Bab 10

Drama Completed 14262

Faiq Farhan mengeringkan rambutnya yang basah dengan menggunakan tuala kecil lalu diletakkan tuala di tempat penyangkut. Dia rasa penat yang lain macam hari itu.

"Ini semua salah Dhia. Kalau dia tengok kereta tu betul-betul, tak payah aku nak kena berlari selamatkan dia. Menyusahkan betul" rungut Farhan, perlahan.

Dia merebahkan badannya di atas katil dan tidak sampai 10 saat dia baring, dia teringat yang ada kerja sekolah yang perlu dia siapkan.

Dengan hati yang berat, Farhan bangun daripada perbaringan dan mencapai beg sekolah nya yang berada di meja sebelah katil. Disebabkan malas, dia bercadang untuk menyiapkan kerja sekolahnya di atas katil dan bukan di meja belajar.

Semasa Farhan ingin mengeluarkan buku latihan dari dalam beg sekolah, tangannya terpegang buku yang asing baginya. Tanpa berlengah, dia membawa keluar buku itu.

"Lah, buku minah ni rupanya"

Farhan melihat-lihat buku itu seperti sebuah diari. Dia membelek buku itu dengan perasaan yang penuh ingin tahu isi kandungan buku itu. Secara tiba-tiba, muncul idea nakal di fikiran Farhan.

"Kalau aku baca sikit apa yang ada dalam ni, tak salah kot" kata Farhan dengan perlahan dan mula membuka kulit buku itu.

Tertera di muka surat pertama nama Dhia yang menunjukkan itu kepunyaannya.

'DHIA ERDINA BINTI AHMAD KHALID'

"Beria sangat letak nama penuh. Ingat kertas exam ke apa letak nama panjang. Dah macam buku budak-budak" Belum apa-apa lagi, nama yang Dhia tulis sudah Farhan kritik.

Farhan menyelak muka surat seterusnya. Selepas satu muka surat, muka surat seterusnya sehingga ke muka surat terakhir yang mempunyai coretan oleh Dhia.

Kebanyakan apa yang Dhia tulis adalah tentang apa yang terjadi dalam kehidupan seharian nya.

Contohnya seperti dia mendapat keputusan yang cemerlang, dia terpilih untuk masuk dalam bahas, sambutan hari jadinya dan perkara-perkara biasa.

Tiada sedikit pun Dhia coretkan mengenai keluarga nya. Mahupun nama Faiq Farhan.

Sesudah di muka surat yang terakhir, Farhan terdiam seketika.

"Dia cakap yang dia suka aku. Satu pun nama aku tak ada dia tulis dalam buku ni" kata Farhan tanpa menyedari mengapa dia tercari-cari namanya dalam buku milik Dhia itu.

Disebabkan Farhan merasakan buku itu bosan, dia sengaja untuk melihat halaman belakang buku itu tanpa memikirkan apa-apa.

"Eh" Farhan terkejut apabila melihat di halaman belakang buku itu ada coretan yang lain. Seperti coretan yang diasingkan ataupun lebih kepada coretan rahsia.

Di halaman belakang yang pertama, Dhia coretkan tentang kali pertama dia melihat Farhan dengan perasaan yang lain walaupun dia memang sudah mengenali Farhan sejak mereka di tingkatan satu lagi. Dalam hati, Dhia merasakan perasaan yang tidak pernah dia rasa.

Tanpa menunggu lama Farhan terus menyelak muka surat yang lain. Di muka surat lain, Dhia menceritakan tentang kebaikan yang dilakukan oleh Farhan yang dia nampak dalam diam.

Pertama sekali, Dhia ternampak Farhan memberi laluan kepada budak sekolah rendah yang sedang jalan di laluannya. Walaupun mungkin orang lain merasakan perkara itu biasa, tetapi bagi Dhia perkara itu luar biasa.

Selepas itu, Dhia selalu melihat Farhan menolong cikgu semasa hari sukan tempoh hari. Walaupun tiada sebab untuk Farhan pergi ke padang kerana dia tidak memasuki apa-apa acara sukan, Farhan tetap datang ke padang hanya untuk menolong cikgu menguruskan pelajar yang bertanding acara sukan petang itu.

Perkara itu membuatkan perasaan Dhia bertambah kuat.

Selain itu, Dhia juga ada ternampak Farhan menolong cikgu menyapu sampah di dewan selepas tingkatan empat tamat menjalani ujian mendengar di dewan.

Farhan dengan rela hati ingin menyapu sampah walaupun cikgu di situ tidak menyuruhnya.

Di samping itu, sikap Farhan yang ramah dan 'friendly' dengan semua rakan-rakan nya membuatkan Dhia suka melihatnya.

Akhirnya Farhan sampai di coretan Dhia tentang hari yang Dhia meluahkan perasaan dia pada Farhan.

Di muka surat itu, Dhia meluahkan segala perasaan nya di situ. Dia kecewa, malu, sedih dan menyesal dengan perbuatan nya.

Dia juga ada coret yang sepatutnya daripada awal dia sedar yang dia tiada tandingan dengan Faiq Farhan yang jauh lebih baik daripada dia.

Mana mungkin Farhan ingin melihat dirinya yang tidak punyai apa-apa daripada segi rupa paras dan tahap akademik jika dibandingkan dengan Farhan.

Selesai di muka surat itu, Farhan menyelak muka surat terakhir yang Dhia coretkan tentang dia. Di muka surat terakhir itu, Dhia menceritakan tentang kebenciannya yang teramat sangat kepada seorang manusia bernama Faiq Farhan.

Dia katakan yang dia sudah penat mendengar segala kata-kata herdikan yang dilontarkan oleh Farhan. Hatinya sudah penat untuk sakit dan terluka.

Apabila Farhan sudah membaca ayat terakhir di muka surat terakhir itu, dia terkedu.

Farhan menutup buku itu dan termenung sejenak. Dia tidak pernah sangka yang sebenarnya Dhia memang ikhlas mencintai nya walaupun dulu dia tidak pernah mengenali siapakah Dhia Erdina.

Farhan mula teringat segala kata makian yang dia katakan kepada Dhia sejak daripada Dhia meluahkan perasaannya sehinggalah ke hari ini.

Kalau perkataan 'menyusahkan' yang keluar dari mulut Farhan boleh dikira, pasti sudah beratus-ratus.

"Teruk sangat ke aku layan dia selama ni?" soal Farhan kepada dirinya sendiri.

thankyouuuuu!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience