Bab 17

Drama Completed 14262

Hari kedua pertandingan memberikan tekanan yang lebih kepada Danish, Farhan dan Dhia. Hal ini kerana tajuk usul kedua mereka iaitu 'Kepentingan Kebersihan dalam Industri Pelancongan' lebih mencabar dan susah.

Seperti biasa, tekanan yang dirasai oleh Dhia Erdina lebih banyak daripada Danish dan Farhan sendiri.

Sepanjang pagi di bilik Bahasa Melayu, mereka bertungkus lumus berlatih bahas. Mereka semua mengimpikan tempat pertama Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen kerana itu adalah kali pertama mereka menyertai pertandingan itu.

Pasti kemenangan mereka akan menjadi kenangan yang indah untuk dikenang.

Jam di dinding menunjukkan pukul 12:30 tengah hari. Lebih kurang daripada sejam tiga puluh minit daripada sekarang, mereka akan kembali semula ke SMA Putra untuk bertanding.

"Awak semua boleh lah pergi kantin ambik makanan dekat sana. Rasanya pekerja kantin dah siap bungkus nasi. Lepas makan, terus pergi surau untuk solat Zohor" arah Cikgu Zaim.

Sebaik sahaja mendengar arahan yang diberikan oleh Cikgu Zaim, kesemua mereka mula mengemas barang-barang dan keluar dari bilik Bahasa Melayu lalu menuju ke kantin sekolah.

Semasa dalam perjalanan ke kantin, Dhia membuang pandang ke arah kelas-kelas lain yang sedang belajar. Ada guru yang sedang mengajar di depan kelas, ada guru yang duduk di meja guru sambil menyemak buku murid dan ada juga guru yang berjalan-jalan di dalam kelas memantau murid membuat latihan.

Murid-murid juga tidak kurang juga gelagat nya. Ada yang duduk di kerusi, berpusing satu kelas, membuat bising dan juga bermain telefon pintar secara sorok-sorok.

Sedang Dhia leka berjalan seorang diri, tiba-tiba ada suara menyapanya daripada belakang.

"Dhia"

Secara sekilas Dhia memandang ke belakang, ke arah sumber suara itu. Satu saat selepas melihat wajah empunya suara itu, riak wajah Dhia terus berubah. Nafas dilepaskan dengan kasar.

"Apa kau nak?" soal Dhia tanpa berhenti berjalan malah mempercepatkan lagi langkahnya. Ingatkan siapa yang menegurnya. Rupanya Farhan.

"Kau nak pergi ambil makanan ek?" tanya Farhan dengan nada suara yang takut-takut. Dia juga mempercepatkan langkah agar berjalan seiring dengan Dhia.

Sebenarnya dia sendiri tidak mengerti apa kena dengan dirinya yang tiba-tiba sahaja ingin menegur Dhia. Tambah pula dengan bertanyakan soalan yang boleh membuatkan dirinya dimaki hamun.

"Tak, aku nak pergi tolong mak cik kantin tu buat kerja" sindir Dhia, pedas. Dia malas ingin melayan perangai Farhan yang pelik semenjak dua menjak ini.

Sudah lama dia tidak mendengar ayat-ayat menyakitkan hati keluar daripada mulut Farhan malahan Farhan lebih banyak mendiamkan diri.

Walau bagaimanapun, Dhia tetap merasakan hidupnya kini lebih tenang tanpa kata-kata Farhan meskipun dia tidak mengetahui punca perubahan seorang Faiq Farhan.

Farhan sudah terlebih dahulu mengagak jawapan apa yang akan dia terima daripada Dhia. Tiba-tiba satu persoalan yang daripada semalam bermain-main di benak fikiran nya terpacul keluar daripada mulut.

"Kenapa kau suka aku?"

Kaki Dhia yang sedang melangkah secara spontan berhenti secara mengejut. Dia tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Setelah sekian lama...

Manakala Farhan pula tersentak dengan soalan yang dia ajukan. Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya. Seketika itu, Farhan sangat-sangat menyokong peribahasa Melayu itu.

"Er, sorry aku tak..." Belum sempat Farhan ingin menarik semula kata-katanya, Dhia mula bersuara.

"Aku tak pernah walau sekali pun terfikir yang satu hari nanti aku akan simpan perasaan dekat orang macam kau. Jangan ingat aku hadap sangat nak suka kau sebab kalau diberi peluang untuk ulang semula, aku tak nak pun suka kau. Sebab apa? Sebab kita berdua berbeza, bagai langit dengan bumi. Aku sedar lah diri aku siapa kalau nak dibandingkan dengan kau. Kau siapa, aku siapa. Jadi, jangan pernah tanya aku kenapa dan macam mana aku suka kau sebab bukan aku yang atur perasaan aku. Bukan aku. Kalau aku sendiri yang aturkan, tak akan sesekali aku letak nama kau dalam hati aku. Ramai lagi orang lain yang lebih baik daripada kau. Tapi kau jangan risau, perasaan tu dah lama lenyap" kata Dhia sambil menahan sebak yang entah datang dari mana.

Sebaik sahaja dia mengakhiri kata-kata nya, Dhia terus melangkah meninggalkan Farhan yang terkedu seorang diri.

Nampaknya dia sudah meninggalkan luka yang dalam di dalam sekeping hati milik seseorang yang tulus mencintai nya.

Selepas sahaja insiden Dhia meluahkan perasaannya yang terbuku di hati, Dhia sedaya upaya untuk tidak melihat Farhan apatah lagi untuk bertentang mata dengannya.

Sepanjang perjalanan ke SMA Putra, Dhia cuba menjarakkan diri daripada Farhan. Petang itu, selepas solat Zohor, Dhia ialah orang pertama yang selesai bersiap berbanding Areen dan Yaya.

Hal ini kerana, dia tidak ingin kejadian semalam berulang sekali lagi. Tidak sanggup dia untuk menaiki satu kereta dengan Farhan selepas dia meluahkan rasa hati nya kepada lelaki itu.

Nasib Dhia baik kerana dia berjaya untuk menaiki kereta bersama dengan Yaya dan Areen manakala Farhan pula bersama Danish.

Sampai sahaja di tempat pendaftaran peserta bahas di SMA Putra, mereka berlima melihat peserta bahas yang hadir pada hari itu tidak seramai semalam.

Ada sekolah yang sudah tersingkir semasa persidangan usul pertama.

Perihal Farhan seakan lenyap secara tiba-tiba sebaik sahaja kain rentang Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen menyapa mata Dhia. Jantungnya kembali berdegup laju seperti hari semalam. Kedua-dua belah tapak tangannya mula berpeluh.

Rutin mereka sama seperti semalam. Mereka akan meletakkan beg mereka dahulu sebelum bergerak ke bilik kuarintin untuk membuat persediaan akhir.

"Yaya, minyak semalam Yaya ada bawak tak?" soal Dhia selepas 5 minit mereka berada di bilik kuarintin. Tiba-tiba Dhia teringat tentang minyak wangi aromaterapi yang diberikan Yaya kepadanya semalam.

Minyak itu sedikit sebanyak dapat menenangkan dirinya yang gemuruh dan gelabah.

Tidak semena-mena ketiga-tiga kepala milik Farhan, Yaya dan Areen memandang Dhia yang tidak mengetahui apa-apa.

Sesaat kemudian Farhan memandang Yaya. Dia tidak terfikir pula yang Dhia akan meminta minyak itu pada hari ini dan dia juga tidak terfikir untuk membawa minyak yang berada di dalam begnya itu ke bilik kuarintin.

Farhan mengangguk perlahan kepalanya menandakan dia akan menyerahkan minyak itu kepada Yaya sebentar nanti apabila melihat Yaya memandangnya dengan riak wajah terkejut.

"Allah. Yaya tak bawak lah pulak. Minyak tu ada dekat dalam beg, nanti sebelum duduk dekat meja nanti Yaya 'pass' dekat akak minyak tu" jawab Yaya dengan hati yang lega.

Dhia tidak menjawab sebaliknya mengangguk kepala sambil tersenyum.

Persidangan usul ketiga mereka berjalan dengan lancar. Kelima-lima menteri Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (3) melakukan tugas mereka dengan sangat baik sebagai pihak pembangkang buat kali pertama.

Usul kedua mereka sebelum itu diterima seisi dewan menyebabkan mereka melangkah ke pusingan akhir menentang Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 5 (1) dengan usul yang bertajuk 'Pendidikan Cemerlang Memperkasa Ekonomi Yang Mantap'.

Mereka melihat seperti ada sinar harapan untuk mereka menjuarai Pertandingan Bahas Bahasa Melayu ala Parlimen pada tahun itu.

Kini, mereka hanya perlu menunggu keputusan diumumkan oleh ketua hakim untuk mengumumkan usul mereka diterima atau ditolak.

Selepas beberapa minit para hakim berbincang secara serius sesama sendiri, mereka sudah mendapat kata sepakat.

"Usul pada hari ini ditolak" ucap ketua hakim yang berada di tengah-tengah barisan para hakim.

Terpancar riak wajah kegembiraan di wajah Danish Farhan, Dhia, Yaya, Areen dan juga Cikgu Sofea. Akhirnya segala penat lelah mereka berlatih setiap petang terbalas dengan kejayaan. Hampir sahaja Dhia menitiskan air mata kegembiraan apabila dia mendapat gelaran Menteri Terbaik buat sekali lagi.

'Alhamdulillah' hati Dhia berbisik.

Suasana di dalam bilik persidangan agak bising dengan suara-suara peserta akhir pertandingan bahas. Mereka semua berbual-bual kosong sambil menunggu majlis penyampaian hadiah kepada pemenang bermula.

Areen dan Yaya pula sudah berpuluh-puluh keping gambar 'selfie' mereka sudah ambil di telefon pintar sementara menunggu.

Gambar bersama Dhia sudah ambil, gambar bersama Cikgu Sofea sudah ambil, gambar bersama Danish dan Farhan juga sudah ambil. Bagi mereka itu adalah kenangan yang akan mereka kenang sampai bila-bila.

"Cikgu, saya nak pergi tandas sekejap" kata Dhia kepada Cikgu Sofea yang turut berada di situ.

Cikgu Sofea mengangguk kepalanya sebelum menjawab.

"Tapi jangan lama sangat tau. Nanti majlis dah nak mula. Awak tahu ke tandas dekat mana?"

"Tahu"

Dhia Erdina melihat mukanya di cermin tandas sambil membetulkan tudung. Dia perlu memastikan tudungnya dalam keadaan yang baik kerana mereka akan mengambil gambar sebentar nanti.

Selepas berasa puas dengan keadaan tudungnya, Dhia keluar daripada tandas perempuan dan ingin kembali semula ke bilik persidangan tempat dimana semua peserta bahas berkumpul.

"Hmm, dah lah bilik tu jauh daripada tandas ni. Penat aku" rungut Dhia, perlahan semasa sedang menuruni tangga.

Kerana ingin cepat sampai ke bilik persidangan itu, Dhia tidak perasan yang tali kasut sebelah kirinya tidak diikat dan dia menuruni tangga dengan laju.

Akibatnya, kaki kanannya terpijak tali kasut yang tidak diikat itu kemudian,

Bedebuk!

Dhia terjatuh daripada tangga yang ketiga. Dia merasakan buku lali kakinya seperti hampir patah dan badannya terasa sakit akibat terjatuh daripada tempat yang agak tinggi.

"Adui!! Kaki aku!" Dhia merengek sambil memegang buku lali kaki kirinya dengan tangan.

Sedikit pun dia tidak dapat menggerakkan kakinya dek kerana kesakitan yang teramat sangat. Dia tidak pernah rasa kakinya sakit seperti itu.

"Kaki aku terseliuh ke?" tanya Dhia kepada dirinya sendiri. Dia ingin menangis tetapi air matanya tidak mahu keluar.

Dhia hanya terduduk di atas lantai kerana tidak mampu untuk berdiri melainkan dengan bantuan orang lain.

"Tolong!" Dhia hanya mampu berharap yang akan ada hamba Allah lalu di kawasan berdekatan itu walaupun jauh dalam sudut hatinya dia tahu pada masa-masa begini hampir mustahil untuk orang berada di situ.

Tangga itu berada di hujung bangunan dan jauh daripada bilik persidangan. Tambahan pula, jam sudah menunjukkan pukul 6 petang.

Mana mungkin ada orang lain selain daripada peserta bahas di sekolah itu sementelah pula semua peserta bahas di dalam bilik persidangan.

"Telefon! Telefon aku mana?" Dhia cuba mencari telefon pintar nya di dalam kedua-dua poket blazer nya, namun hampa yang dia dapat.

Dia baru teringat yang telefon pintar nya berada di dalam beg. Dia tidak membawa telefon pintar bersamanya sebelum pergi ke tandas sebentar tadi.

"Allahuakbar. Macam mana ni?"

Dalam hatinya dia sangat-sangat berharap yang Allah akan mendatangkan mana-mana manusia untuk lalu di kawasan situ. Sesiapa sahaja untuk menolongnya.

thankyouuuu sebab sudi baca!! sorryyyy lame gileee tak update sebab sibuk, byk bende kena buat. apapun, terima kasih kepada yg singgah !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience