"Arissa! Aku malas lah nak mengadap muka manusia tu. Tolong lah aku" kata Dhia daripada hujung talian. Dhia yang sedang dalam perjalanan menuju ke bilik Bahasa Melayu sambil membuat panggilan dengan Arissa.
Hari itu adalah hari pertama latihan bahas diadakan. Dari pagi dia asyik memikirkan apa yang akan berlaku sepanjang dia dan Farhan duduk bersama dengan peserta bahas yang lain berada dalam satu bilik.
Bukan untuk sehari sahaja tetapi sehingga pertandingan bahas diadakan.
"Dhia, kau tenang je. Kalau dia sibuk menyakitkan hati kau, kau buat pekak je. Anggap je dia tu sakit jiwa" balas Arissa.
Kadangkala Arissa juga tidak tahu mahu buat apa jika masalah Dhia berkaitan dengan Farhan. Apa yang dia mampu hanya memberi nasihat pada Dhia untuk kuat kerana dia sendiri tidak boleh untuk menutup mulut Farhan.
"Dia sakit jiwa tu memang ya. Tapi aku rasa lama-lama nanti aku pun boleh sakit jiwa bila dekat dengan dia. Okey lah Arissa, aku dah sampai dah dekat depan bilik Bahasa Melayu ni. Kau doakan lah aku kuat untuk tempuhi 2 jam bersama dengan Faiq Farhan. Bye" kata Dhia kemudian mematikan panggilan itu.
Arissa ketawa kecil mendengar kata-kata Dhia. Kalau boleh, dia juga ingin melihat apa yang akan terjadi nanti.
"Bismillahirrahmanirrahim, harap-harap dia tak ada. Amin" kata Dhia perlahan.
Disebabkan bilik itu tingkapnya ditutupi dengan 'wallpaper', jadi dia tidak boleh melihat siapakah yang ada di dalam bilik itu. Sama ada Farhan ada atau tidak, dia tidak tahu.
Sebaik sahaja daun pintu dibuka oleh Dhia, kedengaran satu suara yang sangat dia kenali.
"Lambat! Kau ingat kau anak CEO Megah Holding ke nak datang suka hati kau? Semua orang dah datang, dia melenggang baru nak datang" kata Farhan.
Dhia malas untuk berbalah dengan Farhan kerana masih awal lagi. Dia juga baru sahaja sampai. Jadi, Dhia hanya mendiamkan diri sahaja.
Benar kata Farhan, semua orang sudah ada kecuali Cikgu Sofea masih belum sampai. Dia melihat Farhan sedang duduk di meja bersebelahan dengan Danish yang melihatnya dengan senyuman yang bersalah. Bersalah dengan perangai tak betul kawannya itu.
Dhia tidak tahu ingin membalas atau tidak senyuman Danish itu dan mengambil keputusan hanya membiarkan sahaja. Dia kemudian mengambil tempat di meja.
Disebabkan di dalam bilik Bahasa Melayu itu mejanya disusun secara dua-dua, jadi Dhia terpaksa duduk seorang diri kerana Areen sudah duduk bersama dengan Yaya.
Dhia juga bukanlah seorang yang peramah yang boleh cepat menyesuaikan diri dengan orang lain.
10 minit kemudian, pintu dibuka dan Cikgu Sofea muncul di muka pintu.
"Okey, semua dah sampai. Hari ni cikgu nak terangkan dekat awak semua sebagai perdana menteri, menteri kedua, ketiga, keempat dan kelima" kata Cikgu Sofea sambil memandang wajah seorang demi seorang mengikut jawatan mereka yang disebut.
Semua yang berada di dalam bilik Bahasa Melayu itu mendengar penjelasan Cikgu Sofea dengan teliti.
"Okey, tapi sebelum tu cikgu akan terangkan sikit pasal pertandingan bahas. Masa pertandingan nanti akan ada dua belah pihak iaitu kerajaan dan pembangkang. 5 orang kerajaan dan 5 orang pembangkang. Nanti jugak akan ada orang yang jaga masa dan yang akan tekan loceng sebab awak semua perlu bagi hujah awak dalam masa 8 minit sahaja. Tapi untuk menteri keempat dan kelima, awak berdua seminit sahaja. Nanti cikgu akan terangkan dengan lebih lanjut. Dan akan ada juri" terang Cikgu Sofea.
Selesai Cikgu Sofea menerangkan sedikit tentang pertandingan bahas, dia menerangkan pula tentang tugas masing-masing.
"Cikgu akan terangkan kalau kita dekat pihak kerajaan dulu tau. Danish sebagai perdana menteri, awak yang pertama. Kerja awak agak senang. Awak perlu terangkan pembahagian tugas menteri-menteri awak, definisi usul dan hujah pertama. Itu cikgu terangkan secara ringkas lah" kata Cikgu Sofea sambil memandang Danish.
Kemudian dia beralih pula kepada Farhan.
"Awak menteri kedua kan?" tanya Cikgu Sofea dan Farhan mengangguk.
"Kerja awak banyak sikit berbanding dengan Danish. Awak kena bidas ketua pembangkang punya hujah. Sebab lepas Danish bangun, ketua pembangkang iaitu pihak lawan akan bangun dan lepas dia duduk, awak yang akan bangun. Dia macam selang seli. Perdana menteri, ketua pembangkang, menteri kedua, pembangkang kedua, menteri ketiga dan pembangkang ketiga. Faham tak?"
Farhan mengangguk.
"Jadi tugas awak, awak kena bagi hujah kedua dengan ketiga. Sebab setiap usul, dia akan ada tiga hujah. Usul tu apa , hujah tu apa nanti cikgu terangkan. Jadi, awak kena bidas dulu ketua pembangkang. Tapi tak perlu bidas banyak banyak sebab nanti yang akan bidas banyak menteri ketiga" kata Cikgu Sofea sambil menunjukkan ke arah Dhia saat menyebut menteri ketiga.
Jantung Dhia berdebar. Bidas banyak? Dengar macam susah je.
"Itu je tugas awak, Farhan. Dan Dhia sebagai menteri ketiga, kerja awak, awak kena bidas setiap hujah pihak lawan. Ketua pembangkang dengan pembangkang kedua. Kalau Danish dengan Farhan, diaorang berdua ada skrip tapi awak tak. Kerja awak, awak kena dengar betul-betul hujah pembangkang dan awak catat apa yang awak rasa salah dekat hujah diaorang. Antara semua, tugas awak yang mencabar sikit sebab awak buat kerja awak dekat situ jugak. Jadi, Dhia okey?"
Dhia tergamam. Patutlah kakaknya menyuruh dia supaya lakukan betul-betul.
"Insyaallah cikgu, boleh" jawab Dhia dengan perlahan.
"Baik. Areen dengan Yaya pulak, awak berdua kena bagi celahan. Contohnya, masa pihak lawan tengah bagi hujah, contohnya macam menteri kedua tengah berhujah, awak boleh bangun dan cakap "Izin celahan yang dipertua" dan awak boleh baca celahan awak. Seminit je masa dia sebab kalau lebih, tak dikira. Celahan tu dia macam contoh akhbar-akhbar untuk menyokong usul yang pihak awak bawa. Seorang satu celahan. Memang senang tapi suara awak kena kuat dan lantang supaya Yang Dipertua nampak awak"
Terangguk-angguk kepala Areen dan Yaya menandakan mereka faham. Hati mereka juga gembira kerana tugas mereka berdua lebih mudah jika nak dibandingkan dengan tiga orang senior mereka itu.
•
Selepas hampir setengah jam Cikgu Sofea menerangkan kepada semua menteri menterinya tentang bahas, termasuk menjawab soalan yang ditanya akhirnya semua boleh membuat kerja masing-masing.
"Usul pertama kita ialah 'Rakyat Sihat Menjamin Negara Sejahtera'. Awak semua dah faham kan usul tu apa?" soal Cikgu Sofea
"Dah" Jawab semua.
"Baik, kerja awak semua harini cari 'point' atau isi untuk hujah. Danish cari untuk hujah pertama, Farhan kedua dan ketiga, Areen dengan Yaya cari keratan-keratan akhbar yang berkaitan dengan usul. Dhia pulak awak cari statistik atau fakta-fakta yang boleh awak guna untuk bidas hujah pihak lawan. Saya sekarang ni tengah ada kelas tambahan dengan pelajar tingkatan 5. Jadi, saya tinggalkan awak semua dekat sini boleh? Sekejap lagi saya datang balik dan nak tengok apa yang awak dah dapat" ujar Cikgu Sofea.
Sejurus selepas Cikgu Sofea meninggalkan bilik Bahasa Melayu itu, kelima-lima pelajar yang berada di situ mengeluarkan telefon pintar masing-masing dan mula mencari apa yang perlu mereka cari.
"Kau nak pergi mana?" tanya Farhan apabila melihat Danish bangun dari kerusi.
Danish tidak menjawab sebaliknya hanya melihat sekilas wajah Farhan.
Dhia yang mula menaip di ruang carian tajuk usul mereka iaitu 'Rakyat Sihat Menjamin Negara Sejahtera' mengangkat kepalanya apabila ada suara menyapanya.
"Erm, hai" sapa Danish.
Dhia terkedu seketika. Bukan sahaja Dhia malah Farhan juga.
Lambat lambat Dhia menjawab sapaan Danish itu.
"Hai"
"Aku duduk sebelah kau boleh? Aku tengok kau macam sorang-sorang je" kata Danish dengan penuh sopan.
Berbanding dengan Farhan yang mulutnya, masyallah.
Areen dan Yaya yang melihat juga situasi itu tersenyum malu sesama sendiri tetapi Farhan pula sebalik nya.
Mulut Farhan terlopong dan matanya berkedip kedip melihat temannya yang dia anggap tidak betul itu. Danish biarkan dia duduk seorang diri dan pergi tawar diri untuk duduk sebelah Dhia yang tidak pernah bercakap dengan dia sebelum ini.
Dhia yang masih terkedu tanpa berfikir panjang mengangguk kepala.
"Duduk lah" jawab Dhia, perlahan.
Danish yang mendapati suasana janggal antara mereka berdua lantas bersuara.
"Aku mintak maaf lah bagi pihak Paan pasal mulut dia tu. Aku dah tak tau nak cakap macam mana lagi supaya dia bagi kau hidup dengan tenang"
"Eh, tak apa. Kau jangan pulak rasa bersalah. Lagipun, telinga aku pun dah biasa dengar. Lali dah" kata Dhia sambil tersenyum kecil.
Farhan yang melihat Danish dan Dhia berbual melihat mereka berdua kecil besar sahaja.
'Apa kena dengan mamat ni? Dalam diam bercinta ke apa dengan perempuan tu?' bisik hati Farhan.
Oleh kerana malas untuk berfikir dengan lebih panjang, Farhan menyambung membuat tugasnya yang lebih bermanfaat.
thankyou sebab sudi baca ( ◜‿◝ )♡ sorry atas kekurangan and sorry for late update :'(
Share this novel