Pengetua SMA Putra, selaku wakil tuan rumah bagi Pertandingan Bahas Bahasa Melayu ala Parlimen bagi tahun 2022 masuk ke dalam bilik persidangan bersama dengan penolong kanan pentadbiran.
Para hakim yang menjalankan tugas sebentar tadi seramai lima orang juga masuk ke dalam bilik persidangan. Dengan kehadiran mereka, ini bermaksud majlis penyampaian hadiah ingin bermula.
Cikgu Sofea yang pada mulanya sedang bermain telefon pintar menutup telefon nya dan memandang anak muridnya.
Tiba-tiba dia sedar seperti ada sesuatu yang kurang. Kemudian dia baru teringat yang Dhia pergi ke tandas.
"Dhia tak balik lagi ke dari tandas?" soal Cikgu Sofea kepada Areen. Soalan yang dilontarkan oleh Cikgu Sofea itu menarik perhatian Danish dan Farhan. Mereka berdua menoleh ke arah Cikgu Sofea.
Areen dan Yaya juga seolah-olah baru tersedar tentang ketiadaan Dhia di situ dek kerana ralit bermain telefon pintar.
"Eh, ye lah cikgu. Kak Dhia tak balik lagi dari tandas. Dah 20 minit dah dia pergi tandas sejak dari tadi" balas Yaya.
Kata-kata Yaya itu membuatkan hati Cikgu Sofea tidak berapa sedap. Sepanjang 20 minit itu, apa-apa sahaja boleh terjadi kepada Dhia tambahan pula dia hanya seorang tidak berteman.
Hatinya bertambah tidak enak apabila memikirkan yang mereka semua itu dibawah tanggungjawab nya.
"Cuba telefon dia. Mana tahu dia lupa jalan ke bilik ni" arah Cikgu Sofea kepada Yaya.
Tanpa membuang masa, Yaya terus mendail nombor Dhia di telefon pintar nya. Mereka berlima menunggu sementara Dhia menjawab telefon dengan debaran.
Namun, kedengaran bunyi deringan telefon pintar dari dalam beg Dhia yang terletak di kerusi sebelah Areen. Areen membuka zip beg itu dan mengeluarkan telefon pintar Dhia.
"Kak Dhia tak bawak telefon dia lah, cikgu" Areen menunjukkan telefon di tangannya.
Pandangan Cikgu Sofea terus diarahkan kepada Farhan dan Danish yang turut mendengar.
"Farhan, Danish boleh tak awak berdua tolong cari Dhia. Sekolah ni besar jugak, takut Dhia tersesat ke apa sebab lama sangat Dhia pergi tandas ni. Majlis ni lambat lagi nak mula sebab diaorang nak bagi ucapan lagi" kata Cikgu Sofea dengan nada kerisauan. Harapannya agar Dhia tidak apa-apa.
Tanpa berlengah-lengah lagi, Farhan dan Danish terus bangun dari kerusi dengan pantas sebaik sahaja mendengar arahan Cikgu Sofea. Jauh di sudut hati, mereka juga risau dengan Dhia.
Mereka berdua mengangguk kepala sebelum keluar dari bilik persidangan itu.
"Kau cari dekat blok kanan, aku cari dekat blok kiri. Kalau kau jumpa Dhia, call aku. Kalau aku jumpa, nanti aku call kau" kata Danish, tergesa-gesa seperti tidak mahu berlengah lagi.
Tidak menunggu lama, Danish dan Farhan berpecah dan berlari ke arah berlainan seperti yang Danish arahkan.
Farhan menaiki tangga yang berdekatan dengannya dan terus ke tingkat 3. Dia berlari mencari kelibat Dhia sambil melaungkan nama Dhia.
"Dhia! Dhia!"
Farhan seperti orang gila berlari dan turun ke tingkat 2. Dia tidak ketinggalan melihat-lihat di dalam kelas-kelas jikalau Dhia berada di situ.
Jantungnya berdebar laju apabila memikirkan tentang keberadaan Dhia dan selagi wajah Dhia tidak menyapa mata nya, Farhan seolah-olah tidak mahu untuk berhenti berlari.
Semasa Farhan ingin turun ke tingkat 1, Farhan sekilas pandang ke arah hujung blok bangunan itu.
Hati Farhan tergerak untuk melihat di hujung blok bangunan itu walaupun kelihatan agak mustahil untuk dia menjumpai Dhia di situ. Langkah kakinya dipercepatkan.
'Ya Allah. Kau dekat mana Dhia?'
Semakin hampir Farhan ke arah hujung bangunan itu, entah mengapa jantungnya semakin laju berdebar. Tiba-tiba di sebalik dinding itu, Farhan mendengar satu suara perempuan sedang menangis dengan perlahan.
Seolah-olah seperti teresak-esak. Belum sempat bulu roma nya ingin meremang akibat tangisan itu, jantungnya terlebih dahulu seperti ingin tercabut apabila melihat Dhia sedang duduk bersandar di dinding di sebelah tangga.
"Dhia!" Jerit Farhan sekuat hati apabila akhirnya matanya dapat melihat wajah Dhia.
Segala kerisauan yang melanda dirinya sebentar tadi lenyap secara tiba-tiba sebaliknya perasaan lega mengisi ruang hatinya.
Dhia yang sedang menangis teresak esak memandang sumber suara yang menyebut namanya. Farhan!
"Kau buat apa duduk dekat sini? Kenapa tak balik bilik persidangan lepas pergi tandas? Kau tahu tak semua orang risau bila tahu kau tak balik-balik dari tandas. Dah lah tak bawak telefon pulak tu" bebel Farhan sambil berdiri di hadapan Dhia.
Dhia yang masih terkejut dengan kehadiran mengejut Farhan itu tidak mendengar langsung apa yang dibebelkan oleh Farhan.
Dia hanya sekadar memandang wajah Farhan yang seperti bermandi peluh itu. Kelihatan wajahnya penat seolah-olah baru lepas berlari 400 meter di padang.
'Dia cari aku sampai berpeluh-peluh macam ni?' bisik hati Dhia. Sungguh dia tidak sangka, Faiq Farhan yang dahulu amat membenci dirinya kini sanggup membuang masa berpenat-lelah mencari dia.
Boleh sahaja Farhan menyuruh Danish yang mencari dia.
Dhia tiba-tiba tersedar tentang apa yang difikirkannya. Dia cepat-cepat menepis fikiran dan perasaan yang tidak sepatutnya hadir di kotak fikirannya. Dia perlu sedar!
"Kau tu yang buat apa datang sini?" Dhia cuba untuk berlagak biasa walaupun kakinya sakit hanya dia sahaja yang tahu.
"Aku cari kau lah, gila! Kenapa kau duduk sini sorang-sorang? Kau okey ke tidak ni?" soal Farhan. Geram pula dia dengan Dhia apabila Dhia bertanyakan tentang kehadiran nya di situ.
"Aku terjatuh tangga tadi lepas tu kaki aku terseliuh. Itu yang aku duduk sini sebab tak boleh berjalan. Kaki aku sakit" luah Dhia sambil menundukkan kepalanya ke bawah.
Malu dengan sikapnya yang cuai tidak mengikat tali kasut.
"Astaghfirullahalazim. Macam mana boleh terjatuh tangga?" soal Farhan. Dia kemudian menurunkan badannya dan duduk di hadapan Dhia.
Tingkah laku Farhan itu membuatkan jantung Dhia serta merta berdegup dengan kencang.
"Tali kasut aku tercabut" jawab Dhia seringkas mungkin. Dia sedaya upaya untuk tidak melihat Farhan yang berada di hadapannya itu.
Walaupun jarak mereka tidaklah berapa dekat tetapi apabila mengenangkan yang Farhan duduk di hadapannya membuatkan Dhia tidak tentu arah.
Farhan menggeleng kepalanya perlahan selepas mendengar jawapan Dhia.
"Meh aku tolong kau bangun" Farhan bangun daripada duduk.
Dhia sekali lagi cuba untuk menyedarkan dirinya.
"Tak payah. Aku boleh bangun sendiri. Kaki aku dah okey sikit ni. Kau pergi lah balik bilik persidangan balik. Aku boleh jalan sendiri" kata Dhia. Dia tidak mahu Farhan menolongnya.
"Kau cakap kaki kau sakit tadi. Bagi lah aku tolong. Nanti makin teruk kaki kau nanti kalau kau jalan sendiri" balas Farhan. Keras kepala juga perempuan seorang ini.
"Tak apa. Kau pergi lah" Dhia masih dengan kedegilan nya.
"Okey fine kalau kau cakap macam tu" Farhan sengaja ingin melihat boleh atau tidak Dhia bangun dengan sendiri tanpa bantuan dia. Dia berlalu pergi dan berselindung di sebalik dinding.
"Aduhai, kaki kau sakit ni Dhia. Macam mana kau nak bangun lepas tu berjalan sendiri?" kata Dhia perlahan selepas dia melihat Farhan berlalu pergi tanpa mengetahui yang Farhan masih berada di situ.
Dhia memegang dinding di belakangnya dan cuba mengangkat badannya untuk bangun. Baru sahaja lima saat dia mengangkat badannya, kesakitan kakinya menyerang.
"Aduh!"
Suara Dhia mengaduh sakit membuatkan Farhan keluar di sebalik dinding itu.
"Aku dah cakap tak boleh, tapi kau degil" Kemunculan Farhan membuatkan Dhia terkejut. Buat kali kedua, Dhia berasa malu.
"Kenapa kau tak balik bilik persidangan lagi?" soal Dhia.
Dalam hatinya, dia menjerit sekuat hati kerana malu.
'Kenapa dia ni jugak yang datang? Kenapa bukan Danish?'
"Oh, kau memang boleh lah bangun sendiri ni? Okey lah kalau macam tu, bangun lah sendiri. Kalau kaki makin teruk, jangan menyesal" kata Farhan sebelum memusingkan badannya untuk melangkah pergi.
Belum sempat kaki Farhan melangkah, Dhia memanggil.
"Paan!" Tiba-tiba Dhia terdiam. Begitu juga Farhan. Mereka berdua sama-sama terkedu.
Dhia seperti ingin mencili cili mulutnya kerana sesuka hati memanggil Farhan dengan nama 'Paan'.
Bagaimana dia boleh tersebut nama panggilan Farhan sedangkan mereka tidaklah rapat?
"Maksud aku, Farhan" Dhia cepat-cepat menutup kesalahan nya walaupun jantungnya berdegup laju.
Farhan pula berlagak biasa seolah-olah tiada apa-apa yang pelik berlaku tetapi jantungnya tidak. Dia dapat rasakan degupan jantungnya yang sedang berdegup dengan kencang.
"Hah, kenapa?" soal Farhan, berlagak tenang.
"Tolong lah aku. Kaki aku sakit sangat ni" Perasaan malu ditolak tepi. Apa yang penting kakinya sekarang.
"Tahu pun" Farhan melangkah ke arah Dhia dan menanggalkan blazer nya. Dia menghulurkan lengan blazernya kepada Dhia.
"Kau tarik lengan blazer ni sambil tu cuba bangun perlahan-lahan. Jangan bangun cepat sangat. Kaki kau terseliuh kan?"
Dhia mengangguk kepalanya. Dengan teragak-agak Dhia mencapai lengan blazer yang dihulurkan oleh Farhan itu.
"1 2 3" Farhan mengira sebelum Dhia cuba untuk bangun sambil menarik lengan blazer itu. Perlahan-lahan Dhia bangun walaupun kakinya terasa amat sakit.
Ini lebih balik daripada dia cuba bangun seorang diri sebentar tadi.
"Jadi sekarang, macam mana kau nak berjalan? Boleh ke kau berjalan?" Farhan memandang Dhia yang sudah berdiri di sebelahnya.
"Boleh kot. Aku cuba" Dhia mencuba untuk berjalan sedikit.
"Aku boleh berjalan sikit-sikit. Tapi perlahan lah" kata Dhia sambil melihat Farhan di sebelah nya.
"Tak apa. Jalan je, aku boleh tunggu" kata Farhan.
Dhia mengetap kuat giginya apabila mendengar jawapan Farhan itu.
Sepanjang mereka berjalan menuju ke bilik persidangan, Farhan kekal berada di belakang Dhia sementara Dhia berjalan dengan perlahan sambil memegang dinding di sepanjang jalan.
Untuk seketika, Dhia terharu dengan keprihatinan Farhan menolong dirinya walaupun mereka tidaklah mempunyai hubungan yang baik.
Tanpa mereka sedari, dari kejauhan ada sepasang mata yang melihat Dhia dan Farhan. Perasaan cemburu membara di hatinya apabila melihat Dhia bersama Farhan.
Tambah pula apabila melihat Farhan berada di belakang Dhia. Betul-betul di belakang Dhia.
'Kenapa Paan yang jumpa Dhia dulu? Kenapa bukan aku?' bisik hati kecil Danish dengan mata yang masih melihat mereka berdua.
thankyou sebab sudi baca!! sorry atas kekurangan bab kali ni •́ ‿ ,•̀
Share this novel