Bab 1

Drama Completed 14262

Satu bulan sudah pun berlalu ,

Pantas tangan Dhia Erdina mengeluarkan buku nota dan buku teks Sains yang ada di dalam beg sekolahnya. Suasana di dalam kelas ketika itu sunyi sepi kerana semua pelajar sudah pergi ke makmal Sains kecuali dia seorang sahaja yang masih belum pergi.

Hal ini kerana, Dhia menolong cikgu subjek sebelum matapelajaran Sains menghantar buku-buku ke bilik guru. Alamatnya, dia pula yang lambat untuk ke makmal.

"Aduh. Dah lambat ni" kata Dhia perlahan.

Kemudian, dia berlari ke keluar kelas tetapi tidak lama selepas itu dia patah balik menuju ke kelas kerana tertinggal bekas pensil nya.

"Astaghfirullahalazim. Macam mana boleh lupa ni"

Selepas memastikan semua barang sudah dia bawa, Dhia berlari menuju ke makmal Sains. Nasibnya baik kerana pada hari itu dia memakai baju sukan kerana ada subjek Pendidikan Jasmani.

Disangka kan perjalanan nya menuju ke makmal hanya baik-baik sahaja tetapi sangkaan nya meleset. Kedua kaki terhenti secara tiba-tiba apabila matanya memandang satu wajah yang dia harap pupus di dunia ini.

Faiq Farhan sedang berada di hadapannya. Tambahan pula, dia berada di laluan yang memang untuk menuju ke makmal Sains. Tiada jalan lain dan itu bermaksud mahu tak mahu, Dhia terpaksa melalui jalan itu dan menahan telinga.

Pada awalnya, Farhan tidak perasan akan kewujudan Dhia di situ dan Dhia mengharap kan begitu tetapi tidak lama selepas itu, Farhan memandang ke hadapan dan melihat Dhia berada di hadapannya.

"Eh! Macam aku kenal je perempuan ni. Ini yang datang jumpa aku lepas tu tiba-tiba cakap suka aku tu kan? Ini nak jumpa aku lagi ke?" kata Farhan dengan nada menyindir.

Memang rutinnya begitu setiap kali bertemu atau terserempak dengan Dhia. Dia akan kerap kali menyindir Dhia dengan mengingatkan peristiwa yang Dhia anggap sebagai satu kesilapan besar dalam kehidupan nya.

"Siapa nak jumpa kau? Aku nak pergi makmal lah" jawab Dhia, dingin. Semakin lama semakin dia meluat dengan perangai Farhan yang kebudak-budakan itu.

Entah bagaimanalah dia boleh ada hati dengan manusia itu dahulu. Apa yang dia nampak pada Farhan dahulu sehingga dia rela menebalkan muka nya dengan meluahkan perasaan pun dia tidak tahu.

"Oh, pergi makmal. Ingat nak 'confess' buat kali kedua" Farhan seolah-olah tidak jemu untuk membuatkan hati Dhia panas membara.

Dhia sudah tidak tahan lagi. Sudahlah dia lambat untuk ke makmal Sains, tambah pula dia perlu berhadapan dengan 'mangkuk hayun' seorang ini.

"Apa masalah kau ni sebenarnya, Farhan? Tak ada 'life' sangat ke sampai asyik nak sakitkan hati aku? Yang dah lepas tu, lepas lah. Yang kau sibuk sangat nak ulang-ulang apahal?"

Farhan tidak terus melenting sebaliknya dia hanya tersenyum sinis dengan keningnya terangkat sebelah.

"Saja je sebab aku nak ingatkan kau untuk sedar diri. Sekali kau dah buat, sampai bila-bila lah kau kena hadap. Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya. Tahu tak peribahasa tu? Kau kan budak sastera, tak kan tak tahu. Tapi kalau memang dah bengap, tak tahu jugak kan?" Setelah berasa puas berkata-kata, Farhan berlalu pergi dengan wajah yang kelihatan gembira. Seronok sangat dapat lukakan hati orang.

Kata-kata yang diucapkan oleh Farhan seolah-olah mencucuk-cucuk hati Dhia. Dia sudah penat. Sampai bila dia perlu mendengar segala hinaan daripada seorang lelaki yang pernah menjadi idamannya dahulu?

Malas mahu memikirkan perkara itu, Dhia kembali menyambung berlari menuju ke makmal Sains yang agak jauh daripada kelasnya. Kali itu dia yakin tidak ada sebarang halangan yang akan datang sepanjang perjalanan nya ke makmal.

Dhia bernasib baik kerana semasa dia masuk ke dalam makmal, cikgu masih belum ada kerana tiba-tiba ada mesyuarat. Dia terus melangkah ke meja bulat yang kawan baiknya, Arissa sedang duduk di situ.

Arissa terkejut apabila tiba-tiba Dhia datang dan menghempas bukunya ke atas meja untuk melepaskan marahnya.

"Woi! Kau apahal main hempas hempas buku" tegur Arissa.

Daripada riak wajah Dhia yang masam mencuka, Arissa dapat agak yang ada sesuatu yang terjadi semasa Dhia dalam perjalanan ke makmal itu.

"Masa aku 'on the way' datang sini tadi, aku terjumpa dengan Farhan"

Arissa tersenyum kecil. Dia sudah agak. Jikalau Dhia mengamuk tak tentu pasal begitu, tidak lain dan tidak bukan punca nya adalah Faiq Farhan. Bukan dia tidak tahu perangai Farhan yang mulutnya agak puaka itu.

"Apa pulak dia cakap hari ni?"

"Dia bagi aku pepatah, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya. Lepas tu tanya, aku tahu ke tak? Aku kan budak sastera tak kan tak tahu. Tapi kalau dah bengap, tak tahu jugak. Yelah! Dia kan budak Akaun. Budak PANDAI sangat! Aku ni sastera je mampu" Sengaja Dhia menekankan perkataan 'pandai' dengan harapan kata-katanya itu boleh didengari oleh Farhan.

Tergelak Arissa mendengar luahan hati Dhia. Oleh kerana dia sudah lali mendengar luahan hati seperti itu, lama kelamaan dia rasa kelakar. Tidak tahu sama ada kata-kata Farhan yang kelakar ataupun kawannya sendiri yang kelakar.

"Gelak pulak kau! Suka eh? Kau tahu tak sakit hati aku ni dengar apa yang dia cakap. Memang dia tu sebaik-baik manusia pun. Hah, ni nak 'start' mengutuk orang ni"

"Okey okey 'sorry' sebab gelak. Alah wei, kau buat pekak je bila dia cakap macam tu. Orang tak cukup kasih sayang memang macam tu. Nak kan perhatian. Dia dua je, antara dia memang 'attention seeker' ataupun istimewa sebab nak kan perhatian orang" balas Arissa.

Berkat kata-kata Arissa, dapatlah Dhia ketawa dan melupakan pertemuan sebentar dia dengan Farhan tadi.

"Lepas ni subjek apa?" tanya Dhia. Dia bukanlah seorang yang menghafal jadual waktu tetapi berbeza dengan Arissa yang menghafal jadual bersama dengan masa dan waktu subjek.

"Bahasa Melayu"

"Kau tengok ke Juventus lawan Bayern semalam?" tanya Danish sambil tangannya membuka buku untuk menyalin nota tentang ayat majmuk dan ayat tunggal yang ditulis di papan putih oleh Cikgu Sofea, cikgu matapelajaran Bahasa Melayu mereka.

"Tengok lah kau gila tak tengok. Dybala 'perform' teruk semalam. Tapi tu lah, beza satu mata je dengan Bayern. Macam biasa lah, Neuer punya 'save'. Kalau tak dah seri dah" jawab Farhan.

Sebagai seorang peminat bola sepak kelab Juventus, dia tidak akan sesekali terlepas setiap perlawanan mereka.

"Itu lah tu! Dybala masuk nak dekat habis, tiba-tiba dapat satu gol. Bayern punya gol siapa buat?" tanya Danish. Kali ini badannya sudah mengadap ke arah Farhan.

Buka buku je lebih lepas tu, bersembang. Nikmat duduk di belakang kelas lah katakan.

Farhan yang hanya mengeluarkan buku tetapi tidak membukanya juga bersedia untuk bersembang.

Disebabkan mereka sudah kerap bersembang umpama dalam dunia sendiri, rakan kelas yang lain sudah terbiasa dan penat untuk menyuruh mereka diam.

Jika disuruh diam, bagai mencurah air ke daun keladi. Tidak berguna arahan itu diberi.

"Satu gol Lewandowski, lagi satu Kimmich. Patutnya ada satu lagi gol tapi terkena tiang. Musiala sepak kuat sangat. Tak 'rilek' "

Oleh disebabkan terlalu rancak berbual, mereka tidak sedar yang Cikgu Sofea sedang memerhatikan mereka daripada meja guru. Guru itu pun sudah lali dengan perangai dua sahabat itu.

"Amboi! Rancaknya dua orang dekat belakang tu bersembang. Dah mula salin ke belum nota dekat depan ni? Macam tak ada masa dah lepas ni nak bersembang" tegur Cikgu Sofea.

Automatik Danish mengambil pen nya dan menyalin manakala Farhan membuka bukunya. Kedua-dua nya hanya tersengih apabila ditegur cikgu.

Kemudian Cikgu Sofea mengatakan sesuatu yang membuatkan mereka berdua terkejut beruk.

"Cikgu tengok Farhan dengan Danish ni suka sangat bercakap. Pantang ada masa, bercakap je. Disebabkan awak berdua suka sangat bercakap, cikgu masukkan awak berdua dalam pertandingan bahas sekolah tau. Dalam bahas tu, awak nak cakap apa-apa pun cakap lah. Masa tu awak dialu-alukan sangat bercakap"

Kedengaran suara ketawa satu kelas apabila Cikgu Sofea mengumumkan bahawa Farhan dan Danish akan menyertai pasukan bahas sekolah.

"Cikgu, tak nak cikgu" bantah Farhan. Begitu juga dengan Danish.

Bahas? Tolonglah. Mereka ada banyak lagi perkara yang boleh dibuat daripada berbahas dengan orang lain.

"Tak ada kompromi. Cikgu dah masukkan nama awak berdua. Faiq Farhan dengan Danish Ilman. Habis sekolah hari ni pergi bilik mesyuarat 2. Kita buat perjumpaan sekejap" Keputusan Cikgu Sofea umpama tidak boleh diusik lagi. Sudah tetap.

"Cikgu ke yang akan ajar kitaorang semua ni bahas?" tanya Danish.

"Ya. Saya dengan Cikgu Zaim. Pertandingan bahas bulan depan"

Farhan memandang wajah Danish dan Danish memandang nya semula. Apa boleh buat? Hadap je lah.

Selepas Cikgu Sofea mengajar bahasa Melayu di kelas 4 Akaun, Cikgu Sofea akan mengajar bahasa Melayu di 4 Sastera pula.

Berbeza dengan kelas 4 Akaun yang riuh rendah, 4 Sastera lebih tenang dan diam. Oleh sebab itu ramai cikgu-cikgu yang suka akan kelas 4 Sastera kerana pelajarnya lebih beretika walaupun mereka di kelas kedua terakhir.

Cikgu Sofea yang sedang duduk di meja guru memanggil Dhia.

"Dhia, sini kejap"

Tanpa berlengah, Dhia meletakkan pen nya di atas meja dan menuju ke meja guru.

"Saya ada benda nak tanya awak ni. Awak kan antara pelajar yang pandai BM dan penggunaan bahasa awak pun cantik. Jadi, saya nak tanya awak berminat tak nak sertai pasukan bahas sekolah? Tinggal lagi seorang je dan cikgu rasa awak sesuai, Dhia" ujar Cikgu Sofea panjang lebar.

Dhia jadi terkedu. Bahas? Tiba-tiba dia teringat tentang satu perkara yang mungkin akan melukakan hatinya. Tetapi perkara itu tiada kaitan dengan Farhan.

"Erm..." Dhia menjadi ragu-ragu untuk memberi jawapan.

Bukan dia tidak mahu malah dia berminat untuk menyertai pasukan bahas sekolah tetapi ada satu perkara yang membelenggu dirinya.

"Tolong Dhia. Cikgu percaya dengan kemampuan awak. Awak ada bakat. Daripada segi awak baca petikan kalau saya suruh baca pun saya dah tahu awak ada bakat" kata Cikgu Sofea lagi.

Dhia menjadi serba salah. Kalau ditolak, dia akan rasa bersalah sampai bila-bila kerana Cikgu Sofea berharap padanya tetapi jika dia terima, dia pula yang akan menjadi mangsa.

"Okey lah. Saya terima" jawab Dhia.

"Alhamdulillah, terima kasih Dhia. Lega sikit cikgu bila peserta dah ada. Habis sekolah harini pergi bilik mesyuarat 2 tau. Ada perjumpaan"

Dhia hanya mengangguk dan tersenyum nipis.

"Tak silap cikgu kakak awak yang sekolah sini dulu, Adina pun pernah masuk bahas kan?" tanya Cikgu Sofea kepada Dhia.

Senyuman yang terukir di bibir Dhia sedikit pudar sebaik mendengar pertanyaan Cikgu Sofea itu.

"Mana cikgu ni? Dah pukul 2:30 dah. Aku lapar dah ni" kata Farhan sambil melihat jam tangannya.

"Sabar lah kejap. Sikit lagi ada lah tu" jawab Danish.
Berdekatan dengan mereka ada dua orang pelajar junior perempuan yang tidak silap mereka tingkatan tiga.

Mungkin mereka juga sama seperti mereka dipaksa untuk masuk dalam pasukan bahas sekolah.

Tidak lama kemudian, pintu bilik mesyuarat dibuka dan Cikgu Sofea tertera di muka pintu.

"'Sorry cikgu terlambat. Ada kelas tadi. Okey, semua dah ada ke?" tanya Cikgu Sofea sebaik sahaja duduk di kerusi di tengah tengah meja panjang mesyuarat itu.

"Semua dah ada lah kot" kata Farhan tanpa mengetahui apa-apa.

"Eh, ada seorang lagi tak ada. Kita tunggu dia sekejap. Nanti dia muncul la tu" kata Cikgu Sofea.

"Siapa cikgu? Tingkatan berapa?" tanya Danish.

"Tingkatan empat jugak macam kamu berdua. Dhia. Dhia Erdina kelas 4 Sastera"

Sebaik sahaja nama Dhia disebut, Dhia yang sebenar muncul daripada balik pintu tepat pada masanya.

"Sorry cikgu, saya lam-" Kata-kata nya bagaikan hilang ditiup angin apabila dia melihat manusia yang dia benci sedang duduk di tempat yang dia juga akan duduk di situ.

Farhan juga melihat Dhia dengan perasan tidak percaya.

'Apa minah ni buat dekat sini? Nak 'try' aku lagi ke apa?' bisik hati Farhan.

"Hah, Dhia awak dah sampai. Meh duduk dekat sini. Ni semua peserta-peserta bahas jugak ni" kata Cikgu Sofea dengan tenang sambil menunjukkan kepada Dhia dua orang pelajar tingkatan tiga, Danish dan akhir sekali Farhan.

Danish hanya mengunci mulutnya rapat-rapat kerana dia bau-bau akan ada pertempuran yang dahsyat sebentar nanti.

'DIA BUDAK BAHAS?'

thankyou sebab sudi baca ( ◜‿◝ )♡ sorry atas kekurangan :'(

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience