Kaki milik Dhia Erdina lemah longlai menuju semua ke bilik Bahasa Melayu. Setelah hampir-hampir 30 minit menangis dan tenangkan diri di tandas, dia menguatkan dirinya untuk balik semula ke bilik itu kerana beg dan barang-barang nya masih di situ.
'Tolonglah. Aku harap semua orang dah balik. Terutama sekali Farhan. Tolonglah ya Allah' rayu Dhia dalam hatinya.
Sungguh dia tidak sanggup untuk melihat wajah Farhan ketika itu.
Sebaik sahaja kakinya menapak di muka depan pintu bilik Bahasa Melayu itu, hatinya sedikit lega saat melihat bilik itu kosong seperti yang diingini. Tiada sesiapa di situ.
Dengan cepat, Dhia melangkah ke arah beg sekolah nya dan mula mengemas barang. Ketika Dhia ingin memasukkan kotak penselnya ke dalam beg, satu suara kedengaran daripada belakang. Suara yang terakhir sekali yang ingin dia dengar dalam hidupnya.
"Kau pergi mana tadi?" soal Faiq Farhan dengan dingin.
Dhia memejam matanya dan mengetap kuat giginya. Dalam ramai-ramai orang, kenapa harus Farhan yang berada di situ?
Sepi. Tiada jawapan yang keluar daripada mulut Dhia.
"Kau jangan fikir bukan-bukan. Tak payah terdetik dalam kepala otak kau tu yang aku tunggu kau ni sebab risau dengan keadaan kau. Tertanya-tanya kau pergi mana tadi. Apa kau buat. Pergi mampus kau lah. Aku dekat sini sebab Cikgu Zaim yang amanahkan aku kunci bilik ni. Punya lama aku tunggu kau, ingatkan dah bunuh diri" kata Farhan tanpa sebarang rasa bersalah. Seolah-olah dia mengatakan benda yang baik-baik.
Darah Dhia mendidih ketika itu. Kalau di tangannya ketika itu ada pisau, mungkin sudah lama ditikam Farhan itu berkali-kali.
"Kenapa kau tak campak je beg dengan barang-barang aku dekat luar?" jawab Dhia, kasar. Dia masih lagi tidak memandang wajah Farhan.
"Eee, tak ingin aku nak pegang barang-barang kau. Nanti tak pasal-pasal kalau ada barang kau hilang, aku pulak yang kena tuduh mencuri. Bukan boleh percaya orang macam kau ni"
Dhia malas mahu mendengar kata-kata Farhan lagi jadi dia memusingkan badannya untuk keluar dari bilik itu. Sewaktu dia memusingkan badannya, Farhan sempat menangkap wajah Dhia yang jelas kelihatan seperti baru lepas menangis.
"Kau menangis? Hah! Kau menangis ke tadi? Patutlah lama sangat, menangis rupanya. Hey, Dhia. Kau ingat kau tu budak tadika ke nak menangis nangis bagai. Kau tu 16 tahun, bukannya budak kecik nak menangis. Nampak sangat yang kau ni lemah. Hati tisu"
Sesaat kemudian Farhan dikejutkan dengan tindakan Dhia mencampakkan buku notanya yang sedang dipegang.
"Apa masalah kau dengan aku Faiq Farhan?! Setahu aku, aku tak pernah sekali pun menyusahkan hidup kau! Aku tak pernah huru hara kan life kau tapi kenapa kau jahat sangat selalu sakitkan hati aku?! Aku penat lah! Dekat rumah aku macam anak pungut, dibiar biarkan. Dekat sekolah aku kena tahan dengan mulut puaka kau tu! Cuba kau cakap dengan aku, apa salah aku?! Aku tahu! Aku salah sebab suka kau. Aku ni tak layak nak suka seseorang yang sempurna macam kau. Aku ni manusia paling jijik dekat mata kau! Tapi, kau kena tahu sebenci benci kau dengan aku, benci lagi aku dengan diri aku sebab luahkan perasaan aku dekat orang yang salah! Orang macam kau!"
Dengan linangan air mata, Dhia terus berlari keluar dari bilik itu tanpa menoleh ke belakang. Puas hatinya dapat menjerit di hadapan Farhan.
Farhan yang masih di dalam bilik itu terkesima. Dia masih terkejut kerana melihat Dhia berkelakuan seperti itu. Dia menarik nafas sebelum berkata seorang diri.
"Gila lah perempuan tu. Tiba-tiba je cerita masalah dia dekat aku sambil menjerit-jerit" kata Farhan cuba untuk menyedapkan hati sendiri.
Tiba-tiba matanya menangkap buku nota Dhia yang dicampakkan nya tadi di atas lantai.
"Inilah perempuan. Marah sikit, campak barang. Ini mesti ikut dalam drama tv. Kerja aku pulak nak kutip lepas tu pulangkan buku ni dekat dia"
Farhan mengambil buku itu dan menutup kipas dan lampu kemudian mengunci bilik itu. Dia berharap dia sempat mencari Dhia untuk memulangkan buku itu.
Sedang dia dalam perjalanan, Farhan ternampak Dhia sedang berjalan di hadapan nya. Jarak mereka kurang daripada 5 meter. Dhia seolah-olah ingin melintas jalan.
"Woi!" panggil Farhan dari jauh.
Tetapi Dhia tidak menoleh mahupun berhenti. Dia terus berjalan. Farhan berlari anak untuk mendapatkan Dhia.
"Oi, perempuan!" Sungguh dia tidak serik kena jerit dengan Dhia sebentar tadi. Dia masih lagi memanggil Dhia dengan panggilan yang kurang enak.
Dhia masih tidak menunjukkan ciri-ciri ingin berhenti dan menoleh ke belakang.
"Pekak ke apa dia ni. Aku panggil dia macam nak terkeluar anak tekak pun tak dengar" kata Farhan kemudian tidak semena mena jantungnya seolah-olah ingin tercabut daripada tangkai apabila dia melihat ada sebuah kereta yang sedang meluru ke arah Dhia tetapi Dhia seperti tidak ingin berhenti.
"GILA LAH DIA NI!" Farhan berlari dengan sekuat hatinya untuk menarik Dhia daripada dilanggar kereta itu.
Sedikit pun Dhia tidak perasan akan kehadiran kereta itu kerana dia sangat sangat serabut ketika itu. Fikirannya tidak betul.
"DHIA!" Saat kereta itu hampir sahaja dengan Dhia, Farhan sempat menarik ke belakang beg sandang Dhia dengan kuat sehingga dia dan Dhia terjatuh ke belakang.
Dhia tersedar. Dia seperti baru terjaga daripada tidur.
Dia memandang wajah Farhan yang pucat dan berang itu sedang terduduk di sebelah nya dan kemudian dia ternampak ada sebuah kereta yang baru berlalu di sebelahnya.
"KAU DAH TAK BETUL KE?! NAK SANGAT KE MATI? MEMANG KERJA ASYIK NAK MENYUSAHKAN ORANG KE MACAM MANA?!" Kini giliran Farhan pula yang naik angin. Dia lantas bangun dan menghilangkan debu-debu di tangannya.
Di riak wajahnya bukanlah seolah-olah dia risau seperti reaksi kebiasaan hero-hero drama di televisyen itu. Tetapi di wajahnya jelas kelihatan yang dia marah. Tersangat marah.
Dhia diam. Dia memandang wajah Farhan dengan penuh rasa benci.
"Bukan kau nak sangat aku mati ke? Kenapa tak biarkan je aku kena langgar tadi? Lagi senang hidup kau lepas ni kalau aku tak ada menyemak dekat mata kau. Itu yang kau nak kan selama ni? Sepatutnya kau kena tengok sendiri dengan mata kau, aku kena langgar dengan kereta tu baru kau puas hati" Tanpa menunggu sebarang jawapan daripada Farhan, Dhia bangun dan berlalu pergi.
Hati Farhan bertambah membara apabila mendengar jawapan daripada Dhia. Bukannya ucapan terima kasih yang diterima tetapi sebaliknya kata-kata sindiran yang dia dapat.
"Kurang ajar punya manusia. Buang masa aku je selamatkan dia tadi. Langsung tak cakap terima kasih dekat aku padahal aku selamatkan nyawa dia tadi. Sepatutnya aku biarkan je. Biar mampus" kata Farhan seorang diri.
Dia juga berlalu pergi menuju ke motorsikal nya untuk pulang ke rumah
thankyouuuuu!!
Share this novel