Bab Akhir

Drama Completed 14262

Pagi hari Isnin itu menjadi saksi kepada keceriaan Dhia Erdina hadir ke sekolah setelah hampir seminggu tidak memunculkan dirinya kerana kakinya yang terseliuh.

Tepat pada pukul 7:15 pagi, Dhia sudah berada di dalam kelas kesayangannya, 4 Sastera. Sambil menunggu Arissa untuk sampai, Dhia mengeluarkan buku latihannya dan menyiapkan sedikit tugasan yang dia masih tidak siapkan lagi.

Jauh dalam sudut hatinya, dia tidak sabar untuk menunggu waktu rehat pada hari itu. Entah kenapa dia merasakan yang dia ingin melihat wajah seseorang yang sudah dalam tidak menyapa matanya. Rindu? Benarkah dia rindu akan 'orang' itu?

Orang yang membuatkan hatinya tidak tentu arah.
Dhia hanya tersenyum kecil seorang diri sambil menulis jawapan di buku latihannya.

'Ish, Arissa ni tiba-tiba pulak hari ni dia kena bertugas dekat koperasi. Dah aku pulak kena rehat seorang' bebel Dhia dalam hati.

Dia baru sahaja pulang dari kantin sekolah dan dalam perjalanan untuk balik ke kelasnya. Disebabkan Arissa bertugas di koperasi, hanya dia seorang sahaja tanpa berteman pulang ke kelas.

Tentang Arissa satu masalah, ada juga masalah lain yang timbul.

Sejak daripada tadi mata Dhia melilai cuba untuk mencari satu gerangan yang dari pagi dia nantikan kehadirannya.

Tetapi hingga ke saat ini, gerangan itu tidak muncul-muncul. Puas Dhia menoleh ke kanan, menoleh ke kiri namun tiada.

'Dia tak datang kot. Tak apa lah, nanti-nanti je lah' bisik Dhia dalam hati. Dia sudah berputus asa untuk mencari gerangan yang dinantikan nya.

Sewaktu dia ingin membelok ke arah kanan, tiba-tiba jantungnya bagai terhenti. Insan yang satu itu secara tiba-tiba muncul di laluannya. Mata mereka berdua berlaga selama sesaat dan mereka terus berjalan seolah-olah tidak mengenali satu sama lain.

Dhia tidak mampu untuk menyimpan perasaan gembira nya. Terukir satu senyuman lebar di bibirnya tanda dia tersangat gembira dek kerana pertemuan yang tidak disangka itu.

Walaupun mata mereka bertembung selama satu saat, tetapi itu mampu untuk membuatkan hatinya berdegup dengan kencang.

'Aduhai, nampaknya cinta memang berputik kembali' bisik hati Dhia.

Faiq Farhan berhenti daripada berjalan sejenak apabila melihat gerangan yang berselisih dengannya sebentar tadi.
'Dhia?'

Dia melihat ke belakang untuk memastikan benar atau tidak apa yang dia sangka dan ternyata benar. Orang yang berselisih dengannya sebentar tadi tidak lain tidak bukan Dhia Erdina.

"Kaki dia dah elok ke?" Timbul perasaan prihatin dalam dirinya ketika itu.

Kalau diikutkan hati, ingin saja dia berlari mendapatkan Dhia dan bertanyakan tentang kaki Dhia yang terseliuh tempoh hari.

Tetapi apabila teringatkan tentang Danish, dia langsung melupakan hasrat nya. Biarlah dia menjarakkan dirinya dengan Dhia.

Mana tahu jika ada jarak antara mereka, itu dapat membuatkan perasaan dia terhadap Dhia pudar.

Farhan menghela nafas berat. Wajah Dhia yang sempat dilihat secara sekilas pandang tadi bermain di fikiran nya. Andai sahaja wajah itu satu hari nanti akan menjadi miliknya. Itulah harapannya.

"Dhia" panggil Arissa. Jam di dinding kelas menunjukkan pukul 2:10 petang. Kelas 4 Sastera ketika itu sedang sibuk mengemas barang-barang mereka untuk pulang ke rumah.

Dhia mengangkat kepalanya yang sedang mengemas beg sekolah.

"What?" soal Dhia, ringkas.

"Kau nak tahu something tak?" tanya Arissa. Beg sekolahnya disandang di bahu dan berdiri di hadapan Dhia.

"Apa?" Kelihatan wajah Dhia teruja untuk mendengar apa yang ingin disampaikan oleh Arissa.

"Aku ada crush!" beritahu Arissa dengan gembira. Sudah lama dia menyimpan rahsia ini. Dia tekad untuk berkongsi rahsia ini bersama dengan kawan baiknya.

"Siapa, hah?! Kau, diam-diam ek!" tanya Dhia. Beg sekolah dia juga disandang di bahu dan kemudian mereka berdua berjalan ke luar kelas.

"Tapi aku malu lah nak cakap" Tersenyum senyum Arissa memandang Dhia kerana malu untuk memberitahu siapakah gerangan yang dia suka dalam diam itu.

"Tak payah nak mengada. Bagi tahu sekarang. Siapa? Form berapa? Kelas apa? Dah lama ke kau suka dia?" soal Dhia bertalu-talu.

"Lama tak lama jugak lah"

Arissa diam selama lima saat sebelum menguatkan dirinya untuk memberi tahu siapakah orang itu.

"Aku bagitahu terus je lah siapa dia. Okey. 1 2 3, Faiq Farhan" Saat Arissa menyebut nama Farhan, Arissa membisikkan namanya ke telinga Dhia.

Dek kerana jelas mendengar nama Faiq Farhan yang dibisik oleh Arissa hampir membuatkan Dhia berhenti berjalan.

Baru sahaja sewaktu rehat tadi dia merasakan detik bahagia yang indah. Kini, dia dikejutkan dengan berita yang langsung sedikit pun dia tidak terfikir akan terjadi.

Arissa... Suka Farhan?

Dua minggu kemudian,

Dhia Erdina terkejar-kejar untuk ke makmal Sains. Kelasnya sudah kosong. Semua orang sudah berada di makmal Sains kecuali dia sahaja. Ini semua gara-gara perutnya yang tiba-tiba buat hal.

Dhia mencapai buku latihan, buku teks Sains Tingkatan Empat dan bekas pensil nya. Tanpa berlengah, Dhia berlari menuju ke makmal Sains.

Semasa dalam perjalanan menuju ke makmal Sains, satu gerangan menyapa matanya. Langkah yang pada awalnya laju, terus perlahan seolah-olah ditekan oleh brek kecemasan.

Gerangan itu sedang berada bertentangan dengan nya. Walaupun jarak mereka jauh, tetapi Dhia kenal benar dengan insan itu. Insan yang selalu berada dalam ingatannya.

Faiq Farhan yang terkesima melihat Dhia yang sedang berada di laluannya mencengkam kuat buku-buku latihan yang dia ingin hantar ke bilik guru.

Dhia.

Tidak semena-mena, dia teringat sesuatu. Suatu ketika dulu, dia tidak ingat bila tarikhnya tetapi kira-kira pada waktu yang sama, situasi ini pernah berlaku. Situasi di mana Dhia dan dia berada di laluan yang sama dan mereka berada bertentangan sesama sendiri.

Tetapi dahulu, dia menyakiti hati Dhia dengan kata-katanya yang tidak sopan. Tetapi kini, dia pula yang tersakiti oleh kerana keadaan.

Tanpa dia tahu, bukan dia sahaja yang tersakiti, tetapi Dhia juga sama.

Dhia tidak ingin berlama lama di situ. Tambahan pula dengan kehadiran Farhan. Tanpa berlengah, Dhia melangkah dan melangkah begitu juga dengan Farhan sehingga mereka berselisih antara satu sama lain seperti mereka tidak pernah kenal selama ini.

Tiada siapa antara mereka ingin menjelaskan apa-apa kerana ingin menjaga hati kawan baik masing-masing.

Dhia menggenggam hujung baju sukannya sebaik sahaja Farhan hilang daripada pandangan manakala cengkaman Farhan pada buku-buku latihan itu semakin kuat.

Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang dirasakan oleh dua insan itu.

"Semua orang boleh merasai cinta tapi tak semua boleh memiliki cinta" Dhia Erdina

"Jangan pernah menghina cinta seseorang kerana cinta datang dari hati dan hati adalah tempat yang paling jujur" Faiq Farhan

and its the end!! sorryy kalau ending dia bukan happy endinggg. its just, dina nak buat something yang memang happen in real life. bukan semua org boleh memiliki cinta walaupun dia mencintai seseorang. kadangkala seseorang tu hanya ditakdirkan untuk mencintai tapi bukan memiliki. jadi tercipta lah Bukan Cerita Cinta ni. insyaallah, kalau diberikan kesempatan dina buat Bukan Cerita Cinta 2 pulak. jalan cerita dah ada dalam kepala, ending pun dh ada. HAHAHA so, harap korng dpt sokong novel yg akan menyusul walaupun kdg kdg tu mcm krik krik je hehe. okeylah, till then, bye! its a wrap for Dhia and Farhan!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience