Bab 8

Drama Completed 14262

"Cikgu Zaim mesej aku, dia cakap dia ada kerja last minute jadi cikgu tak boleh datang. Tapi cikgu suruh kita berlatih sendiri dulu" kata Faiq Farhan.

Dia bangun daripada kerusi dan memusingkan badannya menghadap ke arah Dhia, Areen dan Yaya.

Dhia mengangkat wajahnya dan melihat Farhan.

"Danish mana?" soal Dhia dengan baik dan bukannya dia menengking Farhan.

"Kau ada nampak ke Danish datang sini? Tak ada kan? Bebal ke apa kau ni. Dah sah-sah yang dia tak datang, nak tanya lagi. Kenapa? Kalau Danish tak datang, kita tak boleh nak berlatih ke?" jawab Farhan dengan sinis.

Dhia seperti tidak percaya dengan apa yang didengar nya. Mamat ni ada masalah hati ke memang dah tak waras?

Dia tidak dengar pula suaranya tadi seperti ingin bergaduh sampai Farhan perlu menjawab seperti itu.

Dhia tidak menjawab apa-apa untuk mengelakkan hatinya terluka lagi dengan kata-kata Farhan. Dia hanya diam seperti Areen dan Yaya. Mereka berdua lagi lah takut untuk bersuara selepas mendengar kata-kata Farhan.

'Apa masalah dia ni? Elok-elok Kak Dhia tanya, dia boleh jawab macam tu. Tak pernah sekali pun aku dengar dia cakap elok-elok dengan Kak Dhia. Aku yang dengar pulak sakit hati' bisik hati Yaya sambil memandang Farhan.

"Okey, kita berlatih lagi jadi kerajaan sebab hari tu punya latihan still tak lancar atas sebab-sebab tertentu" kata Farhan.

Dia memandang ke arah Dhia apabila mengatakan tentang sebab-sebab tertentu kerana dia memaksudkan Dhia yang tidak sempat menyalin hujah tempoh hari.

"Lagi satu sebab hujah kerajaan je yang baru siap. Pembangkang punya hujah tak siap lagi. Celahan korang okey?" Farhan memandang ke arah Areen dan Yaya pula.

Areen dan Yaya mengangguk kepala.

"Kita buat macam hari tu. Kau duduk depan aku, korang berdua duduk dekat tepi. Boleh bagi izin laluan kalau ada dan boleh bagi celahan. Sorang bagi celahan masa aku berhujah, lagi sorang masa pembangkang ketiga berhujah" kata Farhan.

Selepas selesai mereka duduk di tempat seperti yang ditetapkan, Farhan bersuara lagi.

"Kau tolong dengar betul-betul and buat bidasan. Jangan jadi beban, boleh?" Farhan memandang tepat ke arah Dhia menandakan itu adalah satu amaran.

Dhia menelan air liur. Dia tidak boleh janji yang dia akan buat seperti yang diminta oleh Farhan.

'Melebih lah dia ni. Berlagak macam dia perdana menteri padahal menteri kedua je pun. Kenapa lah Danish tak datang hari ni' bisik hati Dhia.

Kemudian Farhan memulakan hujahnya. Pada mulanya, Dhia mendengar dengan baik. Ada lah satu dua isi yang sempat dia salin kerana daripada Farhan mula berhujah, jantungnya berdegup dengan laju.

Jadi, dia tidak dapat memberikan tumpuan penuh terhadap apa yang disampaikan oleh Farhan.

Sampai minit yang kelima, Yaya bangun untuk membaca celahan selama seminit dan Farhan meneruskan semula.
Nasib Dhia tidak baik ketika itu kerana tiba-tiba telefon pintar nya berdering.

Nama kakaknya, Adina tertera di skrin telefon lantas Dhia mengangkat panggilan itu.

Farhan sedar yang Dhia sedang menjawab panggilan tetapi dia sengaja tidak mahu berhenti berhujah. Dia meneruskan hujahnya dengan tanpa rasa bersalah.

"Hello angah. Ada apa? Adik tengah latihan ni" kata Dhia dengan perlahan sambil memandang Farhan.

"Tak payahlah dik konon berlatih bahas. Kau berlatih nak dekat setahun pun belum tentu kau pandai" kata Adina daripada hujung talian.

Dhia terkedu dengan apa yang dikatakan oleh angahnya. Mentang-mentang Adina pandai, suka-suka sahaja dia untuk merendahkan diri nya.

"Angah nak apa?" soal Dhia sekali lagi dengan suara sedikit tegas.

"Jangan lupa balik awal sikit. Kan harini last day along dekat rumah, esok nak balik universiti balik. Angah ambik kau hari ni, kalau kau lambat balik rumah jalan kaki" kata Adina kemudian terus meletakkan panggilan sebelum sempat Dhia menjawab apa-apa.

Dhia terdiam buat seketika.

'Macam mana aku nak mintak izin balik awal hari ni kalau mamat ni yang acah-acah jadi ketua' bisik hati Dhia.

Disebabkan terlalu melayan perasaan, dia seolah-olah berada di dalam dunia sendiri. Dia langsung tidak mendengar hujah yang disampaikan oleh Farhan.

"Woi, perempuan. Kau tengah khayal ke? Dengar tak apa yang panjang berjela aku baca daripada tadi?" kata Farhan yang membuatkan Dhia tersedar daripada lamunan.

Dia memandang wajah Farhan yang menunjukkan ciri-ciri ingin mula memakinya.

"Tadi kakak aku call" jawab Dhia perlahan. Entah kenapa tiba-tiba dia berasa takut untuk mendengar apa kata-kata yang akan dilontarkan oleh Farhan.

"Kau ingat aku hadap sangat ke nak tahu siapa yang tekau tadi? Aku tanya kau dengar tak apa yang aku baca tadi? Dapat salin tak isi hujah tu?" Suara Farhan mula meninggi sedikit.

"Tak. Aku tak dengar" jawab Dhia. Matanya tetap memandang ke arah mejanya kerana tidak sanggup melihat Farhan.

"Menyusahkan betul lah orang macam kau ni! Dah dapat jadi menteri ketiga tu, buat lah betul-betul. Ini buat sambil lewa je. Kau ingat kitaorang semua dengan cikgu ada masa ke nak menghadap kau sorang je sebab kau tak reti nak buat bidasan? Mungkin kau ni jenis yang bengap jadi kalau belajar bertahun-tahun pun belum tentu kau pandai" kata Farhan dengan nada yang penuh berlagak.

Dhia terdiam beribu bahasa. Ayat yang Farhan katakan sebentar tadi sama seperti apa yang dikatakan oleh kakaknya.

Areen dan Yaya yang menyaksikan situasi itu meremang bulu roma. Mereka tidak sangka kata-kata Farhan boleh menjadi begitu teruk sekali.

Dhia membatu di kerusi nya sebelum dia merasakan matanya sedikit berair.

Selepas dia terlibat dalam masalah antara dia dan Farhan, hatinya seperti tisu. Mudah untuk terluka dan sedih.

Tanpa bersuara, Dhia lantas bangun dari kerusi dan keluar dari bilik itu. Dia tidak ingin Farhan melihat dia menangis.

Jikalau dia tidak berbuat apa-apa pun dia sudah kelihatan hina di mata Farhan, apatah lagi jika dia menangis. Lebih mudah untuk Farhan memijak dia.

Setapak demi setapak Dhia meninggalkan bilik Bahasa Melayu itu walaupun sayup-sayup terdengar suara Farhan yang memanggil nya. Kaki Dhia terus melangkah ke tandas perempuan dengan harapan tiada siapa di tandas itu.

thankyouuu!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience