Sebulan sebelum ...
Dhia Erdina melihat Faiq Farhan dari jauh. Sudah 10 minit dia menunggu Farhan untuk keluar dari kelas 4 Akaun dengan sabar dan akhirnya penantian nya berakhir apabila wajah Farhan menyapa matanya. Pada hari itu, dia ingin melakukan sesuatu perkara yang agak penting iaitu meluah rasa hatinya.
Disebabkan kelas terakhir Farhan adalah subjek Matematik Tambahan, sudah menjadi kebiasaan untuk cikgu 'Addmath' untuk melepaskan muridnya lewat.
Dhia mengekori Farhan yang ingin pulang. Walaupun jantung nya berdegup dengan tersangat laju tetapi dia sudah bertekad untuk meneruskan misi nya. Dia juga bernasib baik kerana ketika itu Farhan hanya berseorangan dan tidak berteman.
'Okey. Kau boleh, Dhia' bisik hati Dhia sambil menarik nafas mencari kekuatan.
Langkahnya dipercepatkan supaya seiring dengan Farhan. Sesudah dia merasakan masa yang sesuai, dia memberanikan diri untuk bersuara.
"Farhan" panggil Dhia. Hanya dia saja tahu bagaimana keadaan jantungnya ketika itu.
Farhan memalingkan mukanya untuk melihat siapa yang memanggilnya. Keningnya berkerut apabila melihat wajah Dhia.
"Ye? Ada apa?" jawab Farhan. Dia langsung tidak mengenali Dhia. Mungkin dia pernah melihat Dhia tetapi hanya terserempak begitu sahaja.
Dhia menelan air liurnya kerana gugup. Itulah kali pertama dia berbual dengan Farhan tambahan pula secara berhadapan sebegitu.
"Erm.. Saya Dhia dari kelas 4 Sastera. Saya tahu awak tak kenal saya tapi... Saya cuma nak cakap yang saya dah lama suka awak" Akhirnya keluar juga ayat keramat itu.
Farhan sedikit tercengang. Sudahlah dia tidak kenal siapa perempuan itu, tiba-tiba pula mengatakan yang dia sudah lama menyimpan perasaan padanya.
Farhan ketawa kecil dengan nada mengejek. Dhia terkejut dan terasa tersangat malu ketika itu apabila mendengar Farhan ketawa.
"Kau? Suka aku? Hey! Aku kenal kau pun tak yang tiba-tiba kau luah perasaan dekat aku apahal? Kau cakap tadi yang kau kelas 4 Sastera? Cermin lah diri tu sikit. Kau tu kelas Sastera, aku ni kelas Akaun. Kau tak setaraf lah dengan aku. Rupa pun tak ada, ada hati nak aku. Berambus lah. Buang masa aku je"
Farhan menolak sedikit badan Dhia menggunakan beg yang disandangnya di bahu kanan.
Dhia terkedu. Dia tidak menyangka Farhan akan melontarkan kata-kata seperti itu. Cintanya bukan sahaja ditolak malah dia dihina umpama dia tidak punya harga diri.
Dia masih boleh terima jika Farhan tidak menerima cintanya tapi untuk menghina dia... Dia tidak pernah sangka perangai Farhan sebegitu rupa.
Cecair jernih mengalir di pipinya saat dia memerhatikan Farhan berlalu pergi meninggalkan dia di situ.
'Aku harap yang aku tak pernah kenal kau, Faiq Farhan'
assalamualaikum and haii! i'm coming back with a new story! (ノ^_^)ノ story kali ni dia just pendek je. dalam berapa bab je sbb Dina mmg decide nak buat cerita yang light ii je. so, mcm biase thankyou bagi yg sudi baca and sorry atas kekurangan ( ◜‿◝ )♡
Share this novel