Bab 19

Drama Completed 14262

'Paan!'

Suara Dhia yang memanggil nama panggilan Farhan seperti tidak jemu dan letih untuk terngiang-ngiang di halwa telinga Farhan. Jam di dinding bilik tidur nya sudah menunjukkan pukul 10 malam.

Sehingga ke saat itu, sudah entah berapa kali suara Dhia terngiang di telinga nya. Terukir satu senyuman kecil yang ikhlas di bibir Farhan.

Dia rasa bersalah untuk berasa gembira dengan apa yang terjadi sementelah pula Dhia mengalami kesakitan akibat kakinya terseliuh. Tetapi dia tidak dapat menipu dirinya yang ada bibit-bibit bahagia sedang mekar dalam hatinya.

Untuk pertama kalinya, semasa dia menolong Dhia sebentar tadi dia dapat bercakap dengan Dhia tanpa ada sedikit pun pergaduhan antara mereka. Tanpa ada ayat-ayat sindiran dan ayat yang menyakitkan hati.

Selain itu, Farhan juga gembira dapat membantu Dhia pulang semula ke bilik persidangan dengan selamat.

Sekurang-kurangnya dapatlah dia menebus sedikit kesalahannya selama ini terhadap Dhia. Dia sedar dan menyesal akan segala salah silapnya kepada Dhia sejak dari pertemuan kali pertama mereka berdua.

Farhan tidak pernah melayan Dhia dengan baik malahan tidak pernah walau sekalipun Farhan menggunakan bahasa yang elok jika bercakap bersama Dhia.

Setiap kali ada peluang, ringan saja mulutnya untuk menyakiti hati Dhia hanya kerana dia merasakan Dhia tidak sesuai untuk menyimpan perasaan terhadap dia.

Namun, segala apa yang dia lakukan dahulu seperti balasan buatnya sekarang. Tanpa disangka, tanpa diduga, secara diam-diam nama Dhia Erdina mula terukir dalam hatinya. Insan yang dahulu dia benci kini menjadi insan yang Farhan ingin melihat senyumannya.

Tidak disangkal lagi, dia, Faiq Farhan sudah jatuh suka pada Dhia Erdina.

Farhan mencapai telefon pintarnya yang terletak di atas meja belajar nya. Hatinya tekad untuk melakukan sesuatu perkara.

"Adik! Dhia! Dhia Erdina!"

Kedengaran kuat suara Adina memanggil nama Dhia dari luar bilik tidur Dhia.

Dhia pula yang sedang khusyuk menonton drama dari negara Korea Selatan, 'Uncontrollably Fond' lakonan Kim Woo Bin dan Bae Suzy hanya menahan sahaja mulutnya daripada mengeluarkan perkataan kesat kerana geram kakaknya memanggil-manggil namanya daripada tadi.

"Apa dia?!" soal Dhia. Butang 'pause' ditekan lalu Dhia turun dari katil dengan berhati-hati kerana kakinya masih lagi terasa sakit akibat terseliuh dan kemudian membuka pintu biliknya.

"Telefon akak hilang lah. Akak tak ingat last akak letak dekat mana masa akak turun bawah nak makan tadi" ujar Adina sebaik sahaja wajah Dhia terpacul di depan pintu.

"Habis tu adik nak buat apa?" tanya Dhia dengan muka yang selamba.

"Tolong lah call telefon akak sekejap. Itu pun nak kena cakap" kata Adina sebelum dia berlalu pergi masuk ke dalam bilik tidur untuk mencari telefon pintarnya yang hilang.

"Ish, nak jugak suruh kita yang sakit kaki ni. Bukannya tak tahu kaki kita ni terseliuh. Nak berjalan pun lambat" bebel Dhia dengan perlahan sambil menuju ke almari bukunya untuk mengambil telefon pintarnya.

Belum sempat Dhia ingin membuka telefon pintar miliknya, Adina bersuara dari bilik sebelah.

"Tak apa dik. Akak dah jumpa dah phone. Thankyou!"

Dhia hanya memandang ke arah luar dengan pandangan yang tajam seolah-olah sedang memandang wajah Adina.

Alang-alang telefon sudah di tangannya, Dhia membuka telefon pintar untuk melihat kalau-kalau ada mesej yang masuk.

Tiga saat kemudian, jantungnya bagaikan berhenti berdetak apabila melihat nama Farhan di ruang notifikasi. Farhan ada menghantar mesej kepada dia! Jarinya menggeletar apabila ingin membuka mesej yang dihantar oleh Farhan.

Sebaik sahaja ruang mesej Farhan ditekan, matanya terbeliak melihat mesej yang dihantar oleh Farhan bukan sekadar 2 atau 3 ayat. Tetapi hampir sama seperti karangan pendek!

"Apa benda yang dia cakap ni? Tersalah nombor ke apa?" bisik Dhia dengan jantung yang berdebar kencang.

Tanpa berlengah lagi, Dhia terus membaca isi kandungan mesej Farhan itu dengan teliti.

Farhan: Assalamualaikum Dhia. Sorry kalau aku kacau kau malam-malam macam ni. Tujuan aku hantar mesej ni sebab aku nak mintak maaf atas segala salah aku dekat kau. Aku sedar yang selama ni aku tak pernah sekalipun mintak maaf dekat kau. Aku selalu sakitkan hati kau walaupun kau tak pernah buat salah pun dengan aku. Aku faham sangat kalau kau tak maafkan aku tapi aku lega aku dah mintak maaf dekat kau. Sekurang-kurangnya aku dah tak rasa bersalah sangat dah. Tapi aku mintak sangat yang kau tak ambik hati dengan semua yang aku cakap dekat kau. Walaupun kita dah 16 tahun tapi aku mengaku yang aku tak matang. Tapi lama-kelamaan, kau sendiri yang ajar aku jadi matang, Dhia. Aku malu dengan apa yang aku buat selama ni. Aku harap kita dapat jadi kawan. Tapi kalau kau tak selesa, tak apa. Pasal kaki kau. Dah okey sikit ke? Aku doakan kaki kau cepat sembuh. Kalau kau baca mesej ni, aku faham kalau kau tak nak balas mesej ni. Jadi kalau kau cuma 'bluetick' pun tak apa. Aku tak kisah. Aku rasa itu je kot aku nak cakap dekat kau. Sekali lagi, aku mintak maaf, Dhia. Bye.

Buat seketika, Dhia merasakan seperti dunia ini berhenti berputar apabila dia selesai membaca isi kandungan mesej yang ikhlas daripada Faiq Farhan.

Dia terkedu, terkejut, terkesima. Betulkah ini Faiq Farhan yang dia kenal sebelum ini? Faiq Farhan yang pantang ada masa ada sahaja modal dia untuk menyakitkan hati Dhia.

Tidak semena-mena, satu perasaan aneh muncul dalam hatinya. Jantungnya berdegup kencang tidak tentu pasal. Nama Farhan di mesejnya masih ditenung.

'Hah sudah, Dhia. Jangan cakap cinta lama berputik kembali' bisik hati Dhia.

Titisan peluh menitik dari kepala membuatkan semua wajah pelajar lelaki 4 Akaun kelihatan berkilat dek kerana berpeluh.

Kesemua 15 orang pelajar lelaki itu kelihatan penat dan lelah setelah puas bermain bola sepak di padang sekolah ketika waktu Pendidikan Jasmani itu. Mereka melabuhkan punggung di tepi padang untuk melepaskan lelah sebentar sebelum masuk ke dalam kelas.

"Paan, jom pergi Coway. Aku haus gila ni" ajak Danish sebelum Farhan turut sama melabuhkan punggung nya mengikut kawan sekelasnya yang lain.

"Kau pergi je lah dulu. Penat lah" tolak Farhan. Nafasnya turun naik akibat penat.

"Alah, jom je lah!" Tanpa menunggu Farhan membalas apa-apa, Danish menarik tangan Farhan untuk bangun. Farhan hanya menahan sabar dan mengikut Danish menuju ke mesin air Coway yang terletak di dataran sekolah.

Selepas mereka berdua melegakan tekak yang haus, langkah diatur ke arah meja yang berdekatan.

Tanpa berlengah, Danish memulakan perbualan.

"Paan, aku tanya kau sikit boleh tak?"

Farhan yang sedang mengikat tali kasutnya mendongak kepalanya memandang Danish yang duduk berhadapan dengannya.

"Apa benda?"

"Kau suka Dhia ke?" soal Danish tanpa berdolak-dalik.

Wajahnya yang serius menunjukkan dia tidak bermain-main.

Farhan seolah-olah terpana dengan soalan yang diajukan oleh Danish. Dia tidak sangka yang Danish akan bertanyakan soalan seperti itu kepada dia.

Farhan melegakan tekaknya sebelum menjawab.

"Kau dah kenapa? Apasal kau tanya aku macam tu?" soal Farhan pula sedaya upaya untuk kelihatan tenang.

"Tak ada apa. Aku saja je tanya sebab aku tengok sejak dua menjak ni kau layan Dhia macam lain je. Aku dengan kau pun tahu yang kau tak suka Dhia itu yang aku pelik bila dah tak bergaduh dengan Dhia. Tambah pulak hari tu aku tengok kau bersungguh cari Dhia masa dia hilang sebelum penyampaian hadiah bahas. Itu yang aku saja tanya. Lagi pun, kau tahu kan yang... Aku suka Dhia"

Sakit. Sakit yang tidak dapat dijelaskan terasa di hati Farhan apabila mendengar ayat terakhir yang diucapkan oleh Danish.

Sakit. Apabila kawan baik kita turut sama merasakan apa yang kita rasa terhadap insan yang kita suka.

Namun, dia tidak boleh salahkan Danish. Danish tidak bersalah dalam hal ini. Danish yang terlebih dahulu mengatakan yang dia suka pada Dhia kemudian barulah Farhan merasakan perkara yang sama.

Walaupun perit, Farhan harus lalui perkara ini.

"Lah, sebab itu ke? Tak ada apa-apa lah. Aku cuma malas nak bergaduh dah. Sebab ye lah sampai bila aku nak bergaduh dengan dia kan? Lagipun dia tak ada buat salah apa-apa dengan aku, jadi aku tak ada sebab untuk terus bergaduh dengan dia. Yang pasal aku tolong dia tu, kita kan satu pasukan. Mestilah aku risau. Kalau kau tanya Yaya dengan Areen pun, mesti diaorang risau jugak. Bukan aku je. Kau tak payah lah pikir bukan-bukan, Danish. Aku tahu lah yang kau suka Dhia. Aku tak lupa" terang Farhan panjang lebar walaupun dia akui apa yang dia katakan tidak benar 100 peratus.

Setelah mendengar penjelasan daripada Farhan, terpapar riak wajah lega di wajah Danish. Ada satu senyuman kecil terukir di bibirnya.

"Okey okey. Aku percaya kau. Bukan apa Paan, aku saja je tanya. Kau jangan ingat aku tuduh kau pulak tau! Aku tanya je" kata Danish. Hilang sudah mood serius nya sebentar tadi.

"Iya, aku tahu" jawab Farhan. Dalam hatinya, dia merasa tidak enak.

"Jom lah masuk kelas. Lepas ni kelas Akaun. Kau tahu lah Cikgu Zulkifli tu, pantang orang masuk lambat" ajak Danish.

Dia bangun daripada kerusi yang sedang diduduki nya itu dan berjalan ke arah tangga.

"Kau pergi lah dulu. Aku nak pergi tandas kejap"
Danish hanya mengangguk kemudian melangkah pergi menaiki tangga menuju ke kelas.

'Sorry Danish aku tipu kau. Aku tipu kau yang aku tak suka Dhia sedangkan aku rasa sebaliknya. Tapi, kau tak payah risau. Walaupun aku suka Dhia, aku tak akan buat apa-apa termasuklah luahkan perasaan aku. Demi kau, aku sanggup simpan perasaan aku' kata Farhan dalam hati sambil melihat Danish berlalu pergi.

THANKYOUUUUUUU sebab sudi bacaa!! sorryy sangat-sangat sebab lama gilee tak update sebab terlalu sibuk. apapun, sorry atas kekurangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience