Bab 13

Drama Completed 14262

"Add Math hari ni Cikgu Maimun tak datang jadi kita pergi library sebab Cikgu Sofea ganti" kata Ketua Kelas 4 Akaun iaitu Rafael.

Kedengaran suara gembira daripada semua pelajar setelah mendengar kata-kata Rafael itu. Manakan tidak, subjek Matematik Tambahan tiada umpama bulan jatuh ke riba. Jarang-jarang sekali dapat merasainya.

"Yes! Add Math tak ada!" sorak Danish Ilman, dengan nada yang gembira. Tidak perlulah mereka berhempas pulas memerah otak menyelesaikan soalan-soalan Matematik Tambahan yang susah nya tidak boleh bawa berbincang.

Faiq Farhan hanya tersenyum melihat gelagat Danish dan rakan sekelas nya yang lain. Dia juga turut merasai kegembiraan itu.

Selama 10 minit Farhan dan Danish berjalan menuju ke perpustakaan sekolah, mereka berdua sudah tiba di hadapan pintunya.

Sebaik sahaja Farhan menolak daun pintu perpustakaan itu, tidak tahu bagaimana matanya terus menangkap satu wajah yang tidak asing lagi baginya. Wajah yang hampir setiap petang dia akan tengok.

Dhia Erdina.

Namun, Farhan hanya mendiamkan diri sahaja seolah-olah dia tidak nampak apa-apa. Dia berpendapat bahawa sekiranya dia hanya diam, Danish tidak perasan akan Dhia di situ tetapi tidak.

Sesaat kemudian, Danish bersuara.

"Eh, Dhia ada? Maksudnya kelas 4 Sastera pun ada sekali dekat sini"

Farhan hanya diam, tidak membalas kata-kata Danish itu. Mereka berdua melangkah menuju ke satu meja kosong yang berada di situ.

Arissa yang sedang khusyuk membaca buku terhenti membaca apabila mendengar bunyi pintu perpustakaan dibuka daripada luar.

Pada mulanya dia tidak berminat dengan pelajar-pelajar yang masuk ke dalam perpustakaan itu sehinggalah matanya terpaku pada Farhan yang juga masuk bersama dengan Danish.

Jantungnya secara tiba-tiba berdebar dengan kencang.

Dia berpura-pura membaca buku tetapi anak matanya memerhatikan Farhan dan Danish yang sedang berjalan menuju ke satu meja.

Meja mereka agak jauh dengan meja yang dia dan Dhia sedang duduki. Arissa mengeluh perlahan.

Dia melihat Dhia yang sedang duduk di sebelahnya masih kekal khusyuk membaca buku dan tidak mempedulikan apa yang terjadi di sekelilingnya.

Pasti dia tidak perasan dengan kehadiran Farhan di dalam perpustakaan itu.

"Wei, Dhia" panggil Arissa dengan perlahan.

Memandangkan mereka berdua duduk semeja dengan dua orang rakan sekelas yang lain, dia terpaksa memperlahankan suaranya kerana bimbang mereka boleh mendengar isi perbualan antara dia dan Dhia.

Dhia tidak membalas sebaliknya hanya mengangkat kening. Pandangannya masih kepada buku di hadapan.

"Farhan ada dekat sini" bisik Arissa. Dia tertunggu-tunggu apakah reaksi yang akan diberikan oleh Dhia.

Dhia yang mendengar apa yang dikatakan memandang sekilas ke arah Arissa dan kembali menghadap bukunya.

"Lantak dia lah. Aku dah naik muak tengok muka dia setiap petang. Petang nanti jumpa dia lagi" jawab Dhia, jelas tidak berminat dengan kehadiran Farhan di situ.

Arissa mencebik tetapi sedikit lega apabila melihat Dhia seperti tidak mengambil kisah tentang Farhan.

Dia menyambung kembali membaca bukunya walaupun tumpuannya sedikit hilang dek kerana lelaki yang diminati berada di situ.

Farhan pula tidak kurang bezanya dengan Arissa. Walau berkali-kali dia memaksa diri supaya tidak mengendahkan tentang Dhia yang berada di situ, tetapi dia lain pula yang dia rasa.

Hatinya rasa seperti tidak tenang. Gelisah. Dia tidak tahu mengapa dia rasa seperti itu.

'Tak boleh jadi ni' bisik hati Farhan. Langkahnya terhenti sebaik sahaja bangun daripada kerusi apabila Danish tiba-tiba menegurnya.

"Kau nak pergi mana?"

"Ambik buku lah. Nama pun duduk library. Ada badminton ke dekat sini?" sindir Farhan. Teman sekelas mereka yang sempat mendengar kata-kata Farhan, tergelak kecil.

"Serius lah kau baca buku? Biar betul" jawab Danish, tidak mengambil hati dengan sindiran Farhan itu. Setakat sindiran kecil begitu, tidak terasa di hatinya.

"Suka hati kau lah" Farhan malas ingin melayan Danish lalu melangkah menuju ke rak buku berdekatan.

Semasa sedang mencari buku yang berkenan di hati, anak matanya menjeling sekilas ke arah meja Dhia. Dia melihat Dhia begitu tekun membaca bukunya itu.

Tidak semena-mena kegelisahan yang dirasainya sebentar tadi hilang entah ke mana selepas mencuri pandang ke arah Dhia. Dia sendiri pun tidak faham.

Selepas mendapat buku, Farhan kembali semula ke mejanya tanpa menyedari Arissa melihatnya dengan hati yang berbunga-bunga.

Petang itu seperti yang dikatakan oleh Cikgu Zaim, mereka berlatih bahas bagi pihak pembangkang pula. Itu adalah kali pertama buat Dhia, Areen dan Yaya manakala kali kedua buat Farhan dan Danish.

Cikgu Sofea juga turut serta bersama mereka pada petang itu untuk melihat prestasi mereka sudah sampai sejauh mana.

Seperti biasa, Danish, Farhan dan Dhia akan duduk bertiga memanjang manakala Areen dan Yaya di belakang.

Danish menyampaikan hujah pembangkang nya seperti biasa tetapi Farhan sebaliknya. Dia mengalami kesulitan.

Entah mengapa tiba-tiba sahaja otaknya menjadi kosong. Dia langsung tiada apa-apa idea untuk membangkang.

Walau berkali-kali dia memaksa otaknya untuk berfikir, tetap saja tiada idea yang terhasil.

Peluh mula menitik di dahi. Lepas sahaja Danish duduk nanti, giliran dia pula untuk bangun namun dia masih tiada isi untuk membangkang.

Mungkin ini adalah balasan untuk dia kerana dahulu selalu merendahkan Dhia yang tidak pandai membuat kerja.

Dilihat Dhia yang berada di sebelah masih kekal tenang, Farhan mendapat satu akal.

"Dhia. Tolong aku, wei. Aku tak ada idea nak bangkang apa" kata Farhan, perlahan dengan muka yang ditebalkan. Soal malu dia letak di tepi dahulu.

Apa yang penting dia ada benda untuk dibaca apabila bangun.

Dhia yang mendengar Farhan meminta tolong nya tersenyum sinis. Tanda mengejek Farhan secara halus.

"Aik, tak kan tak pandai kot? Bukan kau ke yang terpaling jaguh sekali dalam bahas ni? Kenapa mintak tolong aku pulak?" balas Dhia, memulangkan paku buah keras. Puas hatinya melihat Farhan gelisah begitu.

Farhan sudah agak. Pasti dia akan dikenakan sebegitu. Memang semua salah dirinya kerana memulakan perkara itu.

"Tolong lah Dhia. Aku merayu ni. Lepas ni turn aku pulak nak bangun" rayu Farhan sekali lagi. Ego nya sekarang ini sudah diletak tepi.

"Ye lah" jawab Dhia dengan kasar. Dia ingin menunjukkan pada Farhan yang dia tidak sekejam Farhan yang berlagak itu.

Lalu Dhia pun memberikan sedikit idea untuk Farhan membuat hujah pembangkang. Danish yang sudah habis tugasnya, melihat Farhan dan Dhia yang berbincang berdua.

Wujud perasaan tidak senang dalam hatinya melihat Farhan yang dia kenal tidak suka dengan Dhia, berbincang dengan Dhia.

Tambahan pula apabila mengenangkan perkara semalam. Dia masih lagi tidak tahu apa Farhan dan Dhia bualkan selepas dia pulang ke rumah.

"Paan, giliran awak pulak. Danish dah habis" kata Cikgu Sofea apabila melihat Farhan masih menulis.

"Kejap cikgu. Sikit lagi"

Seminit kemudian, Farhan bangun dan memulakan tugasnya.

"Thank you tadi" ucap Farhan.

Jauh dalam sudut hatinya, dia sangat-sangat berterima kasih pada Dhia kerana membantunya. Tetapi, hanya itu sahaja yang mampu dia ungkapkan.

"Hmm. Sama-sama" balas Dhia, pendek. Tanpa menunggu lama, Dhia terus melangkah keluar dari bilik itu dan pulang. Tidak ingin dia berlama-lama menghadap muka Farhan.

Melihat kedinginan Dhia terhadap dia, membuatkan Farhan faham. Siapa sahaja akan bersikap yang sama jika mereka di tempat Dhia.

Farhan tersentak apabila Danish menepuk bahunya daripada belakang.

"Jom balik"

Farhan memandang Danish dengan pandangan yang hairan. Danish seolah-olah ingin memberitahu nya sesuatu perkara tetapi ditahan.

Farhan yang sedang memakai topi keledar menegur Danish.

"Kau apahal, Danish? Semacam je aku tengok daripada tadi" tegur Farhan.

Danish yang baru sahaja ingin memakai topi keledar, terhenti. Hebat pula pemerhatian kawan dia yang seorang itu. Memang dia ingin memberitahu satu perkara kepada Farhan.

"Paan" panggil Danish.

"Apa kau nak? Cakap je lah" Farhan mula menghidupkan enjin motosikal nya. Apa kena pulak dengan Danish petang itu?

"Aku rasa aku suka Dhia lah" Terkeluar juga akhirnya kata-kata yang seolah-olah tersekat di kerongkong.

Farhan terpempan. Buat seketika dia terdiam seribu bahasa. Dia merasakan hatinya seolah-olah dicucuk.

Tetapi untuk mengelakkan Danish perasan akan perubahan dia, Farhan cuba berlagak tenang dan pantas menjawab.

"Serius lah?" balas Farhan, berlagak seperti tidak berminat dengan perkara itu.

"Ye. Kita kan selalu jumpa, bila dah selalu sangat jumpa tiba-tiba hati pulak terpaut" kata Danish, dengan niat ingin bergurau.

Farhan berpura-pura ketawa sedangkan hati nya sudah berasa lain.

"Kau okey kan kalau aku suka Dhia?" soal Danish dengan pandangan yang ragu-ragu.

"Eh, kenapa pulak aku tak okey? Aku okey je" jawab Farhan.

'Kot' sambung Farhan jauh dalam sudut hatinya.

thankyouuuuu sebab singgah baca!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience