Sudah menjadi kebiasaan untuk Dhia Erdina 'membuka' kelasnya pada setiap pagi kerana dia yang selalu datang paling awal ke sekolah berbanding dengan rakan sekelas nya yang lain.
Sebaik sahaja Dhia menjejak kaki ke dalam kelas, dia membuka semua lampu dan kipas lalu duduk di tempat nya.
Sementara menunggu Arissa dan alang-alang hanya dia seorang sahaja yang ada di dalam kelas, Dhia mengeluarkan buku latihan sejarah dan buku teks sejarah tingkatan empat untuk menyiapkan latihan yang dia tidak siapkan lagi.
"Assalamualaikum" tegur satu suara yang amat Dhia kenali dari belakangnya.
"Waalaikumussalam" jawab Dhia.
Arissa menarik kerusi nya yang bersebelahan dengan Dhia lalu meletakkan beg sekolah nya di atas kerusi.
"Kau buat kerja apa?" tanya Arissa sambil membuka beg nya untuk mengeluarkan bekas pensil.
"Sejarah" jawab Dhia sementara matanya masih membaca buku teks untuk mencari jawapan.
"Ooo. Cepat lah cerita dekat aku apa yang jadi semalam" kata Arissa. Dia memusingkan badannya mengadap Dhia menunjukkan dia bersedia untuk mendengar cerita Dhia.
"Apa yang jadi semalam?" Disebabkan masih lagi pagi, Dhia tidak pantas mengingati yang semalam dia ada latihan bahas.
"Aduh kau. Latihan bahas lah. Ada apa-apa yang luar biasa ke jadi semalam?" tanya Arissa sekali lagi.
"Lah, bahas. Biasa je. Tak ada yang luar biasa pun. Kalau kau nak tanya pasal Farhan tu, macam biasa lah. Rutin dia. Kalau dia tak sakitkan hati aku, bukan Faiq Farhan lah orangnya. Cuma..." Kata-kata Dhia terhenti saat wajah Danish Ilman menjengah di fikirannya.
"Cuma?" ulang Arissa.
"Cuma... Danish" kata Dhia dengan teragak-agak.
"Danish? Danish mana pulak ni?"
"Alahai! Danish Ilman, 'best friend' Farhan tu lah. 'Best friend' Farhan seorang tu je. Cuba kau ingat" kata Dhia.
Arissa mendiamkan diri sejenak kerana cuba untuk mengingati wajah Danish yang dikatakan oleh Dhia.
Lima saat kemudian, Arissa bersuara.
"Oh! Danish tu. Kenal kenal. Kenapa dengan dia? Dia pun bahas jugak ke?" soal Arissa.
"Ye, dia sama masuk bahas dengan Farhan" jawab Dhia kemudian menceritakan tentang tingkah laku aneh Danish semalam.
Siapa saja yang tidak rasa pelik apabila seorang lelaki yang sebelum ini langsung tidak pernah bertegur sapa tiba-tiba meminta izin untuk duduk di sebelah.
Kedua-dua mata Arissa terbeliak apabila Dhia sudah selesai bercerita. Dia terfikirkan sesuatu.
"Dia suka kau ke?!" kata Arissa dengan kuat tanpa disengajakan.
"Gila ke? Macam bak kata Farhan, "Aku ni budak akaun, kau tu budak sastera. Sedar diri tu sikit". Danish tu pun kelas akaun and kau expect apa?" Tenang saja Dhia mengulang semula kata-kata yang pernah dilontarkan oleh Farhan sebelum ini.
"Itu Farhan. Ini Danish. Kan orang yang berbeza tu. Tak apa, masih awal untuk kita teka-teka benda ni sebab semalam baru first day latihan korang. Kita tengok nanti lepas 2 minggu mulut aku masin ke tak"
"Mengarut lah kau. Kau dah siap belum kerja sejarah?" tanya Dhia. Kalau makin dilayan tentang Danish, makin merapu jadinya kawannya itu.
"Hehe. Belum" jawab Arissa sambil tersengih.
•
"Cikgu Roziah datang ke hari ni?" tanya Dhia.
Dia dan Arissa sedang dalam perjalanan menuju ke kantin. Perut nya lapar minta diisi kerana dia masih belum menjamah apa-apa sejak dari pagi tadi.
"Datang. Tadi aku nampak dia. Cikgu Matematik jarang tak ada lah awak. Mesti ada punya" jawab Arissa.
"Alah, malasnya. Dah lah aku jenis susah nak faham Matematik" rungut Dhia.
Jika bertanya pada Dhia tentang bahasa, mungkin dia boleh jawab tetapi jika bertanya soal nombor, awal-awal lagi dia sudah tarik diri.
"Sebab susah nak faham lah kau kena belajar. Aduh kau ni" balas Arissa apabila matanya menangkap wajah seseorang yang mereka bualkan sebentar tadi dari jauh. Dia sedang berjalan ke arah bertentangan dengan mereka berdua.
"Wei, Dhia. Tu peminat kau, Danish" Sengaja Arissa ingin mengusik Dhia.
"Banyak lah kau. Menyesal pulak aku cerita benda tu dekat kau"
Jarak antara mereka berdua dengan Danish sudah tidak jauh. Sikit saja lagi, mereka akan berselisih.
"Dhia, dia macam nak pergi dekat kau lah. Wei, betul lah!" kata Arissa dengan perlahan tetapi kedengaran teruja. Dia melihat yang Danish seolah-olah sedang menuju ke arah Dhia.
Belum sempat Dhia membalas kata-kata Arissa, seperti yang dikatakan memang benar Danish berhenti di sampingnya dan bertanya sesuatu.
"Dhia, kau pergi tak latihan bahas petang ni?" soal Danish.
Arissa yang berada di sebelah Dhia berpura-pura memandang ke tempat tetapi telinganya tajam mendengar apa yang dikatakan dan dia cuba sedaya-upaya untuk menahan daripada tersenyum apabila mendengar pertanyaan Danish.
Eleh, nak tanya tanya pulak.
Disebabkan mereka sudah mula berkawan semalam, Dhia sudah tidak rasa kekok untuk bercakap dengan Danish. Baginya, Danish seorang yang periang dan sesiapa yang bersama dengannya tidak akan bosan.
Yang paling utama, dia seorang yang sopan apabila berbual dan itu menunjukkan perbezaan yang sangat ketara antara dia dan Farhan.
Jikalau Farhan, sekali dia buka mulut, hati dan telinga harus menahan luka.
"Pergi. Kau ni, baru hari kedua latihan tak kan tak datang. Kau pergi tak?" tanya Dhia pula.
"Mesti pergi. Aku sebagai perdana menteri kena jalankan tugas" gurau Danish dan gurauan itu membuatkan Dhia ketawa.
"Okey lah, kita jumpa petang nanti. Bye" kata Danish sebelum dia berlalu pergi.
"Ehem ehem! Gatal pulak tekak. Eh, tekak aku gatal ke kau yang gatal ni?" Kali ini Arissa pula yang bergurau. Gurau kasar.
"Kau apahal? Aku kawan je lah dengan dia. Kau tak payah lebih-lebih eh"
"Aku bergurau je lah. Dah lah jom pergi kantin, aku lapar gila ni" kata Arissa sambil menarik tangan Dhia dan berjalan menuju ke kantin.
thankyou sebab sudi baca ( ◜‿◝ )♡ sorry atas kekurangan and sorry for late update :'(
Share this novel