya, dia tidak mahu Syazira rasa terganggu tapi jika tidak ditanya, hatinya pula tidak tenang.

Faiz menghilang ke bilik air. Berwuduk untuk bersolat Isyak. Bila dia keluar, Syazira sedang menantinya di sejadah dengan wajah yang masih basah. Dia tau Syazira mengambil wuduk dekat bilik air di tingkat bawah. Dia tersenyum. Salah satu yang dia perasan, Syazira tidak suka membuat dia tertunggu, terutama bila waktu solat. Gadis itu hanya akan sangat dekat dengannya bila waktu solat. Bila waktu lain, ada saja alasannya untuk tidak berada dekat-dekat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience