Bab 5

Drama Completed 14262

Hari ini sudah genap tiga minggu Danish Ilman dan menteri-menteri nya yang lain berlatih untuk berbahas. Kebolehan mereka semakin hari semakin bagus. Mereka berlima juga sudah lancar untuk menjawab segala jenis izin laluan yang diberikan.

Mungkin salah satu izin laluan itu akan diberikan oleh pihak lawan. Walaupun yang hanya akan memberi dan menjawab izin laluan hanya Danish, Farhan dan Dhia tetapi Cikgu Sofea sengaja melatih Areen dan juga Yaya.

Biarlah mereka menimba ilmu sebegini. Bukannya selalu mereka dapat peluang seperti ini.

Dhia Erdina pula selesa berkawan dengan Danish. Setiap petang, Danish akan cuba untuk menolong Dhia mencari statistik atau fakta-fakta untuk tugasnya sebagai menteri ketiga walaupun Danish sendiri ada kerja yang perlu dibuat.

Dhia tidak sangka Danish orangnya sebaik itu.
Tetapi situasi Farhan pula lain. Hatinya panas membara dengan Dhia apabila melihat kawannya berkawan dengan Dhia. Baginya, Dhia sudah melampau.

"Hujah semua dah siap kan?" soal Cikgu Sofea kepada Danish dan Farhan kerana hanya mereka berdua yang bertanggungjawab menyampaikan hujah.

"Dah, cikgu" jawab Danish dan Farhan. Farhan hanya menjawab dengan nada yang malas sambil tangan menongkat dagu.

Wajahnya jelas menunjukkan yang dia bosan. Matanya melirik ke arah Dhia yang berada di sebelah Danish.

'Tunggu kau, Dhia' bisik hati Farhan.

"Dhia pun dah banyak kan isi-isi semua?" tanya Cikgu Sofea sambil memandang wajah Dhia.

Dhia mengangguk kepala nya.

"Areen dengan Yaya pun dah ada kan celahan?"

"Dah, cikgu"

"Okey, kalau macam tu latihan kita lepas ni belajar untuk bercakap. Kita tengok intonasi suara, gaya berhujah, dan yang lain-lain. Kita start hari Rabu, boleh? Sebab pertandingan tinggal lagi dua minggu je. Kalau yang cara berbahas ni, Cikgu Zaim yang akan guide korang" kata Cikgu Sofea sambil mengemas barang-barang nya.

"Boleh" jawab semua.

"Kalau macam tu, jom lah balik. Dah pukul lima dah"

Sejurus kemudian, mereka semua mengemas barang dan mula keluar dari bilik Bahasa Melayu itu.

"Bye, Dhia. Paan, aku balik dulu" kata Danish sebelum dia berlalu pergi. Dhia membalas dengan lambaian tangan manakala Farhan pula mengangguk kepala.

Disebabkan Dhia yang diberi tanggungjawab untuk mengunci pintu bilik itu, jadi Dhia terpaksa menunggu semua orang untuk keluar dan memastikan lampu dan kipas sudah ditutup.

Dhia sedang berada di luar depan pintu kerana menunggu Farhan untuk keluar dari. Selepas sahaja Farhan keluar, tanpa memandang wajah Farhan, Dhia menarik pintu lalu ditutup. Semasa dia baru ingin mengunci pintu, tiba-tiba Farhan bersuara.

"Woi"

Kepala Dhia pantas ditoleh ke belakang. Dia ingatkan Farhan sudah balik rupanya masih di situ.

"Apa?"

"Kau bodoh jenis apa, tak guna?" kata Farhan.

Menyirap darah Dhia apabila mendengar ayat Farhan itu. Dah kenapa tiba-tiba cakap orang tak guna?

"Apa lagi kau nak?" balas Dhia sambil menyambung mengunci pintu.

"Aku tak tahu apa masalah kau tapi kau sedar tak yang kau tu muka tak malu. Suka hati kau je nak rapat-rapat dengan Danish. Disebabkan kau, aku sorang-sorang setiap kali latihan bahas sedangkan kawan aku ada. Kau ajak dia ke duduk sebelah kau? Kalau dah tak ada kawan tu buat la cara tak ada kawan. Ni menyemak dekat kawan orang apahal? Ke kau saja nak balas dendam dekat aku sebab tak balas cinta sampah kau tu?" Kata-kata berbisa yang keluar dari mulut Farhan berjaya membuat hati Dhia terluka dengan sangat dalam.

Apa salah dia dengan Farhan sehingga Farhan membencinya sampai begini sekali?

"Untuk pengetahuan kau, aku tak pernah sekali pun ajak Danish, dia yang datang dulu dekat aku. Dan aku pun tak sehina yang kau sangka. Aku bukan jenis yang nak balas dendam dekat orang pasal benda yang tak guna" balas Dhia cuba menahan sabar.

"Memang benda tak guna. Cinta kau sampah. Aku tak nak tengok kau sibuk nak menempel dekat Danish lagi. Macam perempuan murahan" kata Farhan tanpa berasa sedikit rasa bersalah. .

Turun naik nafas Dhia kerana teramat marah. Seumur hidupnya, itu pertama kali ada orang menggelarnya perempuan murahan. Ikutkan hatinya, ingin saja dia menampar muka Farhan berkali-kali.

Belum sempat Dhia membalas apa-apa, Farhan menyambung kata-katanya lagi.

"Apa lah agaknya yang ada dalam kepala otak kau tu bila kau ambik keputusan untuk suka aku. Kau tak cermin diri kau ke sebelum kau 'confess' dekat aku? Untuk pengetahuan kau, aku hanya pandang orang yang sempurna dan kau bukan salah seorang daripada tu. Banyak sangat kekurangan kau" sambung Farhan sebelum dia berlalu pergi.

Dhia terdiam seribu bahasa. Hatinya memang panas membara tetapi bukanlah kata cacian yang keluar dari mulutnya namun buat kali yang entah keberapa air matanya mengalir disebabkan kata-kata kesat Faiq Farhan.

'Ya Allah. Sampai bila dia nak ungkit pasal benda ni?'

Dhia yang lesu hanya mencari kereta ibunya dengan pandangan yang kosong. Tempat menunggu ketika itu hanya tinggal beberapa orang sahaja dek kerana sudah petang. Ramai yang sudah pulang ke rumah.

Dhia duduk sebentar di bangku yang berada di situ setelah melihat kereta ibunya masih tiada. Selepas lima minit, kedengaran bunyi hon daripada sebuah kereta yang datang ke situ.

Bibir Dhia terukir dengan senyuman kecil apabila dia melihat kereta alongnya, Azrul yang menjemput dia.

Lantas, Dhia berjalan dengan laju dan masuk ke dalam kereta. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan alongnya itu.
"Assalamualaikum, adik" ucap Azrul dengan senyuman.

Tidak silap dia, hampir beberapa bulan dia tidak berjumpa dengan Dhia kerana dia sedang sambung belajar untuk peringkat PhD. Disebabkan sibuk, dia jarang untuk pulang ke rumah.

"Waalaikumussalam. Along! Kenapa tak cakap yang along nak ambik adik harini?" kata Dhia dengan gembira. Isu Farhan sebentar tadi seolah-olah lenyap di fikirannya.

"Along sengaja nak surprise adik. Adik sihat?" tanya Azrul sambil meneruskan pemanduan.

"Sihat je, alhamdulillah. Along?"

"Along pun okey je. Cuma kadang-kadang tu stress jugak lah dengan assignment semua. Adik punya bahas macam mana? Okey ke?"

Persoalan Azrul itu mematikan senyuman Dhia Erdina. Tidak semena-mena wajah Farhan yang dibencinya muncul di fikiran. Segala kata makian terngiang di telinga nya.

"Okey je setakat ni" jawab Dhia pendek.

"Along tahu mesti Dhia boleh buat punya. Ingat dulu masa angah masuk bahas. Dia pernah dapat pembahas terbaik. Mesti adik pun boleh jadi macam tu" kata Azrul walaupun matanya fokus memandu.

Dhia menghela nafas berat. Alik alik, mesti tentang kakaknya juga disebut.

"Itu lah masalahnya, along. Adik rasa adik tak boleh lah nak jadi macam angah. Angah tu hebat sangat. Nanti mesti ibu dengan abah berharap tinggi dekat adik. Habis lah, adik" balas Dhia dengan nada yang sedikit sedih.

"Eh, apa pulak cakap macam tu. Angah tu hebat sebab dia rajin berlatih. Adik pun kena rajin lah berlatih supaya jadi macam tu. Along yakin yang adik boleh jadi lagi hebat daripada angah"

Kata-kata daripada Azrul sedikit sebanyak membuat Dhia tersenyum sambil memandang wajah alongnya. Along dia ialah orang pertama yang memberi dia kata-kata semangat seperti itu. Angah nya pula, memberikan dia tekanan.

'Kau boleh, Dhia. Kau boleh jadi macam angah'

thankyouuu!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience