Kedua-dua kaki milik Faiq Farhan laju melangkah ke kelas 4 Sastera. Dia memilih untuk pergi ke kelas Dhia selepas waktu rehat kerana selalunya selepas rehat murid-murid akan bersantai di dalam kelas sementara menunggu cikgu untuk masuk.
Di tangan kanan Farhan sedang memegang diari kepunyaan Dhia. Farhan merasakan bahawa dia perlu untuk memulangkan semula buku itu kepada pemiliknya secepat mungkin walaupun dia tetap akan berjumpa dengan Dhia ketika latihan bahas petang nanti.
Entah kenapa dia berasa sedikit berdebar untuk berjumpa dengan Dhia.
Sebaik sahaja kelas 4 Sastera berada di hadapannya, Farhan meninjau ke dalam kelas untuk mencari kelibat Dhia.
'Mana pulak perempuan ni?' bisik hati Farhan.
Sedang dia mencari Dhia, kedengaran satu suara menyapanya dari belakang.
"Farhan?"
Dia menoleh ke belakang dengan pantas kerana menyangka yang menyapanya itu ialah Dhia namun sangkaan nya meleset apabila orang itu bukanlah Dhia Erdina tetapi...
"Eh, Arissa" jawab Farhan, sedikit kecewa.
"Kau buat apa dekat sini? Tak silap aku kelas kau jauh dari sini. Kau nak cari orang ke?" tanya Arissa, sedikit terkejut dengan kehadiran secara tiba-tiba Farhan itu.
Walaupun hatinya sedang berdebar dengan kencang seolah-olah ingin meletup, tetapi dia tetap gagahkan diri untuk berbual dengan Farhan.
Ya, disebabkan pertandingan matematik yang disertai oleh Farhan dan Arissa, Arissa merasakan yang hatinya sudah dicuri oleh Farhan.
Dia masih rahsiakan perkara itu daripada Dhia kerana dia juga tahu masalah antara Dhia dan Farhan. Dia juga tahu yang sebagai seorang kawan kepada Dhia, dia tidak sepatutnya menyimpan perasaan kepada seseorang yang selalu menyakitkan hati kawannya dan seseorang yang pernah kawannya suka.
Tetapi, dia tidak dapat kawal perasaannya. Setiap kali dia bertembung dengan Farhan, hatinya berdebar tidak tentu pasal.
"Aku cari Dhia. Dia ada tak?" tanya Farhan. Dia cuba untuk menyembunyikan diari Dhia di belakang nya supaya Arissa tidak perasan akan diari itu.
"Dhia? Dia tak datang hari ni. Kenapa kau cari dia?" soal Arissa dengan perasaan curiga. Kenapa pula Farhan ingin mencari Dhia sedangkan dia membenci Dhia?
"Oh, tak ada apa-apa. Kalau macam tu, aku balik kelas dulu. Bye" kata Farhan sebelum berlalu pergi.
Arissa mengerut dahinya.
'Apahal pulak dia cari Dhia? Sampai datang kelas pulak tu'
•
Petang itu, latihan bahas berjalan seperti biasa. Akibat semua orang terlalu sibuk membaca teks hujah dek kerana pertandingan semakin hampir, Danish baru tersedar yang Dhia tiada di bilik Bahasa Melayu itu.
"Dhia mana? Dia tak datang ke?" soal Danish, memecah kesunyian bilik itu. Cikgu Zaim juga masih belum masuk.
Secara spontan, Farhan dengan tidak sengaja menjawab persoalan Danish itu.
"Dhia tak datang sekolah hari ni" jawab Farhan dengan selamba.
Ketiga-tiga kepala yang berada di bilik Bahasa Melayu itu memandang Farhan sebaik sahaja mendengar jawapan daripada Farhan.
"Macam mana pulak kau yang tahu Dhia tak datang sekolah hari ni?" soal Danish.
Kepala Farhan yang memandang kertas di atas meja langsung diangkatnya. Dia baru tersedar yang dia bercakap tentang Dhia. Orang yang semua sudah sedia maklum dia tidak suka.
"Sebab aku tak nampak dia langsung hari ni. Aku teka je dia tak datang. Dhia datang ke hari ni?" tanya Farhan kepada Yaya dengan sengaja walaupun dia tahu jawapannya.
"Kak Dhia mesej yang dia tak datang" jawab Yaya.
Farhan menghembuskan nafas lega. Nasib baik tak kantoi.
Danish pula mengangguk kepala nya tanda faham.
'Kenapa pulak Dhia tak datang harini?'
•
Arissa: Esok kau datang sekolah tak?
Arissa dan Dhia sedang berkomunikasi melalui aplikasi WhatsApp.
Dhia: Tak lagi sebab aku still lagi dekat Melaka. Alang-alang hantar along aku, kitaorang jalan-jalan sekali.
Arissa: Ooo. Faham.
Dhia: Ada apa-apa yang menarik ke jadi hari ni?
Tiba-tiba Arissa teringat tentang Farhan yang mencari Dhia semasa waktu rehat pagi tadi.
Arissa: Ada! Tadi kan aku orang cari kau. Cuba teka siapa?
Walaupun Arissa tidak dapat melihat wajah Dhia, tetapi Dhia membuat riak wajah seposen apabila membaca ayat yang dihantar oleh Arissa itu.
Dhia: Siapa pulak yang cari aku?
Arissa: Musuh tradisi kau. Faiq Farhan. Dia siap datang kelas kita rehat tadi sebab nak cari kau.
Mulut Dhia terlopong besar saat membaca nama Farhan. Sama ada dia yang sedang berhalusinasi sehingga ternampak nama Farhan ataupun Arissa yang bermimpi di malam hari.
Dhia: Kau biar betul. Apa ke gila tiba-tiba Farhan gila tu nak cari aku? Kau okey ke tak ni?
Arissa sudah menjangkakan reaksi itu daripada Dhia. Bukan sahaja Dhia, malah dia juga terkedu dan terkejut apabila Farhan datang ke kelas untuk mencari Dhia pagi tadi.
Arissa juga tidak pula curiga ataupun cemburu apabila Farhan mencari Dhia. Dia memang sedia maklum tentang hubungan dingin antara Farhan dan Dhia.
Mana mungkin Farhan tiba-tiba mencari Dhia kerana dia menyimpan perasaan terhadap Dhia. Jauh di sudut hati Arissa berkata begitu untuk menyedapkan hati.
Arissa: Memang betul Farhan cari kau tadi. Aku tak tahu lah pulak kenapa dia cari kau. Mungkin pasal bahas kot?
Dhia mengangguk kecil. Ada benar juga apa yang dikatakan oleh Arissa itu. Takkan Farhan suka-suka ingin berjumpa dengannya kecuali ada hal yang mustahak dan penting.
Lihat mukanya sahaja boleh membuatkan Farhan marah tidak tentu pasal, apatah lagi ingin suka-suka berjumpa dengannya. Kepala Dhia tergeleng-geleng memikirkan perkara itu.
Dhia: Maybe. Kenapa kau tak tanya dia kenapa dia cari aku?
Arissa: Aku tak sempat tanya lagi dia dah nak 'blah'. Kau nak aku kejar dia pulak ke?
Dhia tergelak kecil membaca balasan mesej daripada Arissa.
Dhia: Tak ada lah sampai macam tu. Dah lah, aku nak tidur. Bye
Arissa: Eee. Kurang ajar betul dia bye macam tu je. Dah lah, bye.
Sebaik sahaja Dhia menutup telefon pintar nya, dia meletakkan telefon itu di atas meja bersebelahan katil.
Dia tidak dapat berhenti berfikir sebab dan punca Farhan yang sangat membenci dirinya datang mencari dia di kelas sedangkan jarak antara kelas mereka agak jauh.
"Ah! Betullah kot cakap Arissa dia cari aku sebab bahas. Dhia, kau tak payah fikir lebih-lebih. Jangan nak mengada-ngada" kata Dhia dengan perlahan, bimbang ada orang lain mendengar nya.
Sepuluh minit kemudian, Dhia terlelap.
thankyou!!
Share this novel