"Arissa, malasnya aku nak pergi latihan petang ni. Nanti kena berlatih jadi menteri ketiga lagi, dah tu kena mengadap muka Farhan tak gun tu pulak. Argh!" kata Dhia Erdina.
Dia dan Arissa sedang mengemas buku-buku mereka untuk pulang ke rumah. Di dalam kelas ketika itu hanya tinggal mereka berdua sahaja kerana yang lain sudah balik.
Mendengar kata-kata Dhia membuatkan Arissa teringatkan sesuatu perkara.
"Oh ye lah! Aku baru teringat, tadi masa lepas rehat aku kan hantar buku sastera dekat bilik guru lepas tu aku terjumpa dengan Cikgu Nazirah. Dia cakap aku wakil kelas kita untuk pertandingan matematik ape entah untuk semua tingkatan empat. Cikgu Nazirah cakap kelas Akaun, Farhan yang jadi wakil" cerita Arissa panjang lebar.
Secara tiba-tiba Dhia yang mulanya lemau bertukar menjadi bersemangat.
"Maksudnya Farhan tak boleh teruskan dengan pertandingan bahas lah kan sebab dia ada commitment lain" kata Dhia.
Jelas di wajahnya yang dia teruja dengan penarikan diri Farhan yang belum tentu pasti itu.
"Itu aku tak pasti lah pulak. Tapi aku tak rasa matematik ni boleh kacau dia punya bahas. Entah lah, aku pun tak tahu. Kau jangan excited sangat dia keluar bahas. Belum tentu pun lagi"
Kata-kata Arissa itu mematikan senyuman Dhia.
"Ala, baru nak aman dengan ketiadaan dia" kata Dhia perlahan.
Sementara itu di dalam kelas 4 Akaun,
"Paan, latihan petang ni aku tak datang tau" kata Danish.
Tangan kanannya mencapai beg sandang lalu disandangnya ke belakang badan.
"Aduh, apahal? Malas lah aku pergi jugak. Dah aku seorang je nanti kau tak ada" jawab Farhan sambil mengikuti Danish daripada belakang
"Aik, bukan kau dah biasa ke duduk seorang masa aku duduk sebelah Dhia" Sengaja Danish mengusik Farhan.
Farhan memandang wajah Danish dengan pandangan yang tajam.
"Itu kau yang bermasalah. Tak ada tak ada ribut tiba-tiba nak berkawan dengan dia. Lagi pun, walaupun kau duduk sebelah perempuan tu pun kau still dalam bilik itu. Tak ada lah aku seorang je lelaki" jawab Farhan.
"Ah kau! Tak payah nak mengada-ngada. Bukannya lama pun latihan. Atok dengan nenek aku nak datang rumah, itu yang aku tak boleh datang. Kan aku cucu kesayangan jadi kenalah ada dekat situ"
Farhan menunjukkan reaksi seperti ingin muntah setelah mendengar kata-kata Danish.
Mereka diam seketika semasa dalam perjalanan menuju ke tempat letak motosikal apabila tiba-tiba Danish bersuara.
"Paan, masa latihan nanti kau tak payah lah bergaduh dengan Dhia. Biar je dia seorang, kau tak payah sibuk nak kacau dia" kata Danish.
Farhan sedikit terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh Danish.
"Kau suka perempuan tu ke apa?" tanya Farhan tanpa berselindung.
"Eh, mana ada. Cuma, kesian lah dekat dia. Dia tak buat salah apa-apa pun dekat kau sampai kau kena kacau hidup dia macam tu"
Danish tidak tahu entah keberapa kali dia menasihati Farhan untuk biarkan Dhia hidup dengan tenang.
Nasihat-nasihat nya umpama mencurah air ke daun keladi. Walau beribu nasihat diberi, sedikit pun tidak menjentik hati Farhan untuk mendengar nasihatnya.
"Tengok lah dulu keadaan macam mana" jawab Farhan sambil memakai topi keledar.
Danish hanya mampu mengeluh melihat perangai kebudak-budakan Farhan itu.
•
Dhia membuka pintu bilik Bahasa Melayu dengan perlahan. Dia melihat bilik itu masih kosong. Tiada orang lagi yang sampai.
Kakinya melangkah ke tempat duduk biasa nya dan duduk di situ. Fail-fail yang berada di tangan diletakkan di atas meja.
Begitu banyak kertas yang diperlukan sehingga menyebabkan dia menggunakan fail agar kertas-kertas itu tidak rosak ataupun hilang.
Dhia termenung sejenak.
"Bosannya" kata Dhia dengan perlahan.
Dia melihat jam di dinding yang menunjukkan baru pukul 2:50 petang. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia datang awal ada hari itu.
Fail di atas meja dipandang kemudian Dhia menghela nafas panjang. Bila dia fikir tentang jawatannya, semakin kuat rasa hatinya ingin keluar dari bilik itu.
"Malas lah aku buat bidasan"
Dhia mengeluarkan telefon pintar nya dari dalam poket dan dibukanya. Aplikasi WhatsApp dibuka. Tiada siapa yang menghantar dia mesej. Kemudian dia melihat ruang status.
Matanya tertancap pada status yang dibuat oleh abahnya, Encik Khalid.
'Abah buat status. Lain macam' bisik hati Dhia Erdina.
Tanpa berlengah, ibu jarinya menekan status yang dimuatnaik oleh abahnya. Saat gambar status Encik Khalid sudah terpampang di skrin telefon Dhia, Dhia tersentak.
Gambar yang dimuatnaik oleh Encik Khalid itu adalah gambar ketika anak sulungnya, Azrul dan anak keduanya iaitu Adina konvokesyen.
Kedua mereka sangat cemerlang ketika zaman universiti. Memang mengikut jejak langkah Encik Khalid dan Puan Irma.
'Proud with my son dan daughter' tulisan Encik Khalid diselit kan bersama dengan gambar-gambar itu.
Dhia terdiam.
Adakah perlu abahnya hanya memuatnaik gambar along dan angah sahaja? Apa dia bukan anak abahnya juga? Adakah dia tidak pernah capai apa-apa kejayaan yang boleh dibanggakan oleh abahnya itu?
Telefon pintar itu ditutup nya dengan segera. Dhia bersandar di kerusi.
Fikirannya ketika itu serabut. Sebentar nanti dia perlu menjadi menteri ketiga yang menyesakkan fikiran nya.
Tambah pula dengan status oleh abahnya yang tidak diundang. Itu belum lagi kalau Farhan mengacaunya.
Sungguh, dia penat.
Sedang Dhia melayan perasaan, pintu itu dibuka. Areen dan Yaya muncul di muka pintu. Secara spontan, Dhia menguntumkan senyuman kecil kepada mereka berdua.
"Hai Kak Dhia" sapa Yaya dengan mesra.
"Hai" jawab Dhia dengan mesra juga. Kehadiran Areen dan Yaya dalam pasukan bahas itu sangat lah dia syukuri.
Mereka berdua bersifat periang yang selalu membuat Dhia gembira. Tapi kalau diikutkan, hanya Farhan sahaja yang bermasalah di situ. Yang lain semuanya baik sahaja.
Areen dan Yaya juga sudah lali melihat Farhan mencari pasal dengan Dhia. Mereka sangat tertanya-tanya mengapa Farhan rajin benar mengacau hidup Dhia.
Tetapi untuk menjaga hati Dhia, mereka hanya mendiamkan diri.
"Awalnya akak datang. Awal-awal nak pergi mana kak?" gurau Areen.
"Itu lah tu. Akak pun tak tau kenapa akak datang awal. Korang berdua dah siap ke semua celahan?" tanya Dhia cuba untuk melupakan masalahnya sebentar tadi.
"Dah siap dah. Kitaorang dah siap celahan untuk semua usul kita" jawab Areen. Yaya pula mengangguk kepala tanda mengiyakan.
"Seronoknya korang berdua jadi celahan. Jom tukar dengan akak nak?"
"Uish akak, tak nak" Beria mereka berdua menggeleng kepala. Melihat Dhia jadi menteri ketiga sahaja sudah rasa susah, apatah lagi betul-betul menjadi menteri ketiga.
Sedang mereka bertiga rancak berbual, Farhan masuk ke dalam bilik itu. Kehadiran Farhan itu membuatkan Dhia secara tiba-tiba hilang semangat. Seolah-olah Farhan itu membawa aura yang tidak baik.
Farhan duduk di tempat biasa nya tanpa mempedulikan mereka bertiga.
Dhia melihat pintu bilik itu. Lama dia memandang pintu itu tetapi Danish masih tidak memunculkan diri.
'Mana Danish?' bisik hati Dhia.
Ikutkan hati, dia ingin bertanya pada Farhan tapi sebelum dia bertanya lebih baiklah dia melupakan hasrat hatinya itu.
Mungkin belum sempat dia bertanya, Farhan sudah terlebih dahulu mengeluarkan kata-kata nya yang menyakitkan hati.
'Haih. Bilalah dia ni nak keluar bahas. Selagi dia ada, tak tenang hidup aku' kata Dhia dalam hati.
thankyouuu!!
Share this novel