'Aku rasa aku suka Dhia lah'
Ayat itu seolah-olah tidak pernah jemu untuk terngiang-ngiang di telinga milik Faiq Farhan.
Sejak Danish mengucapkan ayat keramat itu petang tadi, ayat itu terus melekat di fikiran nya seterusnya terngiang di telinga.
Nasi goreng yang berada di hadapan ditenung dengan pandangan yang kosong. Sudu yang berada di tangan kanan hanya menguis nasi di dalam pinggan.
Satu keluhan berat dilepaskan. Dia tidak faham mengapa dia merasakan semangatnya hilang bagai ditiup angin selepas mendengar pengakuan cinta Danish.
"Apa yang dikeluhkan tu, Paan? Tak sedap ke apa nasi goreng tu?" tanya kakak Farhan, Afiqah Farhana daripada belakang.
Ibu dan ayah Farhan berada di kampung. Walau berkali-kali kakak Farhan mengajak mereka untuk tinggal bersama mereka, mereka berdua tetap berkeras untuk tinggal di kampung.
Bagi mereka bandar bukan lah tempat mereka.
Oleh sebab itu, Farhan tinggal bersama kakak dan abang iparnya di situ sehinggalah Farhan tamat persekolahan tahun hadapan.
Farhan yang tersedar Afiqah berada di situ menidakkan apa yang dikatakan oleh Afiqah.
"Mana ada, kak. Sedap lah"
Afiqah menarik kerusi makan dan duduk di hadapan Farhan.
Dia tahu adiknya itu ada masalah. Masakan tidak, dia kenal benar dengan adiknya yang kuat makan itu. Pantang ada makanan, semua dibedal nya.
"Habis tu, kenapa kau tak makan nasi goreng tu? Kau ada masalah ke apa?" soal Afiqah.
'Nampak sangat ke?' bisik hati Farhan.
"Tak ada lah kak. Kan Paan makan roti tadi, itu yang kenyang sikit tu" jawab Farhan.
"Hmm" Afiqah bangun daripada kerusi dan menuju ke salah satu kabinet dapur. Tangannya mencapai sebiji cawan untuk membancuh air Nescafe.
"Kak" panggil Farhan.
"Apa?"
"Sabtu esok Paan pergi sekolah pukul 9 pagi. Ada latihan bahas" beritahu Farhan kepada kakaknya. Senang beritahu awal. Mana tahu esok kakaknya keluar ke mana-mana.
"Okey. Kau balik pukul berapa?" tanya Afiqah sambil mengacau air dalam cawan.
"Tengok lah dulu macam mana. Kau hantarkan boleh?"
"Motor kau mana? Rosak ke?"
"Ada, elok je. Saja nak kau hantarkan dengan ambik sekali" gurau Farhan. Sesekali bergurau apa salahnya.
"Lepas tu apa guna ayah belikan kau motor? Akak jual nanti, baru tahu"
"Kau ni. Orang bergurau lah. Yang serius sangat kenapa?"
"Ye lah, Paan" kata Afiqah.
•
Farhan mematikan enjin motosikal nya setelah motosikal itu diparkir dengan baik di tempat letak motosikal sekolah.
Dia melihat motosikal Danish sudah berada di situ. Farhan yakin yang Danish sudah berada di dalam bilik Bahasa Melayu.
Tanpa disengajakan, peristiwa semalam bermain di fikiran nya secara sekali imbas. Buat sekali lagi ayat keramat Danish terngiang di telinga Farhan.
'Aku rasa aku suka Dhia lah'
"Argh!" Farhan menggeleng-geleng perlahan kepalanya seolah-olah ingin mengeluarkan peristiwa itu daripada dalam fikiran.
Dia tidak tahu sampai bila dia akan terus terganggu dengan perkara itu. Setiap kali dia teringat perkara itu, hatinya berasa tidak selesa.
Sesampai sahaja Farhan di muka pintu bilik Bahasa Melayu, tekaan nya tepat. Danish memang sudah ada di dalam bilik itu. Di sebelah Dhia Erdina.
Farhan tidak berminat untuk melihat mereka dengan lama.
Dia terus mengalih pandangan ke arah lain dan terus menuju ke tempat duduk.
"Apasal kau lambat? Nasib baik cikgu tak sampai lagi" tegur Danish sebaik sahaja Farhan melabuhkan punggung di atas kerusi.
"Aku terlajak tidur tadi" jawab Farhan, pendek.
Dia melihat Dhia secara sekilas pandang. Dhia seakan-akan tidak sedar atau sengaja tidak ingin ambil tahu tentang keberadaan Farhan di situ. Dhia tekun meneliti kertas-kertas di atas meja.
'Agak-agak Dhia dah tahu ke yang Danish suka dia?' bisik hati Farhan.
Sepuluh minit kemudian, Cikgu Zaim masuk ke dalam bilik itu dan selang lima minit, Cikgu Sofea pula yang menyusul masuk.
•
"Kau dah bagitahu Dhia ke?" soal Farhan kepada Danish yang sedang mencari makanan yang berkenan di hati.
Mereka berdua sedang berada di dalam kedai 7-Eleven.
Disebabkan cikgu memberi mereka masa rehat selama 1 jam, mereka sempat melencong keluar dari sekolah dan ke situ.
Danish memandang Farhan sekilas sebelum menyambung mencari makanan.
"Belum. Aku takut lah nanti kitaorang jadi 'awkward' tiba-tiba. Biarlah dulu" jawab Danish dengan tenang tanpa mengetahui gelora hati Farhan.
Farhan mengetap kuat giginya.
"Betul lah tu" jawab Farhan, perlahan tetapi masih boleh didengari oleh Danish. Farhan kemudian memandang makanan yang tersusun elok di rak dengan pandangan yang kosong.
Danish menoleh memandang Farhan.
"Hoi! Kau khayal apa? Cepatlah cari makanan. Lepas ni kita latihan balik, bukannya terus balik" Danish menolak perlahan bahu Farhan yang menyebabkan Farhan tersedar.
Farhan hanya tersengih dan turut bersama Danish memilih makanan untuk dimakan masa rehat 1 jam itu.
•
"Okey lah sampai sini jelah latihan kita harini. Esok tak ada latihan, jadi kau orang cuma berlatih dekat rumah je lah, ya? Lepas tu Isnin pertandingan" ujar Cikgu Zaim, mengakhiri latihan bahas mereka yang berlangsung selama empat jam.
Cikgu Zaim memandang kelima-lima menterinya yang sedang mengemas barang untuk pulang.
Lima menteri nya yang akan menyampaikan hujah, membidas, membangkang, memberi izin laluan dan juga celahan.
Mereka berlima harapan dia dan Cikgu Sofea untuk mengharumkan nama sekolah.
Disebabkan tahun lepas pasukan bahas nya tidak bernasib baik untuk mendapat tempat ketiga dan keatas yang terbaik, jadi dia agak berharap yang tahun ini pasukannya dapat membawa pulang gelaran johan, naib johan atau tempat ketiga pun sudah memadai buatnya dan Cikgu Sofea.
"Jangan lupa pakai baju bahas hari Isnin nanti. Kita pergi SMA Putra petang tu naik kereta cikgu dengan Cikgu Zaim" pesan Cikgu Sofea pula.
Baju bahas yang dimaksudkan oleh Cikgu Sofea adalah kemeja putih yang dipakai bersama blazer hitam dan seluar hitam untuk lelaki manakala kain hitam untuk perempuan.
Tudung yang akan dipakai oleh Dhia, Yaya dan Areen juga berwarna hitam.
Mereka berlima tidak ubah seperti sekumpulan peguam dek kerana pakaian mereka.
Kelihatan Areen dan Yaya agak teruja apabila Cikgu Sofea menyebut tentang pakaian bahas. Mereka juga tidak sabar untuk memakai pakaian itu kerana bagi mereka pakaian itu kelihatan gempak dan 'swag'.
Dhia hanya tersenyum kecil apabila mendengar mereka berkata begitu.
'Kerja just bagi celahan selama 1 minit je boleh lah happy. Aku ni? Boleh hilang degupan jantung sebab takut nak membidas' bisik hati Dhia.
"Kita bertanding dua hari ke cikgu?" soal Farhan.
"Kalau kita menang usul yang pertama, berkemungkinan kita akan pergi peringkat seterusnya tapi kalau tak... Sehari je lah kita bertanding. Pertandingan bahas kali ni tak lama pun. Setakat dua hari je, settle" jawab Cikgu Zaim.
Kesemua mereka hanya mengangguk menanda faham.
•
Kepala Dhia berulang kali memandang skrin telefon pintar nya dan kemudian memandang ke laluan masuk kereta ke sekolah itu.
Rasa hatinya sudah hampir sejam dia menunggu kakaknya mengambil dia. Tetapi bayang kereta kakaknya masih belum muncul.
"Haih, mana angah ni?" gumam Dhia sambil melihat skrin telefon pintar nya semula.
Keadaan di tempat menunggu itu hanya senyap sunyi.
Hanya dia seorang sahaja yang berada di situ.
Manakan tidak, hari itu pula hari Sabtu. Siapa saja yang datang ke sekolah pada hari Sabtu selain daripada murid Tingkatan Lima yang datang untuk kelas tambahan.
Namun, murid Tingkatan Lima juga semakin ramai yang sudah pulang.
Dia ingin bertanya pada Adina dimanakah dia sekarang tetapi bimbang kakaknya yang seorang itu akan membebel.
'Cuba sabar sekejap. Angah dah tolong ambilkan pun kira baik. Nanti angah biarkan je adik dekat sekolah itu baru tahu'
Dhia kenal benar dengan perangai kakaknya sehingga dapat mengagak apa yang akan dikatakan oleh Adina.
Tidak lama kemudian, tumpuan Dhia terhadap telefon pintar nya terganggu dengan bunyi enjin motosikal yang tiba-tiba lalu di situ.
Dhia mengangkat kepala dan agak terpempan dengan apa yang sedang berada di hadapannya.
Faiq Farhan.
Farhan memberhentikan motosikal nya di hadapan Dhia tanpa turun daripada motosikal.
Tanpa menunggu Dhia berkata apa-apa, Farhan memulakan bicara.
"Kau tak balik lagi ke?" tanya Farhan. Dia melihat tempat itu tiada orang. Hanya Dhia seorang sahaja di situ.
Tidak tahu mengapa dia rasa tidak senang melihat Dhia seorang diri di situ. Itulah sebabnya dia berhenti seketika.
Dhia menjeling sekilas ke arah Farhan kemudian mengalihkan pandangan ke arah telefon pintar nya kembali.
Malas dia ingin melayan perangai Farhan. Entah apa yang akan dikatakan oleh Farhan yang akan membuat dia sakit hati.
"Kau nampak aku dekat sini kan? Belum balik lagi lah maksudnya. Itu pun nak kena tanya ke?" sindir Dhia tanpa memandang Farhan.
Kalau dia sudah pulang ke rumah, tiada lah dia terpaksa duduk lama di situ. Soalannya pun.
Farhan tersentak. Tiba-tiba dia teringat latihan sebentar tadi. Dhia bercakap dengan Danish dengan nada yang mesra. Seperti kawan rapat.
Tapi dia sedar semua ini bermula dengan sikapnya. Kalau daripada dahulu dia tidak menyakitkan hati Dhia, mungkin sekarang ini mereka boleh berbual seperti kawan. Sama seperi Dhia dan Danish.
"Kau buat apa lagi dekat sini? Pergilah balik" sergahan Dhia mematikan lamunan Farhan.
Pelik Dhia melihat tingkah laku Farhan yang aneh itu. Tiada angin tiada ribut tiba-tiba sahaja berhenti di hadapannya.
"Aku nak balik lah ni. Tadi motor aku ada problem sikit, itu yang berhenti. Tak tahu pulak kau dekat sini" kata Farhan, cuba 'cover' dirinya.
Dia menyarung semula topi keledar ke kepalanya dan berlalu pergi. Cuba untuk berkelakuan seperti dahulu walaupun dia ingin berubah.
Apa-apa pun, maruah dan ego tetap nombor satu.
"Memang sah dia gila" kata Dhia dengan perlahan apabila melihat Farhan berlalu pergi.
Selang 10 minit, kereta Axia berwarna putih milik kakak Dhia, Adina menyusur masuk ke dalam kawasan sekolah.
"Sampai pun"
Tanpa menunggu lama, Dhia terus masuk ke dalam kereta dan kereta Adina berlalu pergi.
Dari kejauhan, sepasang mata melihat kereta yang baru dinaiki oleh Dhia menyusur pergi.
Baru tenang sedikit hati pemilik sepasang mata itu apabila melihat Dhia pulang dengan selamat.
Lantas gerangan itu menghidupkan semula enjin motosikal nya dan berlalu pergi daripada tempat yang sudah 10 minit dia berhenti.
Dia sendiri tidak faham apa kena dengan dirinya sehingga dia boleh risau sebegitu rupa dengan keselamatan insan bernama Dhia Erdina.
Adakah apa yang dia fikirkan selama ini memang benar-benar terjadi? Seseorang yang pernah Dhia cintai satu ketika dulu kini orang itu tiba-tiba menyimpan perasaan pada Dhia? Sungguh aneh.
thankyouuu sebab sudi baca!!
Share this novel